Chapter 1

248 4 2
                                    

Irene Natalya terkekeh ketawa. Lucu dengan apa yang di ucapkan oleh sang kekasih. Jari jemarinya ligat menaip pada papan kekunci.

Lucane💗
Hahahaha..i miss you so much My Love..

Me too! Tak apa nanti lepas saya habis je exam ni, kita terus berjumpa okay? Wait for me Honey!

Lucane💗
Hm..promise me?

Yeah sure Honey!

Lucane💗
Sebelum I tidur. Boleh kita call sekejap? I miss your voice..

Irene tersentak. Walau sudah lama berkenalan, namun dia masih lagi gugup untuk bercakap dengan Lucane. Nafas dihela sebelum jari menaip.

Boleh je..

Tidak menunggu lama. Deringan telefon berbunyi menandakan Lucane telahpun membuat panggilan. Lekas jari Irene menekan tombol hijau. Dia berdehem seketika bagi melegakan tekak yang tiba-tiba terasa kering.

"Hello My Love.." Suara garau milik Lucane menyentakkan Irene yang sedang mencapai botol air yang berada di atas meja kecil.

"H-hai!" Sedaya upaya Irene bersuara walhal suaranya dari tadi tidak mahu bersuara.

"Masih gugup dengan I ya Irene?" Kata Lucane melalui corong telefon. Sempat lagi dia ketawa di hujung ayat. Lucane tahu, setiap kali dia ingin memdengar suara gadis itu. Pasti gadis itu gugup.

Irene mengetap bibir. Dia bukan gugup, tetapi dia terlalu kalah dengan suara garau Lucane. Tambah lagi dengan nada yang sengaja di lembutkan. Sungguh dia kalah.

"Ma-mana ada! Saya tak gugup lah!" Lekas Irene membela diri sendiri. Pipinya pun telah bertukar dari putih ke kemerah-merahan.

Semakin kuat Lucane ketawa. Kenapa kekasihnya ini sungguh comel? Haish..bila la kita boleh berjumpa My Love..

"Jangan la gelak! Tak baik tau!" Naik seoktaf suara kecil itu. Tidak suka di ketawakan. Tangan sudah menekup wajah. Tidak mampu lagi menahan rasa malu yang amat.

"Okay okay..alang-alang kita dah call, I nak bagitahu you supaya jangan call or text I next week. Faham?" Pesan Lucane. Walau lembut namun berbaur amaran. Lucane tahu, Irene akan ikut apa saja arahan yang dia beri. Kerana ini merupakan perkara biasa bagi hubungan mereka berdua.

Dengar hal itu, Irene mengeluh panjang. Lagi dan lagi dia harus hadap situasi sebegini. Mahu bagaimana lagi? Lucane merupakan seorang askar. Setiap bulan ada saja hal yang perlu di laksanakan.

"Faham.." Perlahan suara itu menjawab. Setiap kali Lucane ada misi. Pasti Irene berat hati untuk berjauhan dengan kekasihnya. Walaupun hakikatnya mereka sudah berjauhan.

"Aaa..Baby girl..,it's okay. After that all finished. I'll spend all of my time for you. I promise" Janji yang di beri oleh Lucane, sedikit sebanyak membujuk hati kecil Irene. Haih nasib sayang.

"Tak apa saya faham. Dah tu memang tugas awak kan? Okay la saya dah mengantuk ni. Saya tidur dulu. Good night Honey!" Selepas panggilan di tamatkan. Irene terus melelapkan mata. Tidak lama dia terus hanyut ke alam mimpi.




Selepas menamatkan panggilan. Lucane melabuhkan punggung di atas kerusi. Lega. Kurusi di pusing ke kiri ke kanan. Fikirannya masih terlekat pada Irene. Gadis itu telah mencuri hatinya sejak awal mereka berkenalan. Sihir apa yang gadis itu pakai?

"Tunggu sikit saja masa lagi, kau akan menjadi milik aku seutuhnya Irene.." Katanya sambil tersenyum lebar.

"Aku akan pastikan pada masa itu, tiada siapa lagi yang akan boleh rampas kau dari aku, walau sama ada itu keluarga kau atau pun kawan kau" Bergema satu ruangan pejabat itu dengan tawaan yang menyeramkan.

Baru saja Lucane ingin melelapkan mata. Bunyi ketukan pada pintu menyentakkannya. Terus mata terbuka luas. Mengganggu saja.

Selepas mendapat keizinan untuk masuk. Baru lah Ziyad melangkah kaki ke dalam ruangan kerja Tuan Muda. Beberapa fail juga turut di bawa.

Ziyad berjalan sehingga sampai ke tepat-tepat hadapan meja Tuan Muda Lucane. Fail yang di pegangnya tadi, di letakkan di atas meja.

"Ini dokumen yang Tuan Muda minta" Kata Ziyad.

Tangannya menyerluk kocek seluar. Kemudian cip di dalam kocek seluar di keluarkan. Lalu di berikan pada majikannya. Wajah majikan itu tiada sedikit pun senyuman yang menghiasi wajah tampan itu. Hanya riak dingin saja di pamerkan selalu.

"Di dalam cip ini, kesemua data CCTV di kumpulkan. CCTV di kawasan rumah dia juga ada" Kata Ziyad lagi.

Lucane tidak memandang sedikitpun kearah Ziyad. Malah matanya lebih suka tertumpu pada skrin komputer riba yang memaparkan sekujur tubuh yang sedang nyenyak diulit mimpi. Dalam tidak sedar tangan naik menyentuh skrin komputer riba. Di usapnya lembut wajah Irene yang sedang tidur pulas.

Ziyad berdehem. Tuan Muda sudah mula angaukan Cik Irene.

"Tuan Muda ada keperluan lagi ke? Kalau sudah tiada saya minta diri dulu" Kata Ziyad ingin pamit. Selepas menerima anggukan dari majikan itu, Ziyad segera keluar dari ruang tersebut. Dia tidak sanggup menahan kesejukan melampau di dalam bilik Tuan Muda. Tuan Muda sungguh berkulit buaya. Kebal dengan suhu sejuk.

Baru saja dia menutup pintu. Terdengar tawaan kuat dari dalam bilik. Tuan Muda memang sudah gila. Gila akan Cik Irene Natalya.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now