Chapter 4

112 5 0
                                    

Mata tersasa berpinar-pinar. Dengan sinaran yang menembusi langsir hospital menambahkan lagi perit di mata. Tekak terasa haus. Tubuh sedaya upaya untuk bangun, ingin mencari air. Tetapi bangun saja dari katil, jantungnya seakan tidak berdegup. Trauma yang masih lagi menghantui, membuat diri terasa bergetar hebat melihat lelaki yang sedang tidur sambil menutup wajah di sebelahnya.. Apabila melihat tubuh lelaki itu bergerak-gerak. Lekas Irene menutup wajah dengan telapak tangan. Harap lelaki itu tidak melihatnya.

"You dah sedar?" Soal Lucane yang baru saja bangun, terus jari naik menggosok mata. Rambut yang serabai di biarkan. Senyuman pada bibir Lucane tidak sedikitpun menghilang apabila melihat kekasihnya sedar dari pengsan.

"Awak siapa?" Irene cuba menjauhkan diri dari lelaki yang berada di sebelahnya. Entah siapa-siapa nurse di sini membenarkan lelaki asing untuk masuk ke biliknya.

"You tak kenal I..?" Lucane bertanya. Senyuman masih setia menempel pada bibir. Tidak mengapa. Wajar lah jika Irene tidak mengenalinya. Sebelum ini mereka tidak pernah sekali pun bertemu. Wajah dia juga Irene tidak pernah lihat.

Irene menggeleng. Siapa? Lelaki di hadapannya ini boleh di katakan handsome dan berkarisma. Untung lah jika siapa yang dapat memiliki lelaki ini. Tetapi yang menjadi persoalan di benak fikirannya ialah, siapa lelaki ini? Kenapa tiba-tiba berada di dalam wadnya? Tidak mungkin Lucane. Lucane telah berjanji yang mereka akan bertemu selepas dia lulus SPM. Dan Lucane juga tidak mungkin mempunyai duit sebanyak itu untuk membeli tiket lalu datang ke sini semata-mata ingin menjenguknya. Itu mustahil!

"I handsome tak?" Soal Lucane. Sempat lagi dia menanyakan soalan mengarut begitu.

Irene mengangguk. Hanya orang tidak normal saja yang mengatakan ketampanan lelaki ini hanya biasa-biasa saja.

Lucane tidak menanyakan soalan lagi. Malah tangannya mengambil telefon Irene lalu di berikan pada gadis itu. Kemudian dia mengambil telefonnya di dalam kocek. Lalu mesej di hantar pada Irene.

Ting!

Lucane💗
Masih tak kenal I lagi ke?

Terus membulat mata Irene. Mulut di tekup dengan kedua-dua belah tangan. Tidak mungkin. Ini mimpi. Irene bangunlah dari mimpi indah ini Irene. Kau sudah terlalu lama tidur.

Terasa ada yang mengelus kepala, terus Irene memandang kearah Lucane. Lama dia menatap mata hijau lelaki itu. Adakah ini bukan mimpi? Tidak di sangka kekasih online nya setampan ini. Tambahan lagi. Baju kemeja? Askar ada memakai baju kemeja kah? Warna hitam pula tu. Jauh-jauh Irene membuang fikiran itu. Dia tidak tahu banyak tentang pemakaian askar. Mungkin apa yang Lucane pakai ini pun tergolong daripada pemakaian askar.

Tangan Irene menyentuh wajah Lucane yang masih lagi menayangkan senyuman. Mula-mula tangan itu menyentuh pada dahi putih yang licin. Kemudian turun pula pada hidung yang mancung. Mungkin Lucane ada kacukan. Seterusnya tangannya turun kepada bibir. Bibir yang lembut tidak kering. Dan juga bibir itu bewarna pink bak buah delima. Bibir ini lah yang selalu mengungkapkan janji-janji manis kepadanya.

Selepas lama menilik wajah itu. Irene terus memeluk tubuh Lucane. Rasa sakit di bahu menghilang serta-merta. Tubuh Lucane di peluk seerat-eratnya. Bagai tidak mahu Lucane meninggalkannya. Beberapa minit kemudian. Pelukan di leraikan.

Tangan naik menutup muka yang sudah kemerah-merahan akibat perbuatannya yang secara tiba-tiba tadi. Ugh kenapa kau buat begitu Irene? Tidak malu kah?

"Kenapa tutup muka?" Tangan Irene di tarik. Dia ingin melihat wajah itu secara dekat. Akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan Irene. Gadis idamannya.

"Malu.." Perlahan saja Irene menjawab.

Tangan Lucane naik mengusap puncak kepala Irene. Ini rambut yang ingin sangat dia sentuh sepanjang tempoh mereka berkenalan. Sungguh lembut dan wangi. Rambut Irene yang keperangan itu menambahkan lagi rasa obsesi terhadap Irene.

"Ke-kenapa awak datang? Mesti habis duit awak kan? Saya dah cakap dah simpan duit tu..guna untuk keperluan" Sudah mula bebelan gadis itu. Tetapi Lucane suka apabila di bebel begini. Terasa bebelan itu seperti irama lagu yang tenang.

"U termasuk keperluan I juga, sayang.." Rambut Irene di ambil lalu di hidu sedalam-dalamnya. Wangi sangat.

Naik meremang Irene, melihat perlakuan Lucane yang sedang menghidu bauan rambutnya. Terus liur di telan. Terasa payau.

"Wanginya rambut you..you pakai apa?" Tanya Lucane. Tidak habis lagi menghidu bauan itu. Dia perasan akan reaksi tubuh Irene yang tiba-tiba mengeras apabila dia menghidu rambut itu. Tetapi dia tidak mengendahkannya.

"Saya tak pakai apa-apa p-" Belum sempat Irene menghabiskan ayat. Pintu wad di buka dari luar. Menandakan ada yang ingin masuk ke dalam wad.

"Ir-" Tercengang Nadia tatkala melihat susuk tubuh lelaki yang besar di dalam bilik itu. Yang lebih mengejutkannya lagi ialah, lelaki itu sedang menghidu rambut Irene! Mungkin ini lelaki yang cuba membunuh Irene semalam. Pasti Irene sedang ketakutan. Dengan pantas dia berlari kearah lelaki itu lalu beg tangan di hayun laju kearah lelaki itu. Di hempuk-hempuknya lelaki itu dengan menggunakan beg.

Irene sudah terbeliak mata sambil mulut di tutup dengan menggunakan tangan. Tidak Nadia! Tidak!! Itu Lucane!

"Nadia! Sudah! Cukup!" Sedaya-upaya Irene menghalang Nadia daripada memukul Lucane.

"Apa yang sudah Irene? Lelaki ni yang cuba bunuh kau semalam!" Tangannya menyambung kembali menghempuk lelaki di hadapannya dengan handbeg.

"Dia Lucane!" Dengan tekak yang terasa kering. Dia menjerit sekuat mungkin.

Terus terhenti pukulan Nadia pada Lucane. Ha sudah! Dia sudah memukul kekasih orang. Nanti pasti dia di cop sebagai bekas kekasih yang gila talak.

Lucane bangun dari duduk. Mata mencerlung tajam kearah Nadia. Berani kau pukul aku? Mujur kau ni kawan Irene saja. Kalau tidak kepala kau sudah lama kupenggal.

"Lucane..err ni Nadia. Kawan saya. Maafkan dia sebab pukul awak. Dia cuma nak pertahankan saya je. Betul tak Nadia?" Terus Nadia mengangguk laju. Betul! Walau perasaan gerun masih lagi segar di hati. Haha siapa saja yang tidak takut dengan tatapan helang lelaki ini? Dengan tinggi lampainya. Memang dia mengucap dulu lah.

Lucane mengangguk. Jelingan tajam di berikan pada Nadia. Apabila Lucane memandang kearah Irene serta-merta wajah itu berubah. Cepat betul dia ubah. Hebat hebat. Sempat lagi Nadia memuji. Tetapi dia seperti pernah lihat lelaki ini. Di mana ya? Hmm mungkin pelanduk dua serupa? Abaikan.



"Kau dah buat apa yang aku suruh?"  Lucane bertanya. Asap rokok yang terkena wajah sedikitpun tidak terganggu.

"Sudah Tuan Muda. Kami dah buat apa yang Tuan Muda suruh" Ziyad menjawab. Jari tidak berhenti menyentuh skrin iPad.

"Ini dia Tuan Muda" Ziyad menunjuk rakaman CCTV. Dalam rakaman tersebut terdapat seorang lelaki terkulai lemah di atas lantai, sambil tangan di ikat pada rantai besi.

Lucane tersenyum sinis. Bagai peribahasa, sejauh-jauh tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sama seperti lelaki di dalam iPad ini. Mahu sejauh mana pun berlari, Mangsa dengan mudah di kesan oleh anak buah Lucane. Dan kini, Lucane telah dapat lelaki itu dengan mudah.

"Bila Tuan Muda mahu ke markas?" Soal Ziyad. iPad juga turut di simpan ke dalam beg.
Kaca mata petak yang melorot itu di betulkan.

"Lepas Irene sembuh. Aku pergi ke sana. Beritahu Lutfyan untuk menjaga markas itu sementara aku di sini" Arahan yang di beri oleh Lucane segera Ziyad mencatat.

"Baiklah kalau begitu saya pergi dulu" Pamit Ziyad lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta. Kereta berundur kemudian keluar dari perkarangan hospital.

Lucane hanya mengantar dengan ekor mata. Habis saja sebatang rokok itu di hisap. Lucane melangkah masuk ke dalam hospital. Ingin berjumpa dengan gadis kecil kesayangannya.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now