Chapter 2

141 3 0
                                    

"Beb..aku tak bersedia lagi la nak SPM...!" Nadia menjuihkan bibirnya. Sungguh dia bencikan yang namanya Ujian!

Irene tergelak melihat kelakuan Nadia. Tak ubah seperti pertama kali mereka berjumpa empat tahun lepas. Nadia merupakan kawan baik yang satu-satunya dia ada. Jika dia mempunyai masalah, Nadia lah yang sering menghulurkan tangan untuk meringankan beban yang di tanggung oleh Irene.

"Oh! By the way! Amacam dengan kau punya buah hati tu? Mengeluh sebab tak boleh berjumpa secara empat mata lagi ke?" Nadia bertanya sambil kening lebat itu terjongket beberapa kali.

Dengar saja bab Lucane di buat sebagai topik. Langsung pipi putih itu memerah. Bukan kerana marah, melainkan dia malu. Walau malu dia tetap suka apabila soal Lucane di bicarakan.

"Biasa lah..hari hari mengeluh sebab masih lagi tak boleh berjumpa. Aku harap sangat tarikh peperiksaan ni di percepatkan. Boleh la aku berjumpa dengan dia!" Ujar Irene kegirangan. Namun kata-kata Irene itu dapat mengubah reaksi wajah Nadia.

"Eh kau kenapa ni? Tiba-tiba aje muka tu berubah. Ada apa-apa ke dekat muka aku?" Irene bertanya sambil tangan menyentuh bahagian muka. Takut ada serangga yang hinggap pada wajahnya tanpa ia sedari. Tetapi selepas di pegang tiada apa-apa pun.

"K-kau nak..tarikh tu di pe-percepatkan...?" Tergagap-gagap Nadia menuturkan kata. Kawan dia satu ini memang selalu buat hatinya tidak tenang. Tolong jangan dekatkan tarikh itu. Dia belum membuat apa-apa persiapan lagi.

Irene memasang riak tidak faham. Hmm? Apa yang terjadi ni? Pelik sungguh Nadia sekarang ini.

"Ish..kau tak apa la! Kau pandai! Hentam jawapan pun betul..! Ni aku ni? Erghh aku sudah serik dengar bebelan makcik Faridah tu!" Wajah Nadia sudah memerah menahan perasaan tidak berpuas hati. Kalau dia pandai seperti Irene, dia juga tidak takut jika tarikh peperiksaan itu di percepatkan.

Irene ketawa sakan apabila nama 'makcik Faridah' itu keluar dari mulut Nadia. Tahu sangat siapa perempuan paruh baya yang di takutkan Nadia. Tidak lain tidak bukan ibu kepada Nadia.

"Dah la engkau!" Memuncung saja bibir Nadia. Wajahnya juga sudah masam mencuka. Sampai hati Irene ketawakan dia. Terlalu lawak kah?

Tidak lama selepas itu, loceng berbunyi. Menandakan waktu rehat telahpun tamat. Irene dan Nadia bingkas bangun meninggalkan kawasan pondok kecil.

"Kejap" Nadia menghalang Irene daripada terus berjalan. Serta-merta Irene mempamerkan riak wajah pelik. Sudah la kita lambat mahu masuk ke kelas. Boleh pula si Nadia ini berhenti di tengah-tengah tapak perhimpunan.

"Cuba tengok dekat belakang kau tu..lelaki tu.." Nadia menunjuk kearah lelaki yang berada tidak jauh dari mereka. Tampak seperti lelaki itu sedang memerhatikan dia dan Irene. Tadi semasa di pondok kecil itu juga lelaki itu turut berada di situ.

Irene berpusing ke belakang. Ingin melihat apa yang Nadia beria-ia sangat ingin dia lihat. Apabila dia sudah berpusing. Tiada apa-apa pun di situ. Yang ada hanya seorang makcik cleaner yang sedang membuang sampah.

"Mana? Tak ada pun! Mengarut la kau..jom kita masuk kelas cepat" Irene menarik sedikit kasar tangan Nadia. Nanti kena denda bukan Nadia seorang. Dia juga turut kena sekali.

"Kejap!! Tadi aku namp-" Tidak sempat Nadia menghabiskan ayat, Irene sudah mencela.

"Sudah la dengan kau punya nampak tu! Baik kita masuk kelas" Laju saja kaki itu mengorak langkah. Jika tidak di sebabkan lambat, dia juga malas mahu masuk ke kelas.




Lega dapat baring di atas katil yang empuk. Rimut penghawa dingin di capai di dalam laci. Butang on di tekan. Fuh leganya.

Ting!
Ting!
Ting!

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now