Chapter 10

88 4 0
                                    

Irene mencapai krim penghilang parut yang baru di berikan oleh Puan Faridah malam semalam. Perlahan-lahan Irene melumur krim itu ke tempat yang ada bekas parut. Selepas krim meresap baru lah Irene memakai baju tidur satin.

"Kau dah siap pakai baju ke? Aku masuk eh?" Nadia bersuara dari luar bilik.

"Ha masuk lah!" Selepas Irene memberi izin, baru lah Nadia masuk.

"Jom study..?" Ajak Nadia. Esok mereka ada ujian lagi. Jadi dia harus belajar lebih giat supaya dapat membanggakan kedua ibu bapa.

Irene mengangguk. Lalu mengambil buku untuk di buat sebagai rujukan. Namun baru saja mereka ingin menulis. Deringan pada telefon Irene berbunyi. Lekas Irene mengambil telefon di atas katil. Apabila melihat gerangan yang memanggil. Terus Irene bersorak riang. Akhirnya!

"Kejap ya Nadia? Aku nak angkat call kejap" Kata Irene sambil menunjuk telefon yang sedang berbunyi.

Tidak tunggu lama Irene keluar dari bilik lalu kaki melangkah laju menuju kawasan taman di sebelah rumah. Butang hijau di tekan.

"Kenapa lama nak angkat call I?" Ini soalan pertama yang di tanya Lucane. Dahi Irene berkerut. Lama kah dia berjalan? Rasanya dia sudah berlari secepat mungkin.

"Err..maaf. Tadi sa..saya tengah memasak!" Main bedal saja ayat yang berada di kepala otak. Irene tidak tahu ingin menjawab apa lagi. Sudah lah! Asal ada jawapan.

Lama Lucane berdiam diri. Mungkin ingin memastikan yang Irene tidak membohonginya. Lucane berdehem sebentar sebelum menyambung pembicaraan.

"Hmm" Terbuntang mata Irene. Itu saja yang Lucane balas? Lucane sedang berada dalam masalah kah? Atau mungkin.. lekas Irene menggeleng laju. Tidak. Lucane tidak mungkin berbuat demikian. Rasa sesak di dada di biarkan.

"Lucane..boleh I masuk?" Suara yang di hasilkan dari telefon Lucane menambahkan lagi rasa sesak di dada. Suara perempuan? Lucane cakap dia perlu menjalankan misi. Dan di misi itu juga tiada perempuan. Tetapi ini? Lucane jangan buat saya begini.

"Su-suara sia..pa tu Lucane?" Tanya Irene. Suaranya hampir tidak terkeluar. Air mata mula berlinangan.

"Hmm? Suara siapa apa? Dekat sini tak ada siapa-siapa melainkan I seorang" Balas Lucane.

"Tapi..haih tak apa la. Awak mesti penat kan? Pergi la rest dulu. Saya nak study. Bye goodnight" Irene menamatkan panggilan. Nafas di hela panjang. Cepat-cepat tangan naik mengusap air mata.

"Tu suara kawan dia kot? Tolong jangan cepat sangat menuduh Irene. Tak baik" Irene berjalan masuk ke dalam rumah kembali. Pintu bilik di buka. Lah sudah tertidur rupanya si Nadia.

"Nadia..! Kau nak study ke tak? Kalau taknak kemas la buku ni..kita tidur" Irene mengguncang perlahan tubuh Nadia. Tiada respon. Irene mula mengemas barangan yang berada di atas meja. Lalu menarik Nadia untuk tidur di atas katil.




Lucane memicit pelipis. Pening. Telefon yang sudah gelap di pandang lama. Dia baru saja ingin melepaskan rindu. Tetapi ada langau yang datang buat kacau. Kemana kesemua pengawal di sini? Dia sudah beri gaji yang cukup tetapi masih saja curi tulang.

"Please..Sofea. Get out from my office.." Lucane terpaksa berlembut dengan perempuan yang bernama Sofea ini. Jika dia berkasar. Sudah tentu dia di marahi oleh Auntie Kate. Ya, Sofea adalah sepupu di sebelah Tuan Zade. Auntie Kate seorang sahaja yang menetap di sini. Yang lain menetap di German.

Sofea mendengus kegeraman. Tidak habis-habis menyuruhnya keluar. Benci sangatkah Lucane padanya? Sampaikan melihat wajahnya saja Lucane tidak mahu.

"I taknak la.." Sofea berjalan mendekati Lucane sambil tangan menarik baju di bahagian dada yang hampir melorot. Lalu melabuhkan duduk di atas peha Lucane. Wajah masam mencuka Lucane di tatap dengan penuh hawa nafsu. Dia akan buat Lucane jatuh hati padanya.

Rahang tajam Lucane di sentuh perlahan. Kemudian jatuh pula pada butang baju Lucane. Jari runcing itu membuka kancing baju satu-persatu.

Baru saja dua butang teratas di buka. Lucane sudah menahan Sofea daripada terus membuka kancing bajunya. Tidak boleh di biarkan begini. Silap hari berita tentangnya dan Sofea menyebar ke seluruh dunia. Boleh jatuh maruahnya.

"Why?" Tanya Sofea dengan suara di kecilkan. Bibir sengaja di muncungkan. Walau Lucane membencinya hari ini, tidak bermakna hari mendatang Lucane masih membencinya. Tarikh pertunangan mereka juga sudah di tetapkan. Lucane memang ditakdirkan untuk aku. Sofea.

Bingkas Lucane bangun. Sofea yang terjatuh ke lantai tidak di hiraukan oleh Lucane. Kunci kereta di capai lalu terus keluar dari ruangan itu. Tempikan Sofea juga tidak diendahkannya.

"Lucane!!" Terjerit-jerit Sofea dari arah dalam. Tangan di gempal lalu menumbuk lantai dengan penuh perasaan geram. Tangannya langsung tidak dapat menandingi rasa sakit di hati.

"Basic bitch" Maki Lucane perlahan. Sungguh dia tidak suka akan orang yang bernama Sofea itu. Gara-gara Sofea, dia bersikap dingin pada Irene tanpa sengaja. Itu sudah pasti membuat Irene merasa pelik padanya. Ah sial!

Sesampainya di lobi, para pekerja menunduk hormat padanya. Tidak kira muda mahupun yang sudah barusia.

Ziyad yang masih tercengat di hadapan pintu lobi segera berlari kearah kereta tatkala melihat susuk tubuh Tuan muda yang sudah tiba di lobi.

Selepas Lucane masuk ke dalam kereta. Ziyad terus memandu laju keluar dari kawasan bangunan gah milik Lucane. Ziyad mengerling ke arah Lucane yang masih memicit pelipis. Tampak seperti Tuan Muda sedang tertekan. Baru saja Ziyad ingin membuka mulut. Lucane sudah bersuara.

"Kau buat apa sampai perempuan tu masuk pun kau tak perasan?" Persoalan yang di ajukan pada Ziyad membuat Ziyad terkedu. Siapa yang cuba ceroboh masuk ke dalam LC Mega Holding?

"Ma-maksud Tuan Muda?" Ziyad bertanya walau jantung sudah berdegup kencang. Masak dia! Sudah pasti Tuan Muda akan memarahinya.

"Sofea" Sepatah perkataan saja Ziyad sudah faham akan apa maksud Tuan Muda sebentar tadi. Tengku Izara Sofea. Sepupu kepada Tuan Muda. Tengku Sofea memang selalu menyelinap masuk ke dalam syarikat Lucane. Mula-mula Tuan Muda masih boleh bersabar. Tetapi lama kelamaan tahap kesabaran Tuan Muda semakin menipis. Itu lah orang kata, tahap kesabaran seseorang ada batasnya.

"Lepas ni aku taknak muka dia ada lagi dalam office aku. Kalau ada, tahu la nasib korang" Kata-kata Tuan Muda cukup membuatnya kecut perut. Walau tidak bernada tetapi itu merupakan amaran keras yang perlu mereka ambil berat.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now