"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Selepas Irene sedar dari pengsan banyak persoalan gadis itu bertanya pada Lucane. Mujur Lucane setia menjawab pelbagai persoalan gadis itu.
"Berapa kali you nak tanya soalan yang sama Irene?" Lucane mengulum senyum. Tangan setia memainkan rambut lurus Irene. Dia suka akan rambut ini. Rambut yang licin dan lembut dapat menenangkan hati.
"Ye ke? Maaf lah kepala saya sakit sangat. Tak ingat dah apa yang saya cakap tadi. Hehe" Irene tersengih. Kepalanya kini perlahan-lahan menunduk. Malu.
"Tak apa you jangan risau. I akan jaga you sebaik mungkin. I tak akan biarkan sesiapa sakitkan you" Lembut Lucane menuturkan kata.
Tok! Tok! Tok!
Seorang jururawat masuk sambil memegang beberapa helai kertas.
"Tuan Muda boleh keluar dulu. Cik Irene harus menjawab ujian SPM" Jururawat berbisik di tepi telinga Lucane. Dia bukan sengaja ingin berbuat begini. Tetapi Tuan Muda yang menyuruhnya berbuat demikian. Katanya tidak mahu rahsia terbongkar. Entah apa-apa budak zaman sekarang.
Lucane mengangguk.
"Okay sayang. I keluar dulu. Lepas habis jawab, text I okay?" Tangan naik menggosok kepala Irene. Kemudian berlalu keluar dari bilik pesakit. Sempat dia mengerling kearah Irene yang sedang melambai-lambaikan tangan kearahnya sebelum pintu tertutup rapat.
Satu persatu dokumen di semak. Tiba-tiba deringan pada telefon berbunyi minta di angkat. Terus Lucane mendengus melihat nama yang tertera. Lambat-lambat butang hijau di tekan. Sungguh malas rasanya ingin berbicara dengan manusia satu ini.
"Lucane! You busy tak? Jum teman I pergi shopping! Harini tak ada siapa nak teman I.." Sengaja suara di manjakan.
"Aku tak ada dekat KL" Jawab Lucane ringkas. Tangan masih setia membelek pada setiap helaian kertas. Boleh naik pening melihat segala tulisan di kertas.
"Hah? You dekat mana? German?" Naik seoktaf suara Sofea. Dia baru saja berniat ingin mengajak Lucane untuk mencari baju tunang. Tarikh pertunangan sudah hampir dekat. Dia harus membuat persiapan dengan segera.
" Tak perlu tahu" Panggilan di matikan. Lucane terus membaling telefon ke sofa. Otaknya serabut. Kenapa mereka mahu menjodohkan dia dengan perempuan gila itu? Sungguh hal yang sia-sia.
Bingkai gambar di atas meja di ambil. Jari perlahan-lahan mengelus wajah Irene yang tersenyum sambil memegang kek.
"I janji, lepas you habis exam memang I akan buat you jadi isteri I. Dan waktu tu, you dah tak boleh nak berbuat apa" Senyuman psycho mula menghiasi. Kemudian bingkai gambar di cium lama. Membayangkan dia sedang mencium wajah Irene.
Ziyad yang baru masuk ke bilik tersentak. Apa yang Tuan Muda sedang lakukan? Segera Ziyad berdehem.
"Ehem. Tuan Muda. Cik Irene ingin berjumpa" Terus Lucane bangun daripada duduk. Tanpa berkata apa-apa dia terus keluar dari bilik berehat. Langkah di atur menuju wad Irene.
Ziyad yang melihat gerakan statik Tuan Muda, membuatnya menyimpulkan senyum. Jarang-jarang boleh melihat Tuan Muda berperilaku begini. Terima kasih Cik Irene kerana dapat mencairkan hati Tuan Muda yang sekeras batu ini.
Lucane membuka pintu wad dari dalam. Susuk tubuh Irene yang sedang duduk di atas katil menjadi pemandangan yang pertama untuk di lihat. Perlahan-lahan Lucane mendekati Irene yang sedang ralit memandang ke luar tingkap.
"BA!" Sengaja Lucane mengusik Irene. Namun lain pula jadinya apabila melihat Irene yang terus terbaring kaku selepas terkejut melihatnya.
"Irene?...Irene!" Tubuh Irene di goncangnya kuat. Riak risau yang di pamerkan oleh Lucane membuatkan aktingnya tidak bertahan lama. Terkekeh-kekeh Irene ketawakan Lucane.
"Sayang!" Lucane menolak sedikit kuat tubuh Irene yang masih ketawa sakan.
"Adoi! Tu la! Ada hati nak terkejutkan saya!" Irene memegang perut yang terasa sakit akibat terlalu banyak ketawa. Air mata yang terkeluar sedikit di lap.
Wajah masam mencuka Lucane di pegang. Lalu satu ciuman di labuhkan pada pipi kiri Lucane. Terus tangan lelaki itu naik memegang pipi. Apa yang terjadi sebentar tadi?
"You...you buat apa dekat pipi I?" Tergagap-gagap Lucane bertanya. Pipi sendiri di usap. Tidak menyangka Irene mampu pergi sampai ke tahap itu.
"Hmm? Buat apa?" Irene bertanya. Berpura-pura tidak tahu dengan apa yang baru dia lakukan. Baru saja Irene ingin turun dari katil. Segala pergerakannya terhenti apabila Lucane naik menindih tubuhnya.
"Buat ni" Lucane mencium pipi kiri Irene. Lama. Jangan di cabar dia untuk berbuat semua ini. Dia memang handal. Kemudian ciuman turun pada leher jinjang Irene. Di hidu sedalam-dalamnya. Wangi.
"Er Lucane! Jangan macam ni! Ki-kita tak kawin lagi!" Irene menolak tubuh Lucane sedikit kuat. Segera kedudukannya di betulkan. Rambut juga turut di rapikan.
"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Dengan lelaki lain pun sama" Tegas Lucane melarang. Tiada lagi ekspresi wajah yang tersenyum atau semacamnya. Yang ada kini hanyalah wajah tanpa secalit senyuman.
"Ah garangnya abang askar kita!" Irene bersuara dengan nada mengusik. Tidak sedikitpun takut dengan pandangan Lucane yang di beri padanya.
" I tak main-main Irene" Mata menatap tajam ke arah Irene yang sedang tersengih tak ubah seperti kerang busuk. Mujur gadis ini kekasihnya. Tidak jadi mahu marah.
"Hihi sorry.."
YOU ARE READING
LUCANE OBSESSION-UrR
Romance[ROMANCE] IRENE NATALYA + LUCANE Start : 1/1/2024 End : -/-/- (ERRATIC UPDATES)