Irene duduk termenung di birai katil. Ini adalah masanya untuk dia merasa kesunyian tanpa Lucane. Lucane pergi menjalankan misi. Hidup terasa sepi. Mana tidaknya? Setiap hari setiap masa ada saja Lucane call atau mesej. Kini semua itu tiada. Maka sunyi lah dia.
Ketukan pada pintu menyentakkan lamunan. Segera Irene betulkan postur tubuh. Pintu di buka dari luar, muncul lah seorang Nadia yang sedang menatang dulang yang berukuran sederhana besar.
"Irene..ibu suruh kau makan ni. Dari semalam lagi kau tak makan. Ibu risau kau sakit je nanti" Kata Nadia sambil menghadiahkan senyuman pada Irene. Irene juga turut membalas senyuman.
"Hmm letak la situ. Nanti aku makan" Jari telunjuk Irene menunjuk ke arah meja kecil berdekatan dengan katil. Meja itu selalu Nadia gunakan untuk makan meggi atau makanan lainnya. Tidak mahu lah dia makan di atas katil, nanti habis di bebelnya Makcik Faridah itu.
Nadia mengangguk. Selepas meletakkan dulang di atas meja. Nadia melabuhkan punggung di atas katil. Bersebelahan dengan Irene. Tangan kiri naik memeluk tubuh Irene. Kepala di lentokkan pada bahu Irene.
"Irene" Panggil Nadia.
Irene yang masih terkebil-kebil, tergagap-gagap menjawab. Tidak pernah Nadia memperlakukan dia seperti ini. Terasa janggal.
"Y-ya? Kenapa?" Irene memandang wajah Nadia yang mendatar.
"Kau berambus la dari rumah tu..duduk dengan aku. Selamat pun selamat. Ibu dan ayah aku dah anggap kau macam anak diorang sendiri" Nadia membalasan tatap Irene. Segera Irene mengalihkan pandangan. Pandang ke arah tingkap.
"Dengar tak apa yang aku cakap ni?" Nadia menyoal. Mata masih lagi menatap Irene yang sedang memandang ke arah luar.
Mendengar hal itu. Segera Irene menjawab.
"De-dengar!..er..tak apa lah Nadia. Aku taknak menyusahkan kau. Aku masih lagi ada keluarga. Nanti apa pula mama papa cakap. Lagipun jiran dekat rumah kami..bukannya seperti jiran-jiran kau di sini. Jiran aku, kesemuanya toksik. Tahu mengumpat saja" Kata Irene panjang lebar. Jika dia di beri pilihan, dia juga ingin cabut lari dari bangunan itu. Tetapi memikirkan mama dan papa membuatnya harus bertahan dalam apa jua keadaan yang terjadi.
Nadia menghela nafas. Berat. Ikutkan hati, mahu saja dia beritahu tentang masalah keluarga Irene pada Lucane. Tetapi dia terpaksa membuang jauh-jauh niat itu. Tidak mahu memburukkan nama baik keluarga Irene.
"It's okay Irene. If you have any problems, you can talk to me or come to my home. My home, your home too.." Kata-kata Nadia sedikit-sebanyak menenangkan hati yang gusar. Dia bersyukur kerana Tuhan mengirimkan dia seorang kawan yang baik dan pandai menghargainya. Terima kasih Nadia.
Irene tersenyum kelat sambil mengangguk. Baiklah Nadiaku.
"Eh tu makan la..nanti sejuk tak sedap" Teringat akan makanan Irene. Automatik dia terbangun dari duduk. Segera kaki melangkah kearah meja. Di celup sedikit kuah sup dengan menggunakan hujung jari. Sejuk.
"Kejap. Aku turun panaskan kuah ni kejap. Kalau sejuk kau turunkan suhu aircond tu..rimut dia ada dalam laci" Selepas itu Nadia terus menghilang di sebalik pintu.
Irene tidak henti-henti tersenyum. Haih. Nadia-Nadia.
Lucane turun dari pesawat pribadi miliknya. Kaca mata hitam di betulkan. Tidak lupa juga dengan rambut.
"Tuan Muda. Tuan nak balik ke mansion atau terus ke office?" Ziyad bertanya setelah turun dari pesawat.
"Mansion dulu. Aku nak rehat sekejap" Lucane membuka langkah untuk ke kereta. Kereta BMW 7 Series itu terus meluncur laju di atas jalan raya. Lucane yang sedang memandu, sesekali memandang cermin belakang. Ada beberapa buah kereta yang di pandu oleh orang bawahan. Kereta yang di belakang, kesemuanya bewarna hitam mati. Menambahkan lagi aura gelap mereka.
Setelah hampir 1 jam memandu. Akhirnya tiba di destinasi. Kereta satu persatu mula memasuki kawasan mansion. Lucane memarkir keretanya di hadapan pintu masuk. Anak buah yang lain memarkir di dalam garaj.
Keluar saja dari kereta. Kaki menonong masuk ke rumah. Kasut juga tidak di tanggalkan. Di bumi German, masuk ke dalam rumah dengan mengenakan kasut itu adalah perkara biasa.
"Lucane! Welcome back to our house!" Ujar seorang wanita paruh baya yang baru muncul di sebalik dinding dapur. Nampak gaya seperti baru selesai memasak.
"Mom" Laju kaki panjangnya berjalan ke arah wanita yang di gelar 'ibu'. Di peluk erat tubuh wanita tua itu. Rindu yang membuak-buak sudah di lepaskan. Dia sudah meninggalkan Bumi German ini sekitar 1 tahun lepas. Dia ingin membuat bisnes di Malaysia.
"hinsetzen! Mom kocht Lieblingsessen Lucane! (Duduk! Mom ada masakkan makanan kegemaran Lucane!) " Puan Mary menarik lengan kekar anaknya untuk duduk di bangku. Lucane menghadiahkan senyuman lebar kepada Puan Mary. Mom masih sama seperti dulu. Tidak pernah kurang kasih sayang kepada anak-anaknya.Beri masa untuk Lucane berikan Mom cucu banyak-banyak.
"Yow! Sup bro!" Lucas menghulur tangan kearah Lucane. Tidak lama Lucane membalas huluran itu. Lucane menarik kerusi untuk abangnya. Ya, Lucas merupakan anak sulung kepada Auntie Mary dan Uncle Jade.
"Terima kasih" Kata Lucas sambil tersenyum manis. Lucas memang terkenal dengan senyumannya yang manis mampu membuat kesemua anak dara jatuh hati padanya.
Lucane memgangguk.
"Lucas, wo ist dein Bruder? ( Lucas, dimana adik kamu?) " Soal Mary sambil menatang dulang. Melihat Lucas menarik muka, Puan Mary sudah dapat meneka apa yang sudah terjadi di antara Lucas dan Lucina. Pasti bergaduh lagi.
"Lucina! Come here! Your brother already home!" Naik seoktaf suara Puan Mary. Anak perempuannya satu itu memang suka terkurung di dalam bilik. Jika di panggil saja dia akan keluar. Jika tidak di panggil alamatnya memang tidak keluar lah anak bertuah itu.
Beberapa saat kemudian. Muncul susuk tubuh wanita yang tinggi persis seperti model. Lucina menuruni anak tangga satu persatu. Sampai di tangga yang terakhir baru dia perasan akan abangnya yang kedua. Bapak lain!
"Lucane? Is that you?" Perlahan-lahan kaki menapak kearah Lucane yang sedang menghirup air di dalam gelas. Sampai saja betul-betul di sebelah Lucane. Lucina menatap lama wajah abang keduanya itu. Memang berbeza. Dahulu tubuh badan Lucane hanya kurus. Bentuk rahang juga tidak kelihatan. Tetapi kini, Lucane memang berbeza. Bentuk tubuh yang tegap, bahu yang lebar, bentuk rahang yang tajam dan sekarang Lucane sudah pandai bergaya! Lucina tiba-tiba berasa bangga terhadap abangnya. Bagus! Ini yang dia harapkan.
"Setz dich, Lucina (Duduk, Lucina)" Arah Lucas. Sedikitpun dia tidak memandang kearah Lucina. Matanya hanya menatap kosong teko yang sedang di pegang oleh Puan Mary.
Lucina memutarkan mata. Menyampah!
Lucina mengerling sekilas kearah Lucane. Sifat Lucane juga turut berubah. Ketat saja wajah abangnya.
YOU ARE READING
LUCANE OBSESSION-UrR
Romance[ROMANCE] IRENE NATALYA + LUCANE Start : 1/1/2024 End : -/-/- (ERRATIC UPDATES)