"Beb!! Kenapa dengan muka kau?? Nenek sihir tu pukul kau lagi eh?" Soal Nadia sambil membelek wajah Irene. Hujung bibir Irene di tekan. Terus Irene mengaduh sakit.
"Iss..sakit la Nadia! Jangan la tekan-tekan macam tu" Irene menepis tangan Nadia daripada menyentuh di bahagian lebam.
Nadia membuang muka. Berlagak kuat. Tetapi sekali di sentuh tempat luka itu. Langsung mengaduh. Apa mahu jadi la kawan dia seorang ini. Setelah berdiam lama akhirnya dia tercetus idea.
"Apa kata kau duduk je dekat rumah aku.? Tak apa ibu aku bagi! Tengok haritu kau duduk rumah aku okay je ibu aku tu..tak marah-marah macam nenek sihir tu" Kata Nadia. Irene tersenyum kelat apabila Nadia memanggil mamanya 'nenek sihir'. Dia tidak bencikan mama, tetapi hatinya terkilan dengan sikap wanita itu. Harap mama cepat berubah.
"Hmm kalau tak menyusahkan tak apa la" Irene menghadiahkan senyuman segaris. Mama dan papa memang tidak kisah jika dia menginap di rumah kawan. Tidak balik terus lagi bagus. Semalam Puan Zetty marah kerana, jiran-jiran di condo mereka bergosip tentang Irene dan keluarga. Katanya Puan Zetty selalu mengabaikan anaknya sendiri selepas kejadian maut menimpa anak sulung Puan Zetty. Oleh hal itu, Puan Zetty menghambur segala amarahnya kepada Irene. Kebetulan waktu itu Irene sedang sakit, menambahkan lagi amarahnya kerana jika Irene sakit sehingga berbalut begini, sudah tentu dia yang harus uruskan Irene. Itu semua menyusahkan baginya.
"Boleh! Balik sekolah nanti aku teman kau pergi ambil baju" Teruja Nadia mendengar jawapan Irene. Bukan selalu Irene ingin menginap di rumahnya.
"Okey.."
Lucane melangkah masuk memasuki ruangan di mana tempat dia menyiksa para mangsa. Dia menarik kerusi plastik lalu duduk di hadapan lelaki yang terkulai di lantai mozek yang dingin. Botol air di ambil kemudian di tuang air itu tepat-tepat pada kepala mangsa.
"Huh! Huh! Huh!" Terkejut lelaki itu dek air yang perlahan-lahan mengalir di kepala. Air yang jernih tadi bertukar kepada warna kemerah-merahan akibat darah yang berada pada kepala mangsa.
Botol air yang telah kosong Lucane campak ke bakul sampah. Dengan sekali baling saja botol itu tepat masuk ke dalam. Kemudian mata beralih pada mangsa yang dari tadi mencari nafas. Lucane mula memasang wajah jengkel. Huh drama.
"Lepaskan aku! Apa kau nak dengan aku?!" Ujar lelaki yang tangannya masih di gari dengan rantaj besi. Itu menghalang pergerakannya.
"Hmm..what should i do to you..? Maybe we'll play until ur dead or i kill u right now.." Bergema ruangan sepi dengan tawaan keji Lucane.
Kecut perut lalaki yang berada di hadapan Lucane. Wajah di tundukkan. Gerun menatap wajah dingin milik lelaki gila yang sedang ketawa di hadapannya. Ini bukan lagi manusia, melainkan ini adalah iblis!
"Kau nak bunuh? Bunuh lah! Aku tak takut dengan kau lah!" Lelaki itu berteriak sekuat-kuatnya. Dia sanggup mati daripada duduk di dalam ruangan yang sunyi dan gelap. Lama-lama bisa gila!
"Tak best la kalau bunuh terus..tak apa kali ini kita main cikgu-cikgu. Aku jadi cikgu, kau jadi murid. Deal?" Hujung bibir tersungging. Mangsa yang sedang ketakutan adalah hal yang paling menyeronokkan.
"Hmm..orang cakap..kalau diam maknanya setuju. Jadi mari kita mulakan" Lucane berjalan ke arah mananya di simpan alatan tajam seperti pisau dan lainnya.
Lucane melihat beberapa bilah pisau yang tersusun rapi di atas meja. Masih berkilat walau sudah lama tidak mengguna. Selepas beberapa saat menelek. Akhirnya satu pisau yang berukuran sederhana yang menarik minatnya. Selepas itu dia kembali kepada lelaki yang sedang duduk di atas lantai.
"Pay attention!" Naik seotaf suara Lucane. Nada sama seperti seorang guru yang sedang memarahi anak murid yang tidak fokus tentang apa yang di ajari.
Lelaki yang tadinya menunduk, kini memandang ke arah Lucane.
"Sekarang. Aku nak ajar bagaimana untuk menikam seseorang dengan betul sehingga mati!" Lucane duduk bertinggung di hadapan mangsa lalu pisau laju di tikam pada bahu mangsa. Sama seperti mangsa menikam Irene tempoh hari. Terus mangsa mengerang kesakitan.
"Ini adalah cara tikaman yang salah. Cara yang betul adalah macam ni.." Sekali lagi pisau di tikam pada sebelah lagi bahu. Kini tikaman perlahan. Perlahan-lahan pisau menembusi kulit.
"Argh-!!!" Sudaya-upaya mangsa menahan keperitan akibat bahu di tikam. Tikaman ini lagi sakit berbanding tikaman tadi.
"Hmm lagi satu teknik yang belum kau kuasai. Pembunuh bayaran tidak menikam pada peha. Kau pasti seorang pembunuh upahan baru nak belajar kan? But it's okay, let me teach you.." Kini pisau bersaiz sederhana menikam lapisan perut mangsa. Perlahan-lahan dan berhati-hati Lucane menikam.
Rontaan mangsa Lucane tidak di endahkan. Malah, dia melanjutkan kerjanya sehingga selesai. Kini, rontaan mangsa sudah makin perlahan. Kekurangan darah.
"Hope you are placed in heaven bro..!" Lucane menendang bahagian perut yang baru saja dia tikam. Mangsa sudah lemah. Tiada sebarang suara yang keluar. Itu membuat Lucane tersenyum puas.
"Adrien!! Darren!! Bawak bangkai ni bagi Shasha makan" Arah Lucane sebelum keluar dari markas.
Apabila keluar saja dari markas. Dia bergegas ke bagasi kereta untuk menukar baju. Baju yang sudah terkena percikan darah di tanggalkan. Kemudian dia menyauk baju t-shirt berlengan pendek.
"Sayang..orang yang cuba bunuh kau..aku sudah tumpaskan..aku janji hidup kau akan selamat" Bibir mengoyak sengihan hingga menampakkan gigi taring di kedua-dua belah.
YOU ARE READING
LUCANE OBSESSION-UrR
Romance[ROMANCE] IRENE NATALYA + LUCANE Start : 1/1/2024 End : -/-/- (ERRATIC UPDATES)