Chapter 17

85 4 0
                                    

Terkejut bukan kepalang dia tika ini. Mana tidaknya. Terbangun saja dari tidur, dia sudah di hidangkan dengan tempat yang begitu asing. Lagi mambuat dia makin terkejut adalah, Lucane tidur bersamanya. Tidak pernah-pernah dia tidur bersama lelaki yang tidak ada pertalian darah.

Hati mula di serang rasa berdosa. Cukup lah dosa-dosa yang dia lakukan selama ini. Tangan naik memicit pelipis. Sakit kepalanya bila teringat kejadian semalam. Sanggup Lucane berbuat begitu kepadanya.

Irene menoleh ke tepi ingin melihat Lucane yang tertidur pulas. Wajah itu tiada sedikitpun rasa bersalah atas apa yang lelaki ini buat padanya. Sekarang, cintanya pada Lucane semakin pudar. Rasa benci kian membuak di dada. Lihat wajah lelaki itu juga sudah membuatnya muak.

Bingkas Irene turun dari katil. Tetapi baru saja kaki memijak lantai, badannya sudah di tarik semula berbaring di atas katil. Erat tangan kekar itu memeluk tubuh kecil Irene.

"Lepas lah!" Di tampar-tamparnya lengan kekar itu. Tetapi ia tidak membuahkan hasil. Rasa sebal sudah membesar di hati.

Lucane mencelik sedikit matanya, ingin melihat apa yang Irene mahu buat. Dia tertawa jahat dalam hati apabila Irene bertindak menumbuk dan mengangkat tangannya. Namun semua itu hanya sia-sia. Kini Irene telah kelelahan.

"Dah penat pukul tangan I?" Lucane bangun daripada berbaring sambil bibir menyungging sinis. Tangan masih lagi erat memeluk tubuh gadis itu.

Irene tidak berkata apa-apa. Dia mula mengalihkan pandangan dengan memandang ke luar tingkap. Bilik dia ni memang tak ada langsir ke?

"Dekat luar tu ada laki handsome ke sampai taknak pandang I?" Kepala Irene di usap perlahan. Dia paling suka dengan rambut Irene yang separa panjang ini. Apabila bermain dengan rambut ini, segala masalah yang menghuni di kepala hilang serta-merta.

"Jangan sentuh saya boleh tak?" Irene menepis kasar tangan yang bermain-main di rambutnya. Rimas. Bagai nak tembus wajah Lucane di pandangnya.

Lucane menghela nafas panjang. Sabar. Jangan berkasar dengan orang yang sedang dalam emosi. Dada di usap bagi menghilangkan rasa amarah. Jika dia memarahi gadis ini, makin rumit keadaan.

"Sayang..Okay I minta maaf sebab dah tipu you.." Tangan Irene cuba di gapai. Namun sama seperti tadi. Irene menepis kasar.

"I cuma taknak kehilangan you. Ya betul I buat semua kerja tu! Tapi kerja I bukan itu je. I ada syarikat sendiri. I boss dekat situ" Kini tangan gadis itu di genggam kuat sehingga gadis itu mengaduh sakit.

"Please forgive me.." Lembut Lucane menatap wajah dingin Irene. Berharap gadis itu memaafkannya.

"Beri saya masa" Lantas itu tubuh Irene sekali lagi termasuk dalam dakapan Lucane. Dia tidak boleh melihat wajah lelaki itu yang tampak mendung. Dia merasa marah dan benci pada lelaki ini kerana telah menipunya, tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak boleh melihat lelaki ini marayu-rayu. Entah lah dia rasa keliru.




"Kau siapa hah?! Macam mana aku boleh ada dekat sini?! Korang pun termasuk dengan sekumpulan penjahat kemarin kan?! Eee apa yang korang nak dengan aku?!" Ziyad sudah tergeleng-geleng kepalanya. Bagaimana dia ingin uruskan perempuan ini? Bilik saja sudah tiada rupa bilik. Habis berselerak di sebabkan amukan gadis ini.

Ziyad beralih pula memandang ke arah Adrien yang sudah menutup telinga dengan menggunakan kedua belah tangan. Di lihat dari segi riak wajah, tampak seperti lelaki itu sudah pasrah.

"Cik! Tolong bertenang dulu!" Kuat tangannya mencengkam pergelangan tangan Nadia. Boleh tahan kuat juga tenaga gadis ini.

Adrien! Tolong lah!" Lantang Ziyad memanggil Adrien. Kenapa lah Tuan Muda terima orang seperti Adrien ini sebagai pekerja.

"Hah? Eee taknak lah aku pegang Gorilla ni. Silap hari bulan di balingnya aku dari tingkap tu" Jari di tunjuk-tunjuk pada tingkap yang terbuka luas.

"Kalau kau bagi Irene dekat aku. Aku akan berhenti mengamuk!" Beberapa bantal di baling ke arah Adrien. Memerah muka lelaki itu. Mungkin marah.

"Hey pompuan!! Agak-agak la nak mengamuk pun!! Ni muka aku!! Rosak la nanti kena habuk bantal tu!! Kalau kau nak baling. Baling dekat jantan sebelah kau tu la!!" Sakit hatinya apabila Gorilla itu bertindak membaling bantal ke mukanya. Ni muka mahal tau! Muka Ziyad murah.

"Aku nak baling dekat orang yang tak handsome je!" Nadia berpeluk tubuh. Kecil-besar saja dia lihat manusia di hadapannya. Sejak dia bangun lagi lelaki itu sudah mengutuknya. Kata dia tidur seperti badak lah berdengkur lah, dan kini lelaki itu memanggilnya Gorilla pula. Bikin panas.

Terbuntang mata Adrien tatkala mendengar ujaran Nadia. Muka mahal macam ni kau cakap tak handsome? Kaki melangkah laju mendekati Nadia. Belum sempat dia ingin menarik rambut Nadia, dia sudah di kejutkan dengan suara yang amat di geruninya. Mak Milah!

"Oi! Apa kecoh-kecoh ni hah?! Dari tadi aku memasak suara korang aje yang aku dengar!" Mak Milah bercekak pinggang di muka pintu bilik. Kemana pula Tuan Muda pergi? Tolong lah hentikan perbalahan antara mereka ini.

"A-ampun!" Terus kaki di atur langkah ke arah Mak Milah. Di peluknya kaki Mak Milah. Muka usah di tanya, sudah berkerut habis kerana cuak. Dengan Mak Milah jangan di buat main. Jika tak mahu makan sendok besi maka jaga lah adab.

"Hupmh!" Sedikitpun Mak Milah tidak hiraukan lakonan Adrien. Buat masalah saja hari-hari budak ni.

Mak Milah memandang gadis yang sedang elok berdiri di atas katil yang sudah berselerak. Setahunya ini adalah kawan Cik Irene.

"Er- ni Cik Nadia ye?" Mak Milah menghadiahkan senyuman pada Nadia. Tidak mahu gadis itu berasa takut padanya.

"Hmm? Ya! Saya Nadia! Tak payah la panggil Cik tu..saya segan la.." Belakang tengkuk di gosok. Pergelangan tangannya yang sebelah lagi di tarik kasar. Suka hati saja sentuh-sentuh anak dara orang.

"Baiklah! Nadia mari ikut Mak Milah ke bawah. Budak Ien tu biar Mak Milah settel kan sendiri nanti" Jelingan tajam di berikan pada Adrien yang meringkuk ketakutan. Cuak habis dia mendengar kata-kata Mak Milah sebentar tadi. Mati lah dia.

"Okay!" Bingkas Nadia melompat turun dari katil. Senyuman jahat di hadiahkan pada Adrien. Padan muka kau!

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now