Nadia menjuling mata keatas. Menyampah. Katanya mahu mengajar dia tentang ini. Tetapi masih sibuk bermain telefon. Tanpa menunggu lama, pantas tangan Nadia mengambil telefon di tangan Irene. Lalu butang off di tekan.
Wajah cemberut Irene di pandang dengan riak tidak berpuas hati. Katanya mahu mengajar tetapi sibuk bermain dengan telefon. Kalau begini sampai ke sudah dia tidak dapat belajar dengan betul.
"Kau nak ajar aku ke tak ni? Dari tadi aku tengok asyik main phone aje!" Telefon Irene yang dia ambil tadi, di berikan pada Irene semula.
Irene mengeluh. Cuba untuk membuang perasan marah itu jauh-jauh. Jika dia marah nanti, mahu merajuk pula si Nadia ini. Lekas dia mengambil buku teks lalu di buka.
"Baiklah Nadiaku..mana yang kau tak faham? Yang ni? Atau yang ni?" Jari telunjuk menunjuk muka surat 257 dengan 258.
Nadia mengangguk selepas Irene menunjuk pada muka surat 258. Baginya itu susah. Ya la otaknya ini lambat beefungsi. Sekarang, tarikh peperiksaan sudah mahu dekat. Mahu tidak mahu dia terpaksa untuk belajar kesemua bab yang masih dia tidak faham.
"Okay dia macam ni.."
Selepas setengah jam Irene mengajar akhirnya dia memilih untuk berhenti. Penat. Penat akibat mengajar Nadia yang lambat faham ini. Sekarang Nadia sudah pandai bab ini, jadi boleh la dia berehat. Telefon yang berada di atas meja di ambil. Baru saja Irene menyalakan telefon itu, sudah berderet-deret panggilan dari Lucane. Cuak terus wajah Irene ketika ini. Peluh mula merintik-rintik. Pagi tadi baru saja dia berbaik dengan Lucane. Tidak mahu la dia bergaduh lagi.
"Dah la weh. Aku balik dulu" Bingkas Irene bangun dari duduk lalu tote bag di ambil. Kaki menonong keluar. Mujur dia datang ke sini dengan motor jadi memudahkan dia untuk pulang. Jika tunggu Nadia, lambat-laun lah dia boleh pulang.
"Ish tergesa-gesa betul" Nadia mula mengemas barang di atas meja. Selesai saja mengemas, dia juga turut pulang ke rumah. Mahu berehat.
Lucane menghempas ke semua barang yang berada di hadapan matanya. Serabut. Fikiran bercelaru. Dengan syarikatnya di bumi German hampir merosot. Musuh mula mengambil langkah menyerang hendap. Dan kini, Irene pula tidak mengangkat panggilan darinya. Perasan risau dan marah bercampur-aduk.
Ubat di dalam laci di ambil. Lalu beberapa pil di telan. Tidak lupa juga dengan air. Rakus Lucane meneguk air mineral sampai habis.
Jarinya pantas menaip sesuatu pada papan kekunci. Kod nombor CCTV. Lalu terpampang lah susuk tubuh Irene yang baru berjalan memasuki gedung rumah condominium. Baru saja bibir ingin mengoyak senyuman kerana Irene selamat sampai di rumah.Tidak lama senyumannya mati. Mata tertumpu pada seorang lelaki yang agak mencurigakan mengekori Irene dari belakang. Lelaki itu sedang mengeluarkan pisau dari dalam kocek seluar. Degupan pada jantung Lucane sudah berdegup dengan kencang."No please...no.." Baru saja dia ingin mendail nombor pihak berkuasa. Lelaki itu sudah menikam bahagian bahu Irene. Jatuh terjelepuk gadis itu ke lantai. Sekali lagi tikaman di berikan pada bahagian peha Irene.
Dengan penuh amarah. Lucane menepuk meja yang telah bersepah dengan kuat. Sial!! Siapa yang berani lukakan kesayangannya?? Memang menempah maut.
Jari telunjuk menekan tombol penghubung suara ke markas.
"Bersiap sedia. Kita akan bertolak ke Pulau Pinang dalam 20 minit dari sekarang" Bingkas dia bangun sambil mencapai blazer yang di sangkut pada penyandar kerusi.
Segala sumpah seranah Lucane berikan pada orang yang cuba membunuh Irene. Wajahnya usah di tanya. Tegang. Semua orang yang berada di lobi memandang kearahnya takut-takut. Ada yang bergosip. Lucane tidak memperdulikan hal itu, kaki mengorak langkah laju ke arah kereta.
Pedal minyak di tekan sehabis mungkin. Jika kena saman dia boleh bayar. Dia kaya. Yang berada di dalam fikirannya sekarang ialah Irene. Semoga Irene baik-baik saja.
Beberapa minit kereta Bugatti Centodieci di pandu. Akhirnya sampai di tempat di mana jet pribadi dan pesawat pribadi miliknya di parkir. Kesemua anak buah sudah berada di situ. Sedang menunggu kehadirannya. Pintu jet di buka. Pantas Lucane memboloskan diri ke dalam jet. Sempat dia membuka iPad untuk melihat di mana lokasi Irene berada.
"Cik Irene telah di bawa lari ke hospital berdekatan. Mujur ada saksi yang melihat kejadian tu. Tuan Muda tak perlu risau lagi" Kata-kata Ziyad mengundang jelingan dari Lucane. Tak perlu risau lagi? Heh tu kekasih aku bukan kekasih kau.Kalau kekasih kau sedikitpun aku tidak peduli.
Mata kembali tertumpu pada skrin iPad.
Alamat hospital yang Irene di rawat telah dia jumpa. Dia perlu bersabar dalam beberapa minit untuk tiba di AirPort Penang. Sorry sayang, I tak boleh tunaikan janji kita untuk berjumpa selepas U habis exam. I terpaksa. Ini semua salah U Irene.
YOU ARE READING
LUCANE OBSESSION-UrR
Romance[ROMANCE] IRENE NATALYA + LUCANE Start : 1/1/2024 End : -/-/- (ERRATIC UPDATES)