Chapter 14

81 4 3
                                    

"Mom. Ich möchte die Verlobungszeremonie absagen (saya nak batalkan majlis pertunangan tu)" Lucane menatap lembut wajah tua yang bergelar ibu.

Melihat Puan Mary hanya sekadar mengangguk membuat dahinya berkerut. Hanya itu saja Mom mampu balas?

"Gut, wenn es das ist, was Sie wollen. Ich mag Sofea auch nicht wirklich. Mom Überhaupt nicht geeignet, wenn Sie Schwiegersohn werden möchten (baiklah jika itu yang kamu mahu. Mom juga tidak berapa suka dengan Sofea. tidak sesuai langsung jika mahu di buat menantu)" Puan Mary menatap wajah anaknya sekali. Lucane memang sudah banyak berubah. Jika dulu Lucane terlalu hauskan kasih sayang pasangan. Kini Lucane sudah tidak memerlukan hal semacam itu.

Lucane mengangguk. Bagus lah Mom tidak membantah. Jadi memudahkan segala urusannya dengan Irene.

"Aber willst du nicht wieder Single sein? Du bist nicht mehr 20 Jahre alt. Es sind schon 34 ( Tapi takkan la kamu nak berbujang lagi? umur kamu tu bukannya 20-an, tapi dah nak masuk 34 tahun dah)" Tergeleng-geleng dia memikirkan kehidupan Lucane. Sampai bila Lucane ingin berbujang? Bila dia boleh merasa menimang cucu?

"Es ist okay, ich habe bereits meine eigene Wahl. Mom Keine Sorge. ( Tak apa, Lucane sudah ada pilihan Lucane sendiri. Mom jangan risau)" Bibir menyungging sinis. Dalam kepala otak sudah memikirkan segala rencana. Cuma perlu menunggu masa yang tepat saja.

"Whoa. Bagus" Beberapa kali tepukan di beri pada Lucane. Sulit di percaya bahawa Lucane sudah mempunyai calon. Siapakah gerangan istimewa itu?

"Thank you" Bingkas Lucane bangun dari duduk. Dia perlu ke bilik untuk berehat. Besok ada beberapa hal penting yang perlu di selesaikan.

"You taknak beritahu I tentang siapa calon isteri You?" Puan Mary juga turut bangun membontoti anaknya. Tangan di silang paras dada. Bibir juga sudah mengoyak senyuman. Tidak di sangka orang sedingin Lucane masih mampu memikat hati wanita.

"Just wait and see" Ringkas dan padat Lucane membalas. Kaki di atur untuk naik ke atas. Makin lama berada di sini. Makin banyak pertanyaan ibunya.

"Okay, i'm waiting for that time to come!" Ternaik sedikit nada suara Puan Mary. Kepala masih berfikir. Siapa orang yang Lucane pilih, harap lah orang itu tidak memandang segala harta dan kekayaan yang di miliki keluarganya.





"Lama tak nampak. Dah tak duduk sini ke?" Tegur Azrul dari belakang. Sarung tangan boxing di tanggalkan. Rimas.

"Jarang. Sekarang aku duduk dekat tempat asal kau" Lucane mula menumbuk bertubi-tubi pada punching bag. Peluh sudah mula mengalir.

"Macam mana? Awek dekat sana lawa-lawa tak? Kau dah ambil sorang ke?" Kening sengaja di angkat beberapa kali. Senyuman miang juga turut di beri pada Lucane.

Tumbukan pada punching bag terhenti. Dengan malas Lucane menatap manusia di hadapannya. Tangan terasa ingin menumbuk saja mulut murai Azrul. Memekak saja kerjanya.

"Mulut kau memang dari dulu tak reti diam ek? Nak aku sekolahkan lagi mulut kau tu? Biar sedar sikit" Lucane kembali menumbuk punching bag. Dia sudah tidak menganggap benda ini ialah punching bag. Malah, dia menganggap punching bag ini ialah Azrul.

"Eleh..tanya sikit pun tak boleh" Kata Azrul dengan nada mengejek. Lucane kali ini sudah tidak boleh di ajak bercanda. Semuanya mahu di anggap serius. Dasar dunia tipu-tipu.

"Eh kejap! Last aje aku nak tanya kau. Kau masih lagi ketua pada White Horse tu ke? Ada tempat kosong lagi tak? Aku bosan la asyik kena hadap komputer tu je memanjang" Sudah naik bosan dia bekerja sebagai penjaga sistem keamanan di syarikat sepupunya. Semuanya stress belaka.

Lama Lucane berfikir. Sarung tangan boxing di tanggalkan. Lalu di baling tepat pada kerusi.

"Kau nak bahagian IT atau jadi bodyguard bakal isteri aku? Aku beri kau 5 minit untuk berfikir" Lucane kembali pada tempat duduk. Dengan rakus air mineral itu di teguk. Tidak biasa berpuasa lama begini.

"Hah? 5 minit je?! Mana sempat!" Melopong mulut Azrul mendengar ayat Lucane sebentar tadi. Tidak boleh kah Lucane memberinya masa lebih lama lagi untuk membuat pilihan. Kaki di hentak kuat pada lantai. Geram.

"4 minutes left" Sedikitpun Lucane tidak kesah dengan Azrul yang tidak berpuas hati. Jika mahu bekerja dengannya, turutilah arahan yang di beri.

"FINE! Aku pilih jadi bodyguard bakal isteri kau" Tetapi dia sedar akan sesuatu. Terus mata mencerlung tajam ke arah Lucane yang sedang duduk santai.

"Kejap! Kau nak kawin dah ke?!" Tangan naik menekup mulut yang sudah melopong luas. Mimpi apa Lucane hari ini? Sampaikan ingin berkahwin.

Lucane memandang Azrul dari atas ke bawah. Orang seperti ini mahu di jadikan sebagai bodyguard? Silap hari Irene yang menjadi bodyguard Azrul. Gaya juga sudah seperti perempuan pada umumnya.

"Aku rasa kau tak patut jadi bodyguard dia" Tangan naik menyilang di dada. Dinding pipi di tolak dengan menggunakan hujung lidah.

"Tak apa lah! At the same time aku boleh jadi kawan dia! Tak ada la dia kebosanan. Tengok bodyguard kau tu! Nama apa kau ni? Ziyad? Ha! Serius je memanjang! Tak seronok langsung dunia kau ni!" Di tunjal-tunjalnya dahi Ziyad. Ziyad hanya mampu bersabar, malas dia mahu bergaduh dengan manusia sotong seperti Azrul. Buang masa saja.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now