Bang! Bang!
Tembakan demi tembakan di balas. Dengan sekali Lucane menembak, kesemua musuh yang berada di situ tumbang sekelip mata.
Sewaktu Lucane berhenti ingin mengambil nafas. Muncul seorang musuh dari belakang. Pistol di acu mata kepala Lucane.
Bang!
Satu das tembakan berjaya di tembak oleh Ziyad. Musuh yang cuba menyerang dari belakang Lucane kini sudah tewas. Lucane berpusing ke belakang sambil bibir tersungging. Ini adalah trik yang ia selalu guna. Bagus Ziyad. Tangan Lucane dan Ziyad di genggam antara satu sama lain.
Lucane memberi isyarat untuk beredar dari sini. Mungkin musuh lain akan datang sebentar lagi. Sebagai langkah berjaga-jaga mereka harus beredar dari sini sebelum ramai anak buah yang mati akibat pertarungan ini.
Lucane masuk ke dalam perut kereta beserta Ziyad. Dengan cepat Ziyad menekan pedal minyak sehabis mungkin. Mereka harus cepat. Lucane mengerling cermin sisi. Kereta anak buahnya sudah mula mengikuti kereta yang dia naiki. Bagus.
Dengan kepala yang terasa berat. Lucane melelapkan mata, ingin berehat sebentar. Mujur misi yang ia jalankan tadi berjalan dengan lancar.
Hari yang paling di benci Nadia telah tiba. Hari Ujian SPM. Irene mengerling Nadia yang sudah memerah muka. Nadia baru saja habis menangis sebentar tadi. Sabar lah wahai kawanku.
"Sudah-sudah. Kau buat je macam yang aku ajar kau sebelum ni. Aku pasti kita akan lulus exam kali ni!" Kata Irene. Ingin memberi semangat kepada Nadia.
Perlahan-lahan Nadia memandang wajah tersenyum Irene. Nadia mengangguk perlahan. Ya dia pasti dia akan cuba sehabis baik. Dia harus berterima kasih kepada Irene kerana sudi mengajar dia yang tidak berapa pandai ini.
"Terima kasih.." Nadia memeluk erat tubuh Irene. Sekali lagi dia menangis semahunya di belakang Irene. Tangan Irene segera naik menggosok belakang tubuh Nadia.
"Tch..drama. Exam je pun tapi menangis mengalahkan orang mati" Sekumpulan perempuan datang kearah mereka sambil berpeluk tubuh. Mata Sasya menatap tajam kearah Irene.
Dengar saja suara yang paling di bencinya. Terus Nadia menolak tubuh Irene ke belakang. Ingin melindungi Irene. Nadia dengan berani membalas tatapan tajam oleh Fatin. Fatin, Sasya, Qistina adalah sekelompok yang boleh di katakan kurang ajar dengan semua pelajar di sini. Termasuk guru.
"Eh korang ni kenapa hah? Dengan semua orang pun korang nak cari pasal ke? Heh baik pergi belajar la! Kalau otak tu bijak tak apa juga! Ni bodoh!" Tempelak Nadia geram. Tangan juga sudah di gempal penumbuk. Tunggu masa saja penumbuk ini melayang pada wajah mereka bertiga.
Terus terbuntang mata Sasya. Kurang ajar.
Plak!
Telapak tangan Sasya mendarat pada pipi Nadia. Tangan Nadia naik memegang pipi. Ini baru kali pertama dia makan penampar. Pipi mula terasa kebas dek tamparan kuat Sasya.
Dengan penuh geram Nadia bangun, lalu tudung Sasya di tarik kuat. Sehingga kerongsang Sasya tercabut.
"Argh!" Sasya menjerit. Namun tiada siapa yang ingin mengehentikan Nadia. Ini makan dia. Semua orang di situ hanya memandang dengan riak berpuas hati. Memang patut mereka menerima perlakuan begitu.
"Makan ni!" Nadia menumbuk sekuat tenaga di bahagian perut Sasya. Sasya sudah tidak mampu berkata apa. Ini perempuan atau lelaki?
"Hey korang! Tolong la I!" Sasya memanggil Fatin dan Qistina yang sedari dari tadi hanya memandang kosong kearahnya. Fatin dan Qistina hanya buat tidak endah akan panggilan Sasya. Takut.
"Jom blah!" Qistina menarik tangan Fatin untuk meninggalkan tempat itu. Sempat Fatin mengerling kearah Sasya. Sudah tiada rupa orang. Bagaimana Sasya ingin mengambil ujian sebentar lagi?
Dengan tenaga yang masih ada. Sasya menolak tubuh Nadia dengan kuat. Baru saja Nadia ingin jatuh, Irene menahan. Lega Nadia. Jika tidak habis lumpuh seluruh badan.
Sasya berdecik. Tudung yang sudah jatuh di lantai di ambil dengan kasar. Rambut yang sudah serabai tidak hiraukan lagi.
"Sial kau perempuan! Tunggu nasib kau nanti!!" Melenting Sasya menjerkah di hadapan muka Irene. Melihat Irene yang menunduk, membuatnya tersenyum sinis. Huh! Dasar pengecut.
"Irene! Nadia!" Berpusu-pusu orang berlari kearah Nadia dan Irene. Mereka memerhati seluruh tubuh Irene dan Nadia. Mujur tiada luka parah.
"Caya la kau!" Miya menepuk bahu Nadia. Memang tidak sia-sia Nadia sertai kelas silat. Lihat sekarang? Nadia mampu melawan sekempulan samseng sekolah.
"Irene awak tak apa-apa?" Seorang lelaki datang dari arah belakang bertanya. Irene mengangguk. Lelaki ini juga merupakan kawan baiknya. Aryan. Tetapi Aryan tidak seperti Nadia yang setiap masa bersamanya. Aryan ada buah hati yang perlu di jaga, kerana itu Aryan dan Irene tidak rapat seperti dulu.
"Lambat la kau!" Nadia menjeling. Dia ingat jika ada Aryan tadi, boleh lah dia membelasah kroni Sasya itu bersama Aryan. Aryan juga tidak kalah kuatnya juga.
Aryan tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya tertumpu pada Irene. Mujur Irene tidak terluka. Jika tidak sekarang juga dia pergi mencari si kera gila itu.
"Jangan dekat-dekat!" Larang Irene sedikit keras. Takut jika kekasih Aryan melihat.
Berkerut dahi Aryan. Sudah kenapa Irene ni?
"What?" Soal Aryan. Tidak faham akan maksud Irene melarangnya.
Irene menepuk dahi. Ini lah sifat Aryan. Blur tidak menempat. Satu ketukan pada kepala Aryan di beri oleh Nadia. Lagi lah menambahkan lagi persoalan di benak fikiran Aryan. Korang dah kenapa?
"Kau dah lupa ke tentang Armaya?" Apabila Nadia berkata begitu, baru lah Aryan faham. Tentang ini rupanya.
"Alah tak apa. Dia yang suruh aku datang sini jenguk korang" Terang Aryan. Irene menghela nafas lega. Sama seperti Nadia.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Di minta semua murid tingkatan 5 Utarid, Zuhrah dan Marikh memasuki tempat yang sudah di persiapkan, harap maklum" Pengumuman dari Pengetua.
"Eh jom la" Nadia menarik tangan Irene untuk pergi ke kelas-kelas yang sudah di tempatkan untuk mereka.
Kesemua murid yang terlibat segera keluar dari dewan besar. Ada yang berlari, ada yang masih lagi lenggang-lenggok dan ada yang masih lagi mengemas barangan.
Sampai saja di tempat. Irene duduk di tempat yang masih lagi kosong. Dan juga bersebelahan dengan Nadia dan Aryan.
"baik murid. Sila semak soalan yang di berikan. Jika ada masalah pada kertas soalan sila beritahu saya sebelum ujian bermula" Ujar Cikgu Zainab sebagai guru yang menjaga kelas mereka.
"Jika tiada masalah. Kamu sudah boleh mula. Jangan lupa baca bismillah bagi yang Islam" Cikgu Zainab berkata lagi. Selepas itu di dalam ruangan tiada sebarang suara lagi yang berbunyi.
YOU ARE READING
LUCANE OBSESSION-UrR
Romantik[ROMANCE] IRENE NATALYA + LUCANE Start : 1/1/2024 End : -/-/- (ERRATIC UPDATES)