Chapter 13

87 5 0
                                    

Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Kini Irene dan Nadia sedang menunggu masa keputusan mereka di keluarkan. Rasa gugup dan berdebar-debar bercampur rata. Hanya beberapa saat lagi dan..

"Bismillah" Terketar-ketar tangan ingin menekan untuk membuka laman web yang di khaskan untuk para murid tingkatan 5.

Terbuntang mata mereka berdua tatkala melihat keputusan sendiri. Syukur kepada Tuhan. Irene dan Nadia saling berpelukan, gembira dengan keputusan yang di peroleh antara satu sama lain.

"Macam mana? Korang dapat berapa? Kalau dapat keputusan tinggi, ayah belanja kamu berdua makan di restoran 5 bintang" Tuan Ehsan muncul dari luar bilik. Dengan berpakaian baju melayu. Sudah tentu mahu ke masjid.

Irene dan Nadia memandang sesama sendiri sambil mengukir senyuman jahat. Terima kasih kerana sudi belanja kami ke tempat mewah.

"Nadia dapat 6A!" Nadia bersorak teruja. Walau tidak seberapa itu juga membuahkan hasil. Sebelum ini dia hanya mendapatkan 3A paling koman.

Terkejut Tuan Ehsan. Tidak percaya akan apa yang di katakan anaknya. Segera dia menghampiri Nadia. Skrin laptop di pandang, terkebil-kebil dia membaca satu-persatu markah peperiksaan anaknya. Tubuh Nadia di peluk. Bangga akan usaha dan kejayaan yang anaknya peroleh.

"Irene pula dapat berapa? Kalau lulus juga...ibu akan turutkan apa saja yang Irene nak selama ini" Puan Faridah melabuhkan duduk di sebelah Irene. Tidak sengaja terpandang pada skrin laptop milik Irene. Tangan naik menekup mulut.

"8A?! Ya Tuhan!" Puan Faridah memeluk tubuh Irene seeratnya. Walau Irene bukan anak kandungnya. Tetapi dia berbangga dengan keputusan yang gadis ini perolehi. Syukur.

"Jadi kitorang boleh mintak dan makan apa-apa saja la ni?" Nadia sudah tidak dapat menahan rasa teruja dan gembira. Melihat kedua ibu ayahnya mengangguk, menambahkan lagi rasa itu di hati.

"Nanti malam kita pergi buat semua tu ya? Okay lah, ayah nak ke masjid. Dah nak masuk waktu" Tuan Ehsan bangun sambil mengelap air mata di hujung mata. Kopiah senget di atas kepala di betul kan.

"Yeyy!!" Irene dan Nadia bersorak gembira. Terlompat-lompat mereka mendengar khabar berita. Hari ini terasa hari untuk mereka berdua sahaja.

"Eh siapa pula yang tercegat dekat depan rumah tu Idah?" Tuan Ehsan mengecilkan mata untuk melihat siapa gerangan pemuda yang berdiri di tengah panas teriknya matahari.

Berlari anak Puan Faridah untuk melihat pemuda di hadapan rumah mereka. Segera Puan Faridah menyapa.

"Tuan ni siapa? Cari apa di sini?" Tanya Puan Faridah. Pelik dia memandang kearah lelaki berbadan tinggi di hadapanya. Terpaksa dia mendongak sedikit bagi melihat wajah lelaki itu. Wuish. Handsome juga.

"Saya Lucane. Nak cari Irene. Irene ada?" Lucane menghadiahkan senyuman mesra kepada Tuan Ehsan dan Puan Faridah.

"Ouh ada. Kejap ya?" Puan Faridah berjalan memasuki rumah. Berapa minit kemudian, terlihat lah susuk tubuh yang di rinduinya di muka pintu.

"Emm..Lucane ya? Pakcik minta diri dulu. Orang handsome macam kamu ni tak elok duduk tengah-tengah panas macam ni. Masuk la dulu borak-borak. Pakcik minta maaf sebab tak boleh berborak dengan kamu. Pakcik perlu ke masjid" Tuan Ehsan menepuk bahu Lucane sebelum beredar dari situ.

Orang sudah mengizinkan masuk. Apa di tunggu lagi. Lucane masuk ke dalam rumah. Sesekali kenyitan mata di beri pada sang kekasih.

"Jemput minum. Apa nama kamu? Luc-Luca..ne?" Tersekat-sekat Puan Faridah mengeja nama Lucane. Nama zaman sekarang memang pelik-pelik. Haih.

"Ya Makcik" Lucane mengangguk.

"Apa hajat kamu kemari?" Puan Faridah melabuhkan duduk di sebelah Irene. Tersenyum-senyum dia melihat Irene yang menunduk malu.

"Saya datang kesini untuk mengambil seorang gadis untuk di buat isteri" Kata Lucane sambil menatap ke arah Irene yang sedang menunduk.

"Oh ya? Siapa namanya?" Puan Faridah semakin suka bertanya.

"Irene Natalya Binti Ammar Tharmizi" Sesenang itu Lucane menyebut nama penuh Irene. Dia perasan akan reaksi tubuh Irene yang terkejut. Ya memang Irene tidak permah memberi tahunya tentang nama penuh gadis itu. Tetapi ini Lucane. Kesemua maklumat tentang Irene berada dalam gengamannya.




"Siapa Lucane tu Irene?" Tersedak Irene mendengar soalan Tuan Ehsan. Cepat air di capai lalu di teguk rakus. Lega.

"Boyfriend dia ayah.." Belum sempat Irene menjawab. Nadia terlebih dulu memotong. Irene yang menjelingnya tidak di endahkan. Apa dia takut?

Tuan Ehsan mengangguk. Ada baiknya juga, di lihat Lucane itu sopan terhadap orang tua dan orangnya juga baik. Boleh lah jika Lucane menjaga Irene kelak. Tetapi dia tidak boleh percaya begitu saja pada Lucane. Dia perlu memastikannya terlebih dahulu.

"Betul ke kamu nak kawin dengan dia? Dah fikir masak-masak? Jangan terlalu ikut perasaan Irene. Ayah bukan apa, ayah cuma risaukan kamu. Kamu tu masih muda, ada banyak lagi masa untuk enjoy. Lagi satu ayah nak tanya, kamu taknak sambung belajar dulu ke? Kalau kamu sambung belajar boleh la kamu cari kerja yang elok nanti. Takde la kamu bergantung harap 100 peratus pada suami" Panjang lebar Tuan Ehsan membebel. Di pandang sayu gadis itu. Walau ini bukan anaknya tetapi perasaan sayang terhadap Irene sudah sebati di hati.

"Irene dah fikir semua tu. Dan pasal sambung belajar tu..Irene rasa tak perlu kot. Lucane cakap dia boleh tanggung Irene lepas kawin. Ayah jangan la risau, Irene pandai jaga diri. Irene kan kuat..?" Tersengih-sengih dia memandang wajah tua Tuan Ehsan. Dalam hati bersorak gembira apabila mendengar Lucane ingin mengambilnya untuk di buat isteri. Kekasih mana yang tidak suka?

"Baik lah jika itu yang kamu mahu" Selepas itu sudah tiada lagi yang bersuara. Hanya dentingan sudu dan pinggan saja yang berbunyi.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now