Chapter 19

98 4 1
                                    

"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"

Syukur ke hadrat ilahi. Seorang Irene Natalya sudah sah menjadi isteri kepada Lucane. Kini sudah tiba masanya untuk sesi menjamu selera.

"Tak sangka secepat ni you jadi isteri I" Lucane memandang wajah Irene yang tampak sedikit murung.

"Kenapa ni?" Dagu gadis itu di angkat. Ingin melihat wajah isterinya dengan lebih jelas.

"Tak ada apa-apa. Cuma terkejut je. Sebab ya la, tiba-tiba dah jadi isteri orang" Irene tidak membalas tatapan Lucane. Malah matanya lebih suka memandang tetamu yang sedang gembira menyantap makanan di luar.

Majlis perkahwinan mereka di adakan secara kecil-kecilan. Hanya beberapa keluarga saja yang di jemput bagi meriahkan lagi suasana majlis.

"You sure?" Soal Lucane ragu. Hatinya mengatakan bahawa Irene tidak rela berkahwin dengannya. Tetapi semua fikiran itu segera di lenyapkan. Dia pasti, Irene lebih daripada rela berkahwin dengannya.

Teragak-agak Irene mengangguk.

"Lya.." Tiba-tiba ada satu suara yang amat di kenali memanggil nama manjanya. Mata tercari-cari sang empunya suara. Jantung bagai berdegup kencang tatkala melihat susuk tubuh yang di rinduinya.

"Papa.." Lekas Irene bangun dari duduk. Tubuh Tuan Ammar di peluk kuat. Biar lah jika Tuan Ammar ingin menolak dia di hadapan khalayak ramai. Dia tidak kisah, asalkan dia boleh peluk tubuh orang tua itu buat kali terakhir itu pun sudah cukup.

Terbuntang matanya tatkala Tuan Ammar membalas pelukannya.

"Papa minta maaf Lya..Papa dah banyak buat jahat dekat Lya..maafkan papa nak.." Air mata yang tak dapat di bendung kini sudah mula membasahi pipi.

Lucane yang melihat adegan anak beranak sedikitpun tidak terdetik hati mahu pergi memujuk isterinya. Biarlah Irene menangis sepuas-puasnya. Kerana ini mungkin kali terakhir Irene dapat berjumpa dengan Tuan Ammar.

Tangan di silang di dada. Dinding pipi di tolak-tolak menggunakan lidah. Wajah usah di tanya, pasti lah tiada reaksi. Mata hanya mencerlung tajam memandang Tuan Ammar. Baru nak menyesal?

"Irene dah ma-maafkan papa.." Irene menatap wajah Tuan Ammar walau penglihatannya telah di kaburi oleh air mata. Akhirnya, papa sudah sedar akan kesilapannya. Syukur.

"Terima kasih!" Dahi licin anak gadisnya di kucup lama.

"Bro. Dah-dah. Jangan nak cium sangat isteri aku ni lama-lama" Lucane yang sudah tidak tahan akan sikap Tuan Ammar, segera menghampiri mereka. Tubuh Tuan Ammar di tolak supaya menjauh.

"Apa cakap macam tu dekat papa?" Tajam mata gadis itu menatap mata helang suaminya. Huh? Suami?

Lucane tidak mengendahkan pertanyaan Irene. Wajah Tuan Ammar yang terlihat kesan lebam yang ketara itu di pandang beserta senyuman sinis. Nak tunjuk sangat luka tu dekat anak kau? Huh pasti mahu meraih simpati pada isterinya.

"Aku taknak gaduh dengan kau Cobra. Aku dah bagi apa yang kau nak. Apa lagi yang tak cukup?" Dengan berani Tuan Ammar menatap kembali wajah menantu tak di anggap yang sudah kian menyinga.

"Aku nak kau berambus dari sini. Jangan sesekali kau munculkan diri"

Lucane mendekati Tuan Ammar lalu telinga lelaki tua itu di bisik.

"Dan, jangan sesekali kau buka mulut tentang aku" Bahu lelaki tua itu di tepuk sebelum menyuruh Ziyad dan Adrien mengheret keluar Tuan Ammar dari rumah agam miliknya.

Pinggang Irene di rangkul kemas. Baru saja hendak membawa isterinya untuk duduk kembali di meja makan. Dia sudah di sapa pertanyaan oleh Irene.

"Apa benda yang jadi tadi? Kenapa awak bahasa kan 'aku kau' dengan papa? Siapa Cobra? Apa semua ni?" Bertalu-talu soalan di beri. Nada suara masih lagi dapat di kawal. Jika tidak di sebabkan ada tetamu di sini, sudah lama dia mahu menjerit di hadapan wajah lelaki yang bergelar suaminya ini.

"I'll explain later" Itu saja yang di jawab. Pipi isterinya di cium sekilas sebelum menarik isterinya untuk duduk kembali.

Irene sudah mati kata. Tak apa. Dia tunggu penjelasan daripada Lucane nanti.





Kini, majlis sudah selesai. Semua tetamu sudah pada pulang ke kediaman masing-masing. Hanya ada Nadia saja di sini. Tetapi itu pun tidak lama, kerana Nadia sudah harus pulang sebentar lagi.

"Jaga diri tau! Jaga makan pakai suami. And yang paling penting. Jangan sesekali kau derhaka pada suami. Mau suami kau jahat macam mana sekalipun, kau jangan tengking-tengking dia. Faham?" Panjang lebar Nadia menasihati Irene. Dia juga tidak percaya bahawa kawannya sudah pun menjadi isteri kepada seseorang.

Haih, dia bila lagi?

Terangguk-angguk Irene mendengar nasihat Nadia. Baiklah Nadiaku. Apapun yang kamu cakap, kawan mu pasti akan mendengarkannya.

"Ha bagus! Okay la. Abang Ziyad dah panggil tu" Nadia bangun lalu pantas tote beg di capai.

Irene hanya mengikut langkah kaki Nadia dari belakang. Dia hanya menghantar Nadia sampai di muka pintu sahaja. Di luar ramai orang yang sedang mengemas dia tidak mahu mengganggu kerja mereka.

"Bye Nadia! Aku selalu rindu kau!" Tangan di angkat tinggi. Kemudian di lambai-lambai ke arah Nadia yang sudahpun masuk ke dalam perut kereta.

Semuanya terhenti apabila terasa pelukan di pinggang. Tidak di pandang pun sudah tahu. Pasti Lucane.

Wajah yang gembira tadi, kini sudah bertukar. Dia mendengus dek kegeraman.

"Lepas boleh? Rimas lah!" Tangan Lucane cuba di tolak. Tetapi gagal. Kenapa kudrat lelaki ini terlalu besar? Sungguh menyebalkan.

"Kenapa garang-garang ni? Dah tak sabar?" Senyuman miang mula melakar di bibir. Dengan segera, tubuh kecil isterinya di cempung mudah.

"Eei! Apa ni?! Aahh lepas lah!!" Irene meronta semaunya. Belakang badan Lucane di tumbuk berkali-kali. Namun Lucane tidak sedikitpun terkesan dengan tumbukannya. Benci.

"Tumbuk selagi boleh sayang.." Hujung bibir tersungging sinis.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now