Chapter 18

95 4 0
                                    

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Mata meliar ke segenap butik. Tidak mungkin mereka mahu mencari baju pernikahan.

"Sudah terang lagi bersuluh Irene. Dah jom masuk" Tangan Irene di tarik sedikit kuat. Irene mendengus.

"Welcome to the Mary Emberhard Boutique" Seorang pekerja di situ menyambut kehadiran Lucane dan Irene. Irene terperasan akan riak wanita itu yang menatap Lucane bagai tidak mahu lepas. Tahu la Lucane tu handsome.

"Irene. Ikut dengan Jasmine, cari baju yang you suka" Irene mengeluh. Namun di iyakan juga.

"Emm? What's your name Miss?" Jasmine bertanya. Dia memandang dari atas ke bawah pemakain Irene. Dasar manusia rendahan, ada hati nak jejak kaki ke sini.

"Irene" Sambil tersenyum kekok.

"Tuan Muda. Maaf I tak boleh layan pembantu rumah you ni. I ada kerja lain nak kena buat. You tunggu sini kejap, I nak pergi panggil Laila untuk uruskan dia" Baru beberapa tapak melangkah. Dia terhenti apabila suara garau itu bersuara.

"Did you call her 'pembantu rumah'?" Sudah membahang wajahnya tika ini. Tangan sudah di gempal penumbuk. Berani sungguh wanita ini merendahkan bakal isterinya.

"Hmm? Did I do something wrong?" Jasmine sudah mengerutkan dahi. Dia ada buat salah kah? Rasanya tidak.

"She's my future wife" Mata merenung tajam wajah Jasmine yang tergamam. Terketar-ketar Jasmine berpusing memandang Irene. What? Future wife?

"Miss! I'm so sorry! I didn't know that you future wife of Tuan Muda! Please forgive me!" Jasmine sudah berlutut. Habis lah dia kali ini. Dia tidak mahu di pecat.

"Em- tak apa! Bangun lah! Tak manis la orang tengok" Irene memegang bahu Jasmine bagi membantu wanita itu untuk bangun.

"Tolong maafkan I Miss! Tuan Muda!" Di pandang bersilih ganti kedua orang itu. Air mata sudah berlinangan.

"Kalau Irene maafkan kau. Kau boleh terus bekerja di sini. Tapi, jika tidak.." Tangan kedua-dua belah di angkat. Tanda tidak mahu mengikut campur tentang urusan wanita itu dengan Mom.

"To-tolong Miss..I masih lagi nak bekerja di sini. Di sini saja tempat I sara diri.." Jasmine meraih tangan Irene. Di genggam erat tangan gadis itu. Tolong maafkan I.

Irene sudah beriak resah. Bagaimana ini? Irene memandang Lucane yang sedang santai bersandar di sofa. Lelaki itu hanya memasang wajah kosong. Tiada pilihan lain sebelum nafas di hela. Kepala di jatuhkan beberapa kali. Tidak mengapa, kali ini dia memberi peluang kepada wanita ini untuk memperbaiki sikapnya.

"Terima kasih!" Lantas Jasmine memeluk tubuh kecil gadis itu. Laila yang melihat hanya memusing bola mata ke atas. Drama.

"Jangan peluk dia. Aku tak izinkan" Tegas Lucane melarang.

"Ba-baik! Miss..jom ikut I tengok baju" Pergelangan tangan Irene di tarik perlahan. Irene hanya mengikut langkah kaki wanita itu. Di sini juga ada banyak baju. Tetapi, kenapa mahu bawa dia ke tempat yang jauh?

"You mesti ingat I nak buat perkara buruk dekat you kan? Nah..don't worry. I dah insaf. I cuma nak tunjukkan baju-baju yang Tuan Muda pilih untuk you" Pintu bewarna coklat di buka. Baru saja lampu di nyalakan, rahang Irene bagai mahu tercabut.

"Ba-banyaknya.." Di pandang satu-persatu jenis baju yang di gantung. Kesemuanya terlihat elegan dan mewah. Tetapi bukan ini yang dia mahukan.

"Tapi..saya nak yang biasa-biasa je..ada?" Naik segan Irene bertanya.

"Ouh ada. Tuan Muda juga ada pilih yang simple" Irene di bawa ke sebelah kanan. Ya ini yang dia mahukan. Semuanya sangat cantik walau terlihat biasa-biasa saja.

"Boleh saya sentuh?" Jasmine mengangguk. Irene membelek baju-baju yang telah Lucane pilih. Selepas puas menilik, akhirnya dia berkenan dengan satu dress yang sangat menarik perhatiannya.

"Miss suka yang ni? Boleh cuba dulu" Dengan segera Jasmine mencapai baju itu lalu di berikan pada Irene

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Miss suka yang ni? Boleh cuba dulu" Dengan segera Jasmine mencapai baju itu lalu di berikan pada Irene. Selepas Irene mengangguk. Dia terus keluar dari bilik itu, mahu memberi gadis itu ruang untuk bersendiri.






Nadia duduk termenung di pondok kecil. Naik bosan dia duduk di sini. Irene pula sudah di bawa lari oleh Lucane. Maka tinggal lah dia sendiri di sini.

"Amboi..jauh termenung" Mak Milah datang dari arah belakang.

"Mak Milah" Mata Nadia terjatuh pada bungkusan plastik yang agak berminyak yang di bawa Mak Milah.

"Nah..Mak Milah beli dekat kamu" Plastik itu di hulur pada Nadia. Pantas Nadia mengambil plastik itu lalu di bau. Sedapnya!

"Goreng pisang? Nadia memang suka makan ni! Macam mana Mak Milah tahu?" Bersinar-sinar matanya melihat makanan di dalam plastik itu. Makanan kegemarannya tika kecil dulu.

"Ini Mak Milah lah. Semua benda Mak Milah tahu" Gaya budak rap Mak Milah tunjukkan pada Nadia.

"Whoaa..Mak Milah ni dulu suka rap-rap ya?" Nadia melepaskan tawa. Comel pula Mak Milah ni. Sebiji macam kartun Alvin and The Chipmunks, watak Eleanor berbaju hijau.

"Takde la..Mak Milah tiru gaya si budak Adrien tu. Dia suka buat gaya pelik-pelik" Tergeleng-geleng kepala Mak Milah teringatkan segala kelakuan Adrien.

"Ziyad ada kasi tahu kamu apa-apa tak tadi?" Mak Milah sudah mahu membuka topik hangat. Bukan selalu dapat bergosip dengan anak gadis masa kini.

"Hah? Bagitahu apa? Seingat saya tak ada la pulak. Tapi Abang Ziyad cakap lusa baru dia hantar Nadia balik" Terangnya. Sudah kenapa Mak Milah bertanya begini.

"Ha sebab tu lah! Tuan Muda suruh kamu tinggal dekat sini lagi sehari. Esok Tuan Muda nak buat majlis akad nikah" Makin rapat, makin hangat topik yang di bual.

Terbuntang mata Nadia tika ini. Mulut juga tidak kurang bezanya. Sudah ternganga, tayar bas pun muat kalau nak masuk dalam mulut gadis itu.

"Hah? Habistu Irene tahu tak?" Sungguh hangat berita kali ini. Tidak sia-sia dia berkawan dengan Mak Milah. Dapat juga dia tahu berita hangat sebegini.

"Tak. Jangan kasi tahu dia. Nanti di marahnya Mak Milah dengan Tuan Muda tu nanti. Mak Milah bukan nak sebar berita tu, tapi Mak Milah cuma nak tanya kamu dah ada ke baju untuk majlis tu nanti. Takkan la kamu nak pakai baju baby dengan seluar ketat macam ni. Tak manis orang tengok nanti" Panjang lebar Mak Milah berceloteh.

"Ya tak ya jugak kan? Tak apa la. Nanti Nadia minta tolong abang Ziyad carikan baju" Baru saja Nadia berkata. Ada satu tangan menghulur beg baju berjenama ke arah Nadia. Apabila Nadia memandang gerangan yang memberi, bagai mahu termuntah dia di kala kini. Adrien!

"Heh kau jangan nak acah-acah muntah la Gorilla. Aku beli bukan untuk kau sorang je. Dekat Mak Milah pun aku beli" Segera beg kertas itu di beri pada Mak Milah. Akibat malas mahu berdebat, Adrien terus meninggalkan kedua orang itu. Dia mahu berehat. Nanti malam dia harus membuat kerja.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now