Chapter 11

80 3 0
                                    

Ketukan pada pintu utama menyentakkan Irene yang sedang menonton TV. Rimut di capai lalu butang perlahankan suara di tekan beberapa kali. Dia perlu mendengar lagi sekali ketukan itu, mana tahu itu hanya perasaannya saja. Tetapi sekali lagi ketukan berbunyi. Dahi licin itu berkerut seribu.

"Mama dah balik ke? Takkan la" Irene bingkas bangun dari perbaringan. Pintu utama di tuju. Perasaan takut mula melanda diri. Terketar-ketar Irene ingin membuka kunci.

Klik!

Pintu kunci terbuka. Baru saja Irene ingin melihat siapa gerangan yang mengetuk pintu. Rambutnya sudah di tarik untuk keluar. Terpejam-pejam mata Irene menahan kesakitan. Dekat rambut jangan di buat main. Memang sakit.

"Ouh sini rupanya Cobra sorok kau?" Irene cuba untuk melihat siapa lelaki berbadan besar di hadapannya. Pening kepala Irene apabila terbau bauan yang sangat aneh baginya.

"Tutup mulut dia! Cepat bawa dia pergi dari sini!" Lelaki berbadan besar mengarah pekerja untuk membawa Irene lari daripada sini.

Melihat Irene yang tidak berhenti meronta, salah seorang daripada mereka mendekati Irene sebelum baju tidur yang menampakkan belahan dada itu di rentap dengan kasar. Lelaki itu menjilat bibir sambil mata di jegil.

Air mata yang tidak dapat di bendung, mengalir deras membahasi pipi. Sungguh jijik dengan apa yang lelaki itu lakukan padanya.

"Jangan takut sayang..abang cuma nak tengok je" Belum sempat tangan lelaki itu naik menyentuh bahagian dada Irene. Lelaki berbadan besar menampar kuat tangan lelaki.

"Kau jangan buat hal Alex! Ingat apa King cakap!! 'Jangan sesekali kau sentuh hak aku'" Lelaki berbadan besar itu mengulang ayat yang telah 'King' ucapkan.

Lelaki yang bergelar Alex berdecik. Jika tidak di karna kan si Tua itu. Sudah lama dia menculik Irene lalu di bawa pergi ke luar negara. Dia juga sudah terjatuh hati kepada Irene sejak beberapa bulan lepas. Aura Irene sungguh berbeza, tidak seperti perempuan lain.

"LEPASKAN AKU!!" Irene menjerit dengan lantang. Berharap ada jiran yang akan mendengar suaranya. Namun hampa, tiada seorang pun yang mahu membuka pintu untuk melihat apa yang sudah terjadi di tingkat ini.

"Kau diam!" Alex menuang cecair jernih ke kain kecil lalu di tekup pada mulut dan hidung Irene. Perlahan-lahan pergerakan Irene melemah.

Apabila Irene sudah pengsan. Alex mengangkat tubuh Irene untuk di bawa ke kereta. Sesekali dia terpandang pada dada putih milik Irene. Sungguh menggiurkan. Tetapi cepat-cepat dia membuang fikiran kotor itu jauh-jauh. Ini hak milik King, Alex! Nanti tak pasal-pasal kau mati di tangan King dengan sia-sia.






Lucane yang sedang santai di sofa, terdetik hati buat mengecek CCTV di rumah Irene. Hati mula terasa tidak enak. Kod CCTV di akses, terpampang lah susuk tubuh Irene yang sedang baring di sofa. Bibir sudah mula mengoyak senyuman. Haih bila kau akan menjadi milik aku sebenarnya?

Di lihat Irene bangun dari perbaringan lalu ke pintu utama. Berkerut seribu dahi licin Lucane. Irene mahu kemana lewat-lewat malam begini? Hati yang semakin rasa tidak tenteram membuatnya untuk memerhati lebih lama lagi pergerakan Irene. Dan ya, firasatnya betul. Irene sedang berada dalam bahaya.

Tangan di genggam bentuk penumbuk. Muka juga sudah memerah akibat menahan amarah. Mata menatap tajam kearah gerangan yang berani menarik aset beharganya. Mata terus terbuntang luas. Bagaimana si Tua itu tahu keberadaan Irene? Shit!

"Berani kau nak ambil hak aku ya Jacob? Tak apa mari kita tengok apa sangat yang kau boleh buat.." Terjongket hujung bibir Lucane. Tangan menyerluk ke dalam kocek seluar ingin mengambil telefon, lalu satu mesej di hantar pada Ziyad.

"Kau memang sengaja tambah minyak dalam bara api..Jacob.." Dengan penuh santai. Lucane bangun lalu seluar slack di pakai, tidak lupa juga dengan hoodie. Suhu pada malam ini agak sejuk kerana baru selesai hujan.

Kereta BMW M5 di pandu laju membelah jalan raya yang lengang. Tidak sampai beberapa minit memandu. Akhirnya tiba di tepat-tepat hadapan markas milik Jacob. Atau lebih di kenali sebagai King. Di lihat para penjaga sibuk membuat hal masing-masing. Dengan selambanya Ziyad dan Lucane masuk ke dalam.

"Sila duduk Tuan Muda. Mereka mungkin tiba di sini agak lambat" Ziyad menyuruh Lucane untuk duduk sementara menunggu ketibaan si raja yang terpaling di hormat.

Baru saja Lucane ingin melabuhkan duduk. Sudah terdengar jeritan seorang perempuan dari arah luar markas. Cepat anak buah kau buat kerja.

"Baik kau diam la betina! Dari tadi asyik memekak aje! Sebelum tangan ni nai-" Anak buah Jacob iaitu Zack terpandang pada susuk tubuh lelaki yang berada dalam markas. Terus dia berhenti daripada bercakap. Lututnya usah di tanya, seperti mahu tercabut. Lelaki di hadapan mereka ini bukan calang-calang orangnya. Jika di banding kekuatan sudah tentu mereka yang kalah.

Irene yang meronta-ronta tadi juga ikut tersentak. Lucane? Sedang apa dia di sini?

"Lucane...?" Perlahan ayat itu meniti di bibir. Dengan sekuat tenaga, Irene menolak Zack  yang menahannya. Secepat mungkin kaki berlari kearah Lucane. Tolong selamatkan saya!

"Lucane..t-tolong saya" Irene berlindung disebalik tubuh Lucane yang tinggi. Di peluk erat batang tubuh itu bagai tidak mahu lepas.

Lucane mengerling wajah Irene yang berada di balakangnya. Wajah yang di landa ketakutan. Rahang di ketap kuat. Jantung berdetak laju bagai baru lepas berlari. Kini mata menatap tajam ke arah 4 orang yang sedang berada di hadapannya.

"Orang tua tu nak buat apa dengan perempuan ni?" Terbuntang mata Irene dek mendengar perkataan 'perempuan' yang di ajukan padanya. Ini bukan Lucane yang dia kenal. Segera Irene menjauhkan diri daripada Lucane. Kini dia duduk di sebalik dinding yang menghubungkan dapur dan ruang tamu.

Mendengar Lucane ketawa seperti orang kerasukan. Menambahkan lagi perasaan takutnya terhadap Lucane. Tangan yang menggigil-gigil di pegang antara satu sama lain. Jangan terlalu lemah Irene, mama dan papa tidak suka orang yang lemah.

"Itu kami tak tahu! King hanya menyuruh kami untuk menangkap perempuan tu lalu di bawa kepadanya!...Sekarang kau serahkan perempuan tu sebelum King sampai!" Ujar salah seorang daripada mereka. Alex sudah menunduk. Gerun untuk melihat wajah Cobra. Walau wajah itu tampak tenang, tetapi percaya lah wajah yang tenang itu lebih bahaya.

Lucane mengangguk. Tangan memberi isyarat kepada mereka untuk mengambil Irene. Tidak sedikit pun dia memandang wajah ketakutan Irene di sebalik dinding.

4 orang itu saling bertatapan antara satu sama lain. Kemudian mereka berjalan menghampiri Irene. Belum sempat Alex ingin menggapai tangan Irene. Satu das tembakan tepat terkena pada kepala Alex. Terus tubuh itu terjatuh kaku ke lantai.

Mereka bertiga tersentak. Perlahan-lahan mereka memandang ke arah Lucane. Di lihat pada riak wajah Lucane yang masih lagi tenang.

"Take her or die" Kata Lucane. Sepucuk pistol sudah siap di hala pada mereka bertiga.

"Kurang ajar!! Bunuh dia!!" Lelaki berbadan besar berlari kearah Lucane. Sebilah pisau di keluarkan dari dalam kocek. Baru saja pisau itu ingin mengena Lucane. Pantas Lucane menembak pada pergelangan tangan lelaki itu. Pisau yang di pegang juga turut terjatuh.

"Arghh!!"

"Ziyad. Kau urus babi ni semua. Aku nak pick up Irene" Usai Lucane berkata. Kaki membuka langkah besar menuju kearah Irene yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Tubuh Irene di angkat dengan mudah. Lalu di bawa keluar dari markas Jacob. Mujur di luar masih tiada yang menjaga. Pintu kereta di buka, segera tubuh Irene di baringkan pada seat belakang. Dia bergerak pula pada tempat pemandu. Enjin di hidupkan. Kereta itu terus meluncur membelahi jalan raya.

"Rest sayang. You are safe with me" Kata Lucane. Stereng kereta di cengkam sekuat-kuatnya. Jacob memang sudah menempah mati dengannya.

LUCANE OBSESSION-UrRWhere stories live. Discover now