Kriiiiiiing!!
Loceng yang berbunyi menandakan kelas sudah hampir bermula. Yuna yang sedang menelaah tajuk yang akan dipelajari sudah meletakkan bukunya dipinggir meja yang selalu didudukinya itu.
"Yunn,aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Kata Sarah,sahabat karib Yuna. Mereka memang sangat rapat seperti belangkas, kemana-mana sahaja mesti mahu berkepit sahaja.
"Apa yang kau nak beritahu aku?Macam penting saja aku dengar." Yuna menongkat dagu nya sambil melihat tepat ke mata Sarah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi derapan kaki yang menuju ke kelas mereka. Yuna selaku ketua kelas memberi arahan kepada kelas yang sedang rancak berbual untuk bangun dan memberi ucapan selamat pagi kepada guru tersebut. Setelah mereka semua duduk,Yuna menanyakan tentang perkara yang ingin disampaikan oleh Sarah sebentar tadi.
"Weh,kau tahu tak gosip yang terbaru ni?" Tanya Sarah dengan nada berbisik. Yuna yang masih terpinga-pinga menggeleng laju. Gosip kelas pagi ni tiada update langsung."Zhafran beritahu benda ni dekat aku tadi." Dengan nada berbisik dengan sedikit keterujaan membuatkan Sarah hampir menjerit. Dengan lajunya Yuna meletakkan jari telunjuk nya memberi isyarat agar merendahkan suara.
"Masa aku bagi tahu kau jangan meloncat pula,ya?"Kata Sarah dengan nada menyakat.
"Zhafran kata tadi,mfff,hehe." Gelak tawa Sarah membuatkan Yuna semakin geram dek rasa ingin tahu yang membuak-buak.
"Apa yang kau nak bagi tahu sebenarnya? Cakaplah cepat."desak Yuna.
"Iqmal..hehe" Kata Sarah lagi dengan ketawa yang menjengkelkan.
"Iqmal suka kau Yuna." Pastinya,reaksi Yuna ketika itu sudahpun bercampur aduk. Malu, gembira, terkejut. Muka Yuna berwarna merah padam dek kerana malu yang teramat. Maklumlah,Yuna menyukai Iqmal sejak berumur 14 tahun lagi. Tetapi Yuna masih mahu membiarkannya sebagai rahsia kerana dia masih belum bersedia untuk bercinta, biarlah melihat dari jauh pun asalkan boleh melindungi nya daripada 'nyamuk' yang mengganggu hubungan mereka.
♡♡♡
Hai,seronok tak draft ni? Lagi satu,kalau ada kesalahan korang boleh komen okey? Boleh tolong vote tak? Saya tak sampai lahh. Kalau korang tekan saya belanja aiskrim.
YOU ARE READING
Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)
RomanceMengisahkan antara dua orang sahabat yang mencintai antara satu sama lain dalam diam. Yuna Kiera, seorang yang ceria dan penyayang tetapi mempunyai sisi yang sangat gelap. Jika ada yang mendekati si buah hati,takkan berpeluang lagi untuk mereka meli...