Bab 9- Damai

6 2 0
                                    

Sudah dua hari Yuna bercuti,dua hari itu jugalah dia berasa bosan. Yalah,duduk rumah bukannya buat apapun. Encik Azlan pun masih dingin dengannya,selalunya itulah tempat dia mahu bermanja.

"Ahh,bosannya! Nak baca Wattpad, kuota habislah pula. Nak masak,mama dengan ibu tak kasi sebab tangan tak sembuh lagi. Hish itulah kau,bodoh sangat pergi toreh tangan siapa suruh. Bangang betullah." Rungut Yuna. Tangannya ditilik beberapa kali mengenangkan nasib yang menimpanya.

Telefon diambil lalu kata laluan dimasukkan. Dia mencari novel yang sudah dia muat turun didalam Wattpad. Novel Mrs Emir Luthfi yang ditulis oleh isyannaa ditekan. Dia membaca dengan penuh khusyuk sehinggalah pintunya diketuk.

Tok! Tok! Tok!

'Hish,time aku tengah baca novel jugalah nak ketuk.' Kutuknya dalam hati.

Yuna menyuruh orang yang disebalik pintunya untuk masuk. Terjegul kepala Ayyash disebalik pintu. Yuna mendepakan tangannya untuk memeluk kanak-kanak lelaki itu.

"Hey,little boy. What do you want, honey?" Ayyash yang didalam pelukannya mula melonggarkan pelukan.

"Mama and ibu called you. Dia orang suruh kakak dinner sama-sama."

Tangan Ayyash digenggam erat. Mereka menuruni tangga menuju ke dapur. Semua orang menunggu mereka di island table. Yuna berharap agar Encik Azlan memandangnya tetapi hampa. Bapanya itu hanya sibuk dengan telefonnya.

"Abang,simpan phone abang tu boleh? Dah nak makan takkan tak reti nak simpan?" Puan Mariah menegur suaminya dengan cara bisikan. Kalau kuat-kuat nanti mengaibkan lah pula.

Mereka menjamah nasi goreng tomyam tanpa sepatah perkataan pun yang keluar. Kalau bercakap nanti kena bebel.

Seusai menjamu selera,Yuna terus bangun menuju kebiliknya. Tapi sempat dihalang oleh Hazim.

"Where do you think you're going to,hm?" Soal Hazim dingin. Aih,pagi tadi punyalah blushing bagai. Sekarang dinginnya mengalahkan ais batu.

"Please go to the side,otherwise, I'll kick your ass." Yuna juga tak kalah dinginnya.

"Girati,sorella mia." Yuna yang memahami arahan itu terus memusingkan badannya. Yuna terkejut dengan muka dingin bapanya. Aduh,apa pula lah kali ni. (Pusing belakang, adikku.)

"Mi dispiace,figlio mio." Laju saja air matanya mengalir dipipinya apabila mendengarkan permintaan maaf daripada bapanya itu. Siapa potong bawang weh? (Maaf,anakku.)

Encik Azlan menarik Yuna kedalam pelukannya. Rambut panjang beralun itu diusap lembut. Makin laju air mata Yuna mengalir kepipinya. Lalu tangan kasar bapanya menyeka mutiara jernih itu.

"Abah,nak juga." Ayyash mendepakan tangannya tanda mahu dipeluk. Baru nak sad vibes sekejap.

Encik Azlan ketawa kecil lalu mengangkat anak bongsunya itu. Puan Mariah menggeleng kecil melihat anak lelakinya. Orang lain punya vibes boleh dia kacau,bila turn dia punya vibes tak boleh pula. Bertuah punya anak.

"Woi,sudahlah tu. Dah habis dah masa drama melayu. Nak drama Korea pula. Drama Korea punya time drama melayu pula tak habis lagi. Haihh... Aduh!" Puan Khatijah mencubit lengan anak terunanya itu. Hazim mencebik.

Puan Khatijah menjeling anaknya itu. Menyampah.

"Sudahlah tu,jom jalan-jalan sementara Yuna masih cuti sakit ni. Tak adalah masa terbuang macam tu saja kan?" Cadang Puan Khatijah. Mereka semua bersetuju dengan cadangan tersebut.

























Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)Where stories live. Discover now