Bab 10- Tournament

8 2 0
                                    

Setelah terjaga daripada tidurnya,Yuna bingkas bangun menuju kebilik mandi untuk membersihkan diri. Tuala berwarna kelabu dicapai lalu dibawa sekali kedalam bilik mandi.

Usai membersihkan diri,dia mengenakan baju berwarna kelabu cerah dan dipadankan dengan cardigan berwarna hitam serta skirt panjang berwarna blue black. Selandang berwarna putih disarung kekepalanya.

Hari ini hari terakhir Yuna berada dirumah banglo itu. Matanya melilau-lilau melihat biliknya yang sederhana luas itu.

'Huft,rasa macam tak nak balik asrama lah pula.' Gumamnya. Bibir melorekkan senyuman.

Halah! Asrama kau pun kau buat macam bilik sendiri! Nak sedih apa?! Drama queen!

Dia menuruni satu persatu anak tangga menuju ke ruang tamu. Imej wajah orang tuanya dan Hazim menyapa pemerhatian kornea matanya. Ayyash tiada disitu kerana sudah dihantar ketaska oleh bapanya. Yuna melorek senyuman manis dan dibalas oleh orang tuanya sahaja. Hazim sedang sibuk dengan telefonnya.

'Hish,orang tua ni. Aku dah nak balik kut,tapi dia still sibuk dengan phone?! Memang minta maki daripada aku betullah!' Getusnya. Bibir yang tadi menyungging senyuman kini mencebik.

"Kakak,dekat sana elok-elok okey? Solat jangan tinggal. Ingat tu sampai bila-bila." Pesan Puan Mariah. Lembut saja suaranya membuatkan anak gadisnya memaniskan mukanya kembali.

"Oh,dah turun rupanya. Cepat,dah lah berjam abang tunggu." Selamba Hazim bersuara. Telefon disimpan kedalam poket seluarnya.

Yuna memutarkan bola matanya. Menyampah. Dari tadi lagi aku dah dekat sini. Stupido.

Encik Azlan memandang anaknya pelik. 'Aik? Perangai siapa dia ikut ni? Aku rasa masa muda dulu tak adalah suka main cebik-cebik ni. Aku tak rasa dia ikut bini aku sebab dia pun tak suka tarik muka. Dia siap cakap lagi nanti kedut.' Fikirannya. Dahi sudah Berkerut-kerut memikirkan perangai anaknya yang tak tahu asal daripada siapa.

Daripada author lah Pakcik Lan oii. Aku yang buat kau orang ni.

"Yuna,ini ada jajan sikit. Ambillah makan dengan kawan-kawan." Puan Khatijah menghulurkan beg plastik berisi makanan ringan. Yuna menyambutnya dengan senyuman. Hazim yang melihat adegan itu tergamam. Lalu dia merampas beg plastik itu daripada tangan Yuna. Beg plastik itu dipeluk erat.

"Sampai hati ibu bagi jantung hati Hazim dekat budak hingusan ni. My love,are you okay? Tak ada yang kena ambilkan?" Hazim berura-ura melihat keadaan makanan ringan yang didalam bungkusan itu mendapat jelingan maut daripada ibunya  itu.

"Stop being childish, Hazril Hazim bin Akmal Iskandar. Makanan tu boleh dibeli kan? If you want it,you can buy it by yourself. Biarlah ibu nak bagi dekat sesiapapun. Jajan dalam almari tu dah penuh kan?! Takkanlah ibu nak kena beli almari banyak-banyak semata-mata nak isi jajan Hazim?!" Semua yang berada disitu hanya mendiamkan diri menonton drama melayu percuma daripada dua beranak itu.

"Come on, abang. Cepatlah nanti lambat. Tak pasal-pasal Kiera kena marah nanti. Dah lah kalau lambat kena marah dengan warden. Lepastu kena gantung sekolah pula. Tak mahulah! Nanti habis reputasi Kiera rosak. Dahlah susah nak jaga imej ni tau?" Bebelan Yuna menghentikan drama pagi mereka. Puan Mariah sudah terkekek-kekek mengetawakan mereka manakala suaminya masih dengan muka bekunya.

Sedang mereka yang lain rancak berbual,Encik Azlan memilih untuk mendekati anak gadisnya. Lalu mulutnya didekatkan dengan telinga Yuna.

"Kakak,if you love him,please don't do something that's illegal." Bisiknya ditelinga Yuna yang berbaur amaran. Yuna menelan kesat liurnya lalu dia memandang Encik Azlan dan mengukirkan senyuman kelat. Dia merasakan yang Encik Azlan mengetahui tentang semuanya. Senyuman sinis terukir dibibir lelaki yang berumur 50-an itu. Seminit sahaja senyuman itu terukir.

Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)Where stories live. Discover now