Yuna,Sarah dan Amani sudah kekelas prep malam untuk menelaah buku pelajaran untuk ujian bulanan. Erica pula sudah berada dikelasnya beberapa minit lalu.
"Yuna,tadi kau bagi donat dekat Iqmal,kan?" Tanya Amani.
Yuna sudah mengemam bibirnya menahan malu yang membuak. Jika boleh,mahu saja dia menjerit ketika itu,tetapi dia masih lagi boleh mengawal perasaannya itu.
"Macam mana kau tahu? Sarah bagi tahu engkau ke?" Soalnya dingin sambil memandang Sarah dengan pandangan sinis. Sarah yang dari tadi memekakkan telinga terus mengangkat muka apabila dituduh sebegitu rupa. Darahnya sudah mula menyirap kekepala.
"Aku tak tahu apa-apa ya? Aku tak buka pun cerita tu. Lagipun aku belum lagi bercakap dengan Amani petang ni!" Setelah mendengar penjelasan Sarah yang panjang seperti ular sawa itu,Amani hanya meneguk liurnya yang terasa berpasir. Yuna pula hanya menjulingkan matanya keatas,malas mahu bergaduh. Kalau dengan bergaduh boleh membuatkannya lulus dalam ujian bulanan ini pasti dia sudah lama bergaduh.
"Sebenarnya aku dengan Erica nampak korang dekat kantin tadi. Kami pun menyorok lah belakang dinding tu."
'•Flashback•'
Amani dan Erica mencuri dengar percakapan mereka berempat ditempat persembunyian mereka. Amani sangat fokus melihat tingkah laku Yuna dan Iqmal. Erica pula hanya menjeling tajam kepada Amani.
"Kakak,kenapa kita kena menghendap pula ni? Kita nak jadi spy ke?"
Amani hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh Erica. Erica pula hanya mencebik bibir.
'Aww,such a sweet couple ever. I hope my bestie can make Iqmal as her husband.' fikir Amani,jauh betul fikirannya melayang.
Erica pula hanya mendiamkan diri melihat seniornya yang sudah seperti disampuk itu dengan kelat.
°flashback end°
Yuna sudah menekup mukanya menggunakan buku,Sarah pula membulatkan matanya tanda tidak percaya. Sejak bila pula Amani dan Erica pandai menghendap orang pula ni? Dinding dibahagian kantin pula ada beberapa batang pokok mangga yang rendang dan batangnya pula cukup besar. Eh,betul juga. Batang pokok tu besar sampai orang pun muat nak menyorok.
"Ahh,Amani. Aku rasa itu dah cukup untuk membuatkan Yuna pengsan. Aku rasa kita semua patut keluar sekejap untuk ambil angin petang." Jelas Sarah.
Amani tersenyum seraya mengangguk setuju. Setelah itu mereka keluar kelas,mereka bercadang untuk menuju ke padang bola. Itulah tempat yang boleh meredakan perasaan Yuna. Tidak kiralah marah,sedih atau malu.
Setelah mereka hampir sampai ketempat yang dituju, Amani dan Sarah terkejut dan terus menukar destinasi untuk berborak. Yuna berasa pelik dengan kerenah dua sahabatnya itu.
Ketika Yuna hampir menoleh kebelakang, Amani atau Sarah akan menyuruh Yuna agar melihat ketempat lain sehinggalah tiada kawasan padang bola yang kelihatan walaupun sedikit.
Setelah semua orang bersetuju untuk menukar destinasi,mereka menuju ke kedai serbaneka yang berdekatan dengan kawasan sekolah mereka. Amani mengambil coklat berjenama Cadbury dan dua kotak kecil buah strawberi. Sarah pula mengambil beberapa jenis gula-gula dan beberapa botol susu berperisa strawberi untuk mereka bertiga. Muka masing-masing sudah seperti baru sahaja melihat hantu. Yuna tersenyum pada masa yang sama pula dia masih tertanya-tanya sebab mereka bertingkah begitu terhadapnya. Selesai membayar mereka terus kebahagian hadapan kedai untuk makan.
"Kau orang ni dah kenapa? Semacam aje aku tengok. Ada sorok apa-apa dari aku ke?"
Yuna memandang sahabatnya yang agak pelik pada petang ini. Sarah dan Amani menelan air liur mereka dan bahkan tidak menjawab pertanyaan Yuna tadi. Seolah-olah soalan Yuna tadi seperti angin yang berlalu,tidak diendahkan.
"Err,Yuna. Jom makan strawberi ni. Aku bosanla kalau makan berdua dengan Sarah. Kau tak ada dekat sini pula. It's not nice,you know? Because I bought these two boxes of strawberry for you."
Keterangan Amani membuatkan Yuna berasa sedikit curiga dengan mereka. Dia bukannya mahu meragukan kebaikan rakan-rakannya itu,tetapi dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan mereka.
"Err,kau orang. Aku nak pergi tandas sekejap. Tinggal makanan dekat aku sikit,jangan lupa tau."
Yuna sengaja mencari alasan untuk ke padang bola. Tanpa perasaan curiga sedikitpun terhadap Yuna,mereka berdua membenarkannya untuk pergi ke tandas. Yuna hanya tersenyum disebabkan mukanya yang sedikit muram berlari kearah blok aspuri.
'Apa yang dia orang sorokkan daripada aku ya? Ada apa-apa jadi ke?' Soalnya didalam hati.
Yuna bersembunyi disebalik semak-samun disebelah kawasan padang bola. Alangkah terkejutnya Yuna apabila melihat Iqmal dan salah seorang daripada seniornya mendekati Iqmal dan memberinya minuman. Yang lebih menyakitkan hatinya,Iqmal menerimanya dan tersenyum kearah seniornya.
Zhafran yang perasan akan kewujudan Yuna terus mengajak rakannya untuk beredar dari situ dan mebisikkan sesuatu ditelinga Iqmal. Muka Zhafran yang seperti ayam berak kapur itu menyebabkan Yuna tahu yang Zhafran perasan akan kehadirannya. Dia ketawa sinis. Dia dapat melihat Zhafran dan Iqmal yang sedang bergaduh sama ada mahu membuang botol air mineral yang dipegang oleh Iqmal. Tapi alangkah terkejutnya Yuna apabila Iqmal meneguk air yang didalam botol itu hingga tiada lagi yang bersisa didalam botol itu. Hatinya bagai disiat-siat. Penumbuk dikepal kuat.
"Aku dah banyak korbankan diri aku untuk kau,tapi ini yang kau balas? Kalau aku tak boleh dapat kau,tak ada siapapun yang boleh dapat kau,sayang. Aku akan pastikan yang senior gatal tu tak dapat Iqmal. Hehe." Sumpah Yuna sambil menahan esakannya.
Dia mengelap air mata yang laju mengalir dipipinya. Matanya juga sudah sedikit membengkak merah kerana menangis. Dia duduk didalam semak itu selama beberapa minit kerana ingin meredakan tangisannya. Sambil dia meredakan tangisan,dia memikirkan cara untuk 'membebaskan' roh seniornya itu daripada badan. Dia sangat pantang apabila dirinya dicabar oleh perempuan murahan seperti senior itu.
"Roh perempuan murahan macam itu,patutnya dibebaskan. Barulah kehidupan sekarang ni lebih damai dan tenang. Kesian roh dia,kotor, jijik disebabkan jasad dia yang tak ada harga." Yuna ketawa sendirian. Telefon bimbitnya diambil lalu ditangkap beberapa keping gambar untuk rujukannya nanti.
♡♡♡
Hadehh,baru je bab 4. Dah datang masalah dunia. Agak-agak,apa hubungan senior tu ekk?
●●●
Maaf hambar dan pendek. Kalau ada ayat yang tidak mudah untuk difahami tolong komen.
Boleh tolong tekan button vote tu tak? Kalau dah tu,thank you. I love you 3000.😘💖
YOU ARE READING
Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)
RomanceMengisahkan antara dua orang sahabat yang mencintai antara satu sama lain dalam diam. Yuna Kiera, seorang yang ceria dan penyayang tetapi mempunyai sisi yang sangat gelap. Jika ada yang mendekati si buah hati,takkan berpeluang lagi untuk mereka meli...