Bab 8 - Hukuman

9 1 0
                                    

"Aku nak balik." Apabila terdengar sahaja ayat itu terpacul daripada mulut Iqbal sendiri,Yuna bangun daripada tempat duduknya lantas berlari mendekati Iqbal.

"K-kenapa? Ada yang tak kena ke?" Tanya Yuna. Gadis itu mengawal perasaannya agar tidak menangis.

Iqbal tidak menjawab. Zhafran bangun daripada sofa dan menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Dia cemburu tengok kau dengan boyfriend tua kau tu. Dah beberapa kali jugaklah aku halang dia daripada buat kacau." Dengan tenangnya Zhafran menceritakan keadaan yang sebenar.

Yuna memandang Zhafran dan Iqbal silih berganti. Boyfriend tua?

"Tapi aku tak ada boyfriend? Boyfriend mana yang kau cakap ni?" Terjongket kening Yuna.

Melopong mulut Iqbal dan Zhafran. Tidak cukup dengan itu,mata mereka turut membuntang mendengar pengakuan Yuna.

"W-wait,isn't that your boyfriend? That old man? Dia pegang dagu awak,kan? So I think..." Iqbal menghalakan jari telunjuknya kearah Hazim yang sedang khusyuk makan. Tersedak Hazim apabila namanya disebut.

Ketawa yang ditahan akhirnya pecah. Sarah,Amani dan Erica ketawa terbahak-bahak dengan soalan Iqbal. Betullah tu,cemburu tak bertempat.

"So, kau orang tak bagitahu dia orang ya?" Ketawa mereka terus terhenti. Mereka bertiga menggeleng kecil. Mulut membentuk muncung kerana berasa bersalah. Kecuali Sarah yang tersengih kambing.

"Lupalah,sorry Mrs Iqbal..." Suara Sarah sengaja dikepitkan sedikit.

"Kan betul aku kata,pendek? Buah hati kau ni,jealous tak bertempat." Hazim mencelah. Tangan kanannya diletakkan diatas pinggang.

Yuna menjeling tajam Hazim. Bodoh punya orang tua,sesuka hati dia aje mengata buah hati aku.


























Encik Azlan dan Iqbal berada dihalaman rumah banglo itu. Manakala yang lain masih didalam rumah.

"So,do you love my daughter?" Encik Azlan memulakan perbicaraannya bersama Iqbal. Iqbal hanya diam dan membatu disitu.

"Y-yes,I love her. She's kind,sweet and cute. Tapi saya takut nak beritahu dia sebab saya rasa dia dah ada boyfriend. Yalah,orang macam anak pakcik tu takkanlah tak ada teman lelaki kan? Dahlah cantik,baik pula tu." Iqbal hanya mengukirkan senyuman tawar. Lantai dipandang sayu.

"Kamu serius ke sukakan dia?" Tanya Encik Azlan. Sebatang rokok diambil lalu hujungnya dicucuh api.

Iqbal mengangguk kecil lalu dia memandang lantai semula. Keluhan kecil kedengaran daripada dua ulas bibir remaja itu. Encik Azlan tersenyum misteri. Tiada sesiapa yang akan dapat membaca air mukanya apabila senyuman itu dilorek termasuklah isterinya.

"Kalau saya kata dia tak ada teman lelaki kamu percaya tak?" Iqbal memandang Encik Azlan kerana tidak percaya dengan apa yang dikatakan olehnya.

Encik Azlan ketawa sinis. Dia sudah menduga reaksi Iqbal. Rokok dihisap untuk kali terakhir sebelum dibuang ke dalam tin rokok.

"Jangan buat dia kecil hati. Saya percaya kamu bukan sejenis yang suka sakitkan hati orang. But,if I saw her crying because of you, you know what will happen." Sinis sahaja amaran yang diberi oleh Encik Azlan.

Iqbal mengangguk laju. Abah dia ni boleh tahan garang,macam manalah anak dia boleh tahan? Eh,tak baik betullah aku kutuk bapa future girlfriend aku macam tu.

Iqbal menjeling kearah pintu utama dan terlihat susuk tubuh Hazim berjalan kearah kereta. Mukanya tidak seceria tadi.

'Mamat tu dah kenapa? Mendung aje muka.' Gumamnya didalam hati. Pemergian Hazim dihantar dengan renungan Iqbal yang masih terpinga-pinga.

Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)Where stories live. Discover now