Air yang didalam baldi disiram keatas lelaki yang terikat dikerusi. Lelaki itu terkejut lalu terbatuk.
"Apa pakcik nak buat dekat saya,hah?!" Suara Iqmal meninggi. Encik Azlan memandangnya dengan tatapan kosong. Iqmal menilik badannya yang sudah lencun disiram air. Mata memandang semula Encik Azlan. Mukanya jelas terpancar riak marah. Mata mereka masing-masing menajam. Lebih tajam daripada pedang.
"Aku yang patut tanya kau soalan. Kenapa kau nak langgar anak perempuan aku?" Encik Azlan sengaja menekan perkataan anak perempuan. Iqmal ketawa sinis lalu mukanya terteleng kekiri kerana ditumbuk lelaki dihadapannya.
"Hmm,saya sebenarnya... bukan nak aim anak perempuan pakcik pun. Saya sebenarnya hanya aim dua orang lelaki dekat belakang dia je." Selamba Iqmal menjawab. Cuba mengapi-apikan Encik Azlan tetapi hampa. Encik Azlan tidak memberi sebarang reaksi.
"Pakcik nak tahu kenapa saya buat macam tu? Sebab dua ekor jantan tak guna tu pergi rampas hak aku!" Sambungnya lagi. Suaranya kian meninggi pada ayat kedua. Encik Azlan melayangkan penumbuk untuk kedua kalinya. Api kemarahan kelihatan didalam matanya walaupun mukanya dingin bagaikan ketulan ais didalam peti sejuk.
"Jangan pernah kau panggil anak saudara aku macam tu! Kau tak layak nak panggil dia dengan gelaran tu!" Tapak tangan dilayangkan mengenai pipi remaja itu. Encik Azlan mengeluarkan sebilah pisau belati daripada laci dimeja televisyen. Lalu perlahan-lahan dia menekan pisau itu menembusi paha kiri Iqmal dan menyebabkan lelaki itu menjerit sekuatnya.
"Kau jeritlah sekuat mana pun,takkan sesiapa yang akan dengar sebab tempat ni terbiar." Terdengar ketawa Encik Azlan diakhir ayatnya. Pisau tadi ditekan dengan kuat lalu ditarik dengan laju. Iqmal masih meraung kesakitan. Encik Azlan ketawa sinis.
"Kau memang sial lah orang tua! Lepas ni,aku akan pastikan yang anak lelaki kau pula yang kena!" Jerit Iqmal. Lalu pisau yang dipenuhi dengan darahnya tadi menembus pahanya yang disebelah kanan. Dia menjerit. Tetapi lebih kuat daripada tadi.
"Come on,Iqmal. Macam mana kau nak lindungi anak aku kalau kau sendiri pun lemah macam ni?!" Encik Azlan menampar pipi Iqmal sekali lagi. Iqmal sudah bermandi peluh. Inilah yang Encik Azlan mahukan. Dia mahu orang yang mencederakan anak saudaranya menderita. Muka Iqmal pucat. Bibir yang tadinya berwarna merah jambu kini sudah bertukar warna.
Puan Khatijah mengelus lembut wajah putera bungsunya lalu dikucup dibahagian ubun-ubun lelaki itu. Wanita itu tersenyum kelat cuba menguatkan dirinya. Dia harus kuat demi anaknya.
"Anak ibu kena kuat ya,sayang? Anak ibu kuat. Sebab tu anak ibu selamatkan Yuna kan? Hazril kena kuat,okey? Ibu doakan Hazril cepat sembuh daripada penyakit ni. Itu je yang ibu nak cakap. Ibu harap Hazril cepat sedar. Assalamualaikum." Dia mencium ubun-ubun Hazim lalu berlalu keluar daripada wad yang menempatkan Hazim.
Yuna masih duduk diatas kerusi besi dihadapan bilik unit rawatan rapi. Mukanya masih masam. Rasa bersalah menghantuinya. "Maaf Abang Haze, Kiera dah buat abang sakit. Kiera yang sepatutnya kena langgar waktu tu. Dan Kiera harap abang benci Kiera." Yuna menggumam tetapi masih boleh didengari oleh Meliyana dan Sarah yang duduk disebelahnya.
"Hey! Don't you ever say like that again! Kau nak sangat ke abang kau benci kau? Aku gerenti kalau dia dah mula benci kau,nanti kau kena dera dengan dia kau tau?" Meliyana mengangguk tanda bersetuju dengan ceramah tak berbayar Sarah. Yuna diam tak berkutik. Mengangguk tidak,menggeleng pun tidak. Amani dan Erica mendengar rakaman suara tadi secara berulang kali tanda tidak percaya akan nama pesalah yang disebut oleh Sarah tadi.
"Yuna,kamu nak melawat Abang Hazril dengan Abang Alfi tak?" Lembut suara Puan Khatijah. Pada masa yang sama,suaranya sedikit bergetar menahan tangisan. Yuna bingkas bangun lalu menyalami tangan ibu saudaranya itu. Sigap dia memeluk Puan Khatijah.
YOU ARE READING
Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)
عاطفيةMengisahkan antara dua orang sahabat yang mencintai antara satu sama lain dalam diam. Yuna Kiera, seorang yang ceria dan penyayang tetapi mempunyai sisi yang sangat gelap. Jika ada yang mendekati si buah hati,takkan berpeluang lagi untuk mereka meli...