Bab 15- Dalang

4 2 0
                                    

"Siapa?!" Penumbuk dikepal kuat oleh Hazim. Meliyana dan dua orang saudaranya mencuba untuk menghadam setiap perkara yang terjadi. Alfi mendiamkan diri beberapa saat.

"Maaf,tapi ini hal peribadi antara keluarga kami. Jadi... maaf sekali lagi,boleh kamu semua keluar?" Dengan sopan santun Alfi meminta mereka keluar. Dengan segera mereka mengangkat punggung dan berjalan keluar dari wad tersebut. "Kau... nak cakap apa?" Dingin nada suara Hazim. Alfi menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menghembusnya kembali.

"Kau kenal kan budak yang selalu dengan Iqmal?" Soalan berganti soalan. Kerutan terbentuk didahi Hazim. Apa kena mengena budak tu dengan kes kali ini? Hazim mengangguk sekali. Alfi tersenyum senget sebelum melabuhkan punggungnya disofa. Kaki dan jari-jemarinya disilangkan.

"Kenapa dengan budak Zhafran tu?" Hazim memulakan perbicaraan yang terhenti sebentar tadi. Debaran didada makin terasa. Dadanya juga sedikit sakit dek kerana debaran yang amat kuat itu. Allahu... pertanda apakah ini? "Dialah serigala yang sebenar. Tapi,bukan maksud aku yang si jantan keparat tu tak bersalah." Sengaja Alfi membiarkan ayatnya tergantung.

"Boleh tak kau jangan biarkan ayat kau tu tergantung? Kau pun tahu kan aku benci orang yang jenis suka gantung ayat ni?" Dua mata itu bertembung. Kesinisan terlihat dari pandangan mata masing-masing. "Dia orang bersekongkol. Hahahah,lawak gila. Seorang perangainya gila perempuan. Seorang lagi perangai macam hamba abdi. Dia orang macam... bitches who want attentions." Alfi ketawa. Hazim menggenggam selimut yang dipakainya. Laju tangan kanannya menggenggam bantal lalu mencampakkannya kearah Alfi tetapi sempat Alfi menyambut bantal tersebut dengan senyuman sinis. Mujur tidak terkena wajahnya. "Kau fikir dengan cara campak bantal ni akan buat aku diam? No, my little brother. That isn't the solution. "

"I know,you want to kill them. Is that true?" Hazim menongkat tangannya diatas katil bagi mengimbangi badannya. Muka selambanya ditayangkan.

"Yup. Untunglah kau masih pandai. Kalau boleh,malam ni juga aku nak buru dua ekor serigala jadian ni."

"Kau jangan nak cari pasallah. Kiera mesti perasan punyalah yang buah hati dia hilang. Oh,silap. Jantan keparat tu hilang." Sengaja Hazim menekan perkataan 'Jantan keparat' tersebut. "Well then,I will do it secretly." Dengan selambanya Alfi bangun dari sofa dan berjalan keluar sambil ketawa sinis.

'What the hell is wrong with him? Orang tua gila tu tak pernah pula jadi macam ni.' Hazim berfikir sambil berjalan perlahan-lahan untuk mengambil bantal yang dicampaknya tadi. Tiba-tiba, dadanya tersa sakit kembali tetapi lebih pedih daripada tadi. Hazim meringis sakit. Butang ditepi katil ditekan berkali-kali sebelum penglihatannya perlahan-lahan bertukar gelap.






























Suasana diruang tamu rumah banglo milik Encik Azlan sunyi sepi tanpa adanya sebarang bunyi. Sehinggalah bunyi derapan kaki menyapa telinga mereka. "Andra,mama dengar tadi Hazim dah sedar. Is it true?" Puan Mariah mencuba untuk memecahkan kesunyian antara dua jejaka dihadapannya. Anak mata hazel Andra ditala kearah Puan Mariah. Senyuman diukir.

"Ya,mama. Dia baru aje bangun tadi. Sempat jugalah bersembang dengan dia sekejap tadi sebelum kesini." Encik Azlan tiba-tiba berdehem menghentikan perbualan antara ibu dan anak saudara itu. Kacau daun betullah! "Andra ingat abah saja-saja ke panggil Andra kesini?" Andra terus teringat akan sebabnya datang kerumah ibu bapa saudaranya.

"So,why did you call me signor Eddison?" Encik Azlan tersenyum sinis. Dia menghulurkan sehelai kertas yang dilipat kepada Andra. Huluran disambut lalu lipatan kertas tersebut dibuka. Terdapat gambar beberapa orang remaja yang sedang berkumpul dikawasan sekolah.

Mata Andra lebih tertarik untuk melihat dua wajah yang dibulatkan dengan dakwat merah. Dakwat merah...

"Wait! Are you serious?! Dua orang budak ni target kita?!" Encik Azlan mengangguk sekali. Andra melihat kembali kertas tersebut.

Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)Where stories live. Discover now