Seusai mereka menghabiskan urusan dibilik disiplin sebentar tadi mereka berempat terus meluru kekelas mereka.
Bamm!!
Bunyi pintu yang dihentak oleh Yuna. Bahu mereka semua terhinjut keatas kerana bunyi hentakan yang begitu kuat. Sudah kesekian kalinya Yuna menghentak pintu dikawasan sekolah,walhal boleh saja dia menolak pintu secara perlahan-lahan. Boleh tahan kuat juga ya minah ni?
Tiba-tiba satu susuk tubuh berlari kearah mereka berempat. Mereka berganjak kebelakang sedikit kerana takut susuk itu lupa 'menekan brek' semasa berlari.
"Korang pergi mana tadi? Puas aku cari kau orang tau tak?!"
Tanya Amani dengan nada suara yang cukup tinggi. Zhafran menunjukkan muka kelat kepada Amani. Sudah menjadi rutin kepada mereka apabila berjumpa,bergaduh saja kerjanya. Yuna,Sarah dan Iqbal pula sudah buntu bagaimana cara hendak mendamaikan mereka.
"Kenapa kau nak menyibuk hal orang? Kau ni memang suka jaga tepi kain orang ya?" Tanya Zhafran senada dengan suara Amani.
"Eh,aku tanya dekat kawan aku je,kau yang sibuk menjawab kenapa?" Marah Amani kepada Zhafran.
"Haihh,Sudahlah tu. Korang ni asyik bergaduh aje. Tak ada kerja lain nak buat kalau jumpa. Cubalah kalau jumpa tu tak gaduh macam ni,kami pun seronok tengok korang berbaik."
Zhafran dan Amani hanya menunduk memandang kaki menghadam setiap bait-bait perkataan yang diucapkan oleh Sarah sebentar tadi.
"Yuna,kau okey ke?" Tanya Iqmal.
"Apa yang okey?"
Yuna memandang Iqbal dengan pandangan pelik. Yalah dia tanya okey atau tidak,kawan pun nak jawap apa? Dia pun tak beri tahu apa yang okey.
"Kau okey ke nak cerita pasal tadi? Atau kau nak diam dulu?" Tanya Iqmal dengan lengkap.
Haissh,kalau dia yang buat soalan peperiksaan macam ini,memang sah kena tolak mentah-mentah.
"Kita cerita nanti aje lah,dekat sini ramai orang. Takut diorang dengar lepas tu kecoh satu sekolah." Jelas Yuna.
"Yuna,nanti kita lepak dekat tempat biasa ya?" Ajak Sarah.
"Tapi kita bawa diorang berdua ni dengan Erica boleh?" Tanya Yuna dengan membulatkan matanya yang sedikit sepet itu. Sarah hanya menghela nafas dan mengangguk sebagai tanda bersetuju. Sebenarnya dia hanya mahu menghabiskan waktu dikafe bersama dua sahabatnya sahaja.
"Kau orang selalu lepak dekat mana?" Tanya Zhafran dengan sebelah keningnya yang terangkat.
"Kafe." Jawab Yuna. Ringkas dan mudah dihadam.
(macam makanan pulak,terliur author)
"Ehh,kebetulan kami pun nak cari tempat lepak baru. Dekat situ ada apa aje?"
Iqmal menggosok-gosok tapak tangannya sambil membayangkan pelbagai jenis makanan yang ada di kafe tersebut.
"Tapi... Nama kafe tu agak pelik jugalah. Jangan terkejut pula bila sudah sampai disana."
Iqbal mengangguk faham dengan penjelasan Yuna tadi.
•~Dikafe~•
"Err,disini ke kafe tu?" Soal Iqmal sambil memandang Yuna.
Yuna hanya mengangguk sambil mengetap bibir mungilnya itu.
"Kenapa tempat ni macam mahu mencari jodo-"
Soalan Zhafran terjeda dek kerana Sarah,Yuna dan Amani menjelingnya sebagai tanda menyuruhnya untuk diam. Bukan apa,kalau dia cakap kuat-kuat nanti mereka dihalau oleh pekerja disana pula. Sudahlah mereka tidak ada tempat lain untuk melepak. Amani memberikan jelingan maut kepada Zhafran kerana mulutnya yang tidak ditapis.
"Kakak.."
Mereka berlima memandang Erica dengan segaris senyuman,kecuali Yuna yang menjongketkan keningnya.
"Kakak yakin ke kita nak makan dekat sini?"
Mereka berlima hanya mengangguk mengiyakan soalan Erica tadi. Setelah mendapat tempat ditepi tingkap,mereka semua melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan. Masing-masing melihat buku menu untuk memesan makanan dan minuman nanti.
"Sudah ada makanan ke untuk kau orang pesan?" Tanya Yuna kepada mereka semua.
Mereka mengangguk.
"Pelayan." Panggil Yuna sambil melambaikan tangannya kepada pelayan dikafe itu.
"Ya,adik. Nak pesan apa?" Tanya pelayan itu dengan lemah-lembut.
"Iced chocolate coffee dan pavlova satu untuk saya. Cream puff lima dan chocolate rice enam. Korang nak pesan apa? Hari ni aku belanja." Kata-kata Yuna membuatkan mata mereka bersinar.
"Hmm,saya nak dark chocolate ice blended satu dan Cream puff dua." Kata Erica. Erica segan kerana diajak melepak bersama senior pada hari pertama persekolahannya dan dibelanja oleh senior yang dianggap menakutkan olehnya.
"Pesanan kami berdua sama dengan Yuna." Kata Sarah.
"Kami nak teh ais sajalah." Iqmal mengangguk setuju dengan cadangan Zhafran. Setelah usai menulis pesanan,pelayan itu menunduk dan beredar untuk memberikan pesanan kepada barista.
"Erica,kenapa kau ambil makanan sikit aje? Nanti kau lapar dekat dorm nanti macam mana?" Tanya Yuna prihatin terhadap junior nya itu.
"Tak apa,saya tak lapar sangat. Lagipun saya tak tahu nak pilih apa,jadi saya ambil yang paling murah ajelah supaya duit kakak tak habis."
Yuna mengangguk sambil mengukirkan segaris senyuman. Walaupun dia mengetahui yang Erica agak segan dengannya. Setelah pesanan mereka sampai mereka semua memulakan perbicaraan mereka tentang kes pagi tadi. Pelbagai reaksi daripada Amani seperti terkejut,marah dan sebagainya.
"Macam inilah,esok kita kena make up Erica sikit sebab tidak mahu dia dikenali oleh pembulinya. Kalau penampilan nerd begini memang naklah dia orang ganggu budak ni." Cadang Amani.
Yuna dan Sarah tidak menunjukkan sebarang tanda protes. Erica menunduk malu kerana penampilannya yang seperti 'budak nerd' .
"Bila kita nak mula?"
Pertanyaan Yuna menyebabkan Amani mengurut dagunya untuk berfikir sejenak.
"Kita mula esok aje lah."
Membuntang mata Yuna mendengarkan cadangan kawannya itu. Bukan apa, dia tidak pandai dalam bab solekan. Kalau hanya mengoleskan gincu pada bibir sendiri bolehlah sebab senang,kalau sampai pakai foundation atau blusher itu jadi badutlah gamaknya.
"Weh,aku mana reti kalau bahagian solekan ni semua." Bisik Yuna kepada Amani.
Iqmal yang terdengar tentang bisikan Yuna tadi tergelak kecil. Muka Yuna sudah mula memerah. Dia pasti percakapannya dengan Amani didengarinya tadi.
"Jarang aku dengar perempuan tak pandai bersolek,memang ciri-ciri yang kau nak ni bro. Jangan lepaskan dia." Bisik Zhafran.
Iqmal hanya mendiamkan diri sambil mengukirkan senyuman sambil melihat gadis dihadapannya tersipu malu.
'Manis.' Ujar nya didalam hati.
Setelah pesanan mereka sampai,Yuna terus menyisip sedikit airnya sambil menahan matanya daripada melihat wajah Iqmal. Iqmal yang dari tadi melihat wajah Yuna tanpa sedar mengukirkan senyuman manis. Yang lain sudah tergelak kecil melihat kerenah dua manusia dihadapan mereka. "Hei,nak dengar pantun tak?" Amani tiba-tiba bersuara. Sarah, Erica dan Zhafran mengangguk laju. Amani ketawa perlahan.
"Buah strawberi dipetik ditaman,
Enak dimakan bersama rakan;
Tuan dan puan duduk berhadapan,
Kenapa muka merah kalau hanya 'TEMAN'?" Pecah tawa mereka apabila melihat muka Yuna yang makin memerah. Adegan itu juga membuatkan semua mata tertuju kearah mereka. Yuna dan Iqmal menghela nafas berat dan membiarkan mereka semua bergelak ketawa.♡♡♡
Maaf sebab hambar dan ada kesalahan perkataan.
Boleh tolong tekan butang vote tu tak? Pwishhh. Kalau dah,terima kasih 😘
YOU ARE READING
Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)
RomanceMengisahkan antara dua orang sahabat yang mencintai antara satu sama lain dalam diam. Yuna Kiera, seorang yang ceria dan penyayang tetapi mempunyai sisi yang sangat gelap. Jika ada yang mendekati si buah hati,takkan berpeluang lagi untuk mereka meli...