Bab 6 - Hadiah

11 2 1
                                    

Cahaya matahari petang yang sepatutnya bersinar terang sebelum terbenam terlindung awan mendung. Begitu juga dengan Yuna,cahaya keceriaannya terlindung oleh awan kesedihan kerana masih terkenang dengan peristiwa dipadang.

Tanpa sedar dia sedang diawasi oleh rakannya. Sarah yang melihat keadaan Yuna hanya melepaskan keluhan berat sambil berpeluk tubuh.

"Kakak tak nak pujuk Kak Yuna ke?" Sarah tersentak dengan soalan tersebut. Tiada jawapan yang diberikan melainkan keluhan.

"Biarlah dekat dia,nanti baiklah tu,Rica."

Erica memandang Yuna sekilas dan terdetik sedikit rasa kasihan kepada seniornya itu. Amani yang baru sahaja selesai mandi sedikit terkejut melihat Erica dihadapan pintu dorm mereka.

"Kau orang buat apa depan pintu ni? Masuklah dalam bilik,boleh nyam-nyam dekat dalam." Mereka berdua saling berpandangan sebelum masuk kedalam dorm.

Amani hanya melihat Yuna yang sedang membuang pandangan keluar tingkap. Sedang dia berjalan untuk mengambil mangkuk dan beberapa bungkus mi segera,Yuna secara tiba-tiba mengeluarkan suara tangisan. Amani yang terkejut melihat sahabatnya itu terus meletakkan semula barangan yang telah diambil.

"Weh,Yuna... sudah-sudahla tu. Maybe he didn't bring his own water? Please don't cry... he's still love you,right?" Pujuk Amani.

Tangisan Yuna terhenti sebentar sahaja,kemudian semakin kuat tangisannya membuatkan Amani dan Sarah panik. Erica terlopong melihat Yuna yang semakin kuat menagis. Belum pernah dia melihat orang yang lebih tua darinya menangis sebegitu rupa.

"Ah.. erm... H-hey,don't cry. Nanti warden datang kita nak jawap apa? Warden kita dah la garang macam singa lapar,kalau kena baham macam mana? Shhh.. there's no need to cry for."

Pujukan yang Amani buat kali ini berjaya iuga walaupun Yuna masih tersedu-sedan kerana menangis.

"Weh,kau boleh tanya dia lagi kan dia suka kau lagi ke tak?"

Cadangan Sarah membuatkan mata Yuna yang merah membengkak itu bersinar bagaikan memantulkan cahaya matahari.

Alahai,asal dengar pasal dia je kembang-kempis. Kesianlah kat aku yang single menyinggle triangle ni.

Masih berbaki lima minit sebelum prep malam bermula. Yuna menyarungkan tudung bawal berwarna hitam kegemarannya kekepala. Setelah itu dia terus mengambil beg yang berisi buku-buku kerja untuk projek Reka cipta minggu hadapan.

'Oh Allah, please don't take his heart from me. I've liked him for a long time. I'm begging you.' Doanya didalam hati.

"Oi,Yuna! Kau kalau tak nak pergi tu cakap aje lah! Kang ada juga yang kena dengan aku kang!"

Terhinjut sedikit bahu Yuna dek kerana tempikan yang diberikan oleh Sarah yang sudah tidak sabar menunggu lagi.

Sewaktu dibilik prep,kebetulan pula Iqmal terlihat mata Yuna yang sedikit bengkak.

Kenapa dengan Yuna,dia menangis ke? Ke dia tidur lewat semalam?" Omelnya perlahan.

Tiba-tiba dia terasa bahunya seperti ditepuk oleh seseorang.

"Bro,tengok awek tak ajak aku pun."

Iqmal hanya menjeling tajam kepada Zhafran. Zhafran pula hanya tersengih seperti kerang busuk melihat jelingan yang dihadiahi oleh sahabatnya itu.

Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)Where stories live. Discover now