Iqmal mengunyah nasi goreng yang dibelinya tadi dengan laju. Zhafran berasa pelik melihat tindak-tanduk sahabatnya itu. "Bro,kau dah kenapa? Tak pernah pula kau makan laju macam sekarang ni." Iqmal menjeling Zhafran sekilas. Lalu hembusan nafas kedengaran. Zhafran menjongket sebelah keningnya.
"Aku ada jumpa seorang perempuan ni dua hari lepas." Iqmal memulakan bicara. Zhafran pula tekun mendengar. Itulah kerjanya setiap hari. Mendengar,memberi pendapat dan lain-lain lagi. "Okey... Lepas tu? Kenapa?" Tanya Zhafran ringkas. Iqmal mengemam bibir. "Perempuan tu... cantik. Rupa paras dia... perfect. Mata hazel,hidung dia mancung,bibir terletak elok and then rambut dia panjang mengurai..." Bagai dilanda angin rindu,Iqmal menongkat kepala dengan muka yang merona merah. Zhafran masih terpinga-pinga.
"Sekejap, kau suka dia ke?" Muka Iqmal makin memerah. Mukanya yang putih membuatkan warna merah itu semakin jelas kelihatan. Lainlah dengan muka Zhafran yang hitam manis. Tergamam Zhafran dibuatnya. "Kau... dah tak suka Yuna dah ke?" Muka Iqmal yang tersenyum sumbing tadi terus mati. Malah dia turut menunjukkan muka kelatnya. Seakan benci dengan nama yang baru disebut Zhafran.
"Boleh tak kau jangan sebut nama perempuan itu? Menyampah sial!" Bentak Iqmal. Tergamam Zhafran dibuatnya. Dah kenapa dengan kawan aku ni? Period?
"Kenapa kau menyampah dengan Yuna tu? Dia tak buat salah pun dekat kau kan?" Zhafran menegaskan suaranya. Mi goreng yang bersisa separuh itu ditolak perlahan. Kedua jejaka itu beradu mata.
Tiba-tiba ketawa sinis kedengaran daripada mulut Iqmal. Zhafran mengepal kuat tangannya. Kalau tak ada orang dekat kantin ni rasanya dah lama aku ganyang muka mamat sewel ni. "Bapa dia yang buat aku macam ni. Dia tak buat salah apapun,tapi aku syak dia tu pembunuh. Sebab mana-mana perempuan yang berdekatan dengan aku,semua lesap." Membulat mata Zhafran. Sampai macam itu sekali suudzon dia?
"Lagipun,aku bosan tengok muka dia hari-hari. Asyik menyendeng je. Rimas aku dibuatnya." Penuh selamba dia menjawab. Tidakkah dia terfikir kalau Yuna dengar setiap perkataannya tadi? Pasti dia akan berkecil hati. Zhafran terdiam seribu bahasa. Gigi diketap kuat. Dia bangkit lalu meninggalkan Iqmal terpinga-pinga seorang diri.
Seperti kebiasaannya, Yuna, Sarah,Amani dan Erica akan makan dikafe setelah tamat sesi persekolahan. Warna coklat pastel dan putih membuatkan suasana didalam kafe tersebut terlihat vintage dan elegan. Lampu yang tergantung dikaunter menambahkan lagi seri kafe.
Yuna memanggil salah seorang pelayan yang bekerja disitu. Pelayan lelaki itu dengan pantas menghampiri meja mereka yang berada ditepi tingkap. Terkejut mereka apabila mereka melihat wajah pelayan lelaki tersebut.
"Abang Alfi?!" Jerit mereka serentak. Semua mata yang didalam kafe itu tertuju kearah mereka semua. Tetapi mereka buat tak tahu saja. Yang penting bagi mereka sekarang ini ialah lelaki dihadapan mereka ini.
"Okay,guys. Calm down. I just... I just want to try something new. Yes, I wanna try being a waiter." Alfi memberikan alasan. Tetapi penipuannya dapat dihidu oleh Yuna kerana mimik muka yang dibuat. Alfi sudah tidak keruan. Maka cepat-cepat dia mengubah topik dengan cara mengambil pesanan.
Sarah memandang Yuna pelik. Dah kenapa pergi tenung abang kau tu lama sangat? Dengan mata tersepet-sepetnya lagi. Bahu gadis disebelahnya dicuit sedikit. "Kau dah kenapa? Kau tengok Abang Alfi macam tak pernah tengok tu kenapa?" Bisiknya ditelinga Yuna. Yuna menggeleng lalu mengeluarkan telefon bimbit daripada poketnya kerana mendapat satu notifikasi. Tertera nama 'Sir Aaron singa laut' di notifikasi tersebut. Kontak guru tersebut ditekan lalu mesej daripada Aaron dibaca dengan teliti.
Sir Aaron singa laut
Yuna,pukul 5 selepas solat asar jumpa saya dipadang. Ajak kawan kamu sekali.Kening sebelah kanan dijongket. Dah kenapa nak jumpa dekat padang? Selalunya kalau jumpa dekat bilik guru saja. Wajah hitam manis Sarah dipandang. Mesej daripada Aaron tadi ditunjukkan. Keningnya juga turut terjongket sebelah.
YOU ARE READING
Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)
RomanceMengisahkan antara dua orang sahabat yang mencintai antara satu sama lain dalam diam. Yuna Kiera, seorang yang ceria dan penyayang tetapi mempunyai sisi yang sangat gelap. Jika ada yang mendekati si buah hati,takkan berpeluang lagi untuk mereka meli...