Perlahan-lahan dia membuka matanya apabila bau hanyir menusuk hidungnya. Bau... darah. Dan apabila tersedar,perkara pertama yang dia lihat ialah susuk tubuh yang sedang membelakanginya. Zhafran mencuba untuk bangun tetapi gagal. Tubuhnya terikat diatas kerusi. Dia pandang kekiri dan kanan, kelihatan Amani, Sarah dan Erica yang masih belum sedar. Dan masih ada beberapa tubuh yang berlumuran darah. Dia mengecilkan matanya untuk melihat mayat yang seakan dikenalinya. Nurin Aina Humairah. Patutlah dia sudah tidak kelihatan, bukan sebab lompat pagar atau ponteng. Tapi... diculik dan dibunuh. Dia pandang susuk tubuh dihadapannya itu.
"Siapa kau hah?! Kau nak apa daripada kami semua?!" Tengking Zhafran. Lalu perlahan susuk tubuh itu berpusing menghadapnya dan membuka hoodie yang menutupi separuh daripada wajahnya. Zhafran tergamam apabila melihat wajah yang amat dia kenali. Gadis itu tersenyum misteri. Pisau ditangan dimain-mainkan.
"Apa kau nak?" Kali ini Zhafran bertanya dengan suara yang sedikit rendah namun dingin. Yuna mengetuk dagunya menggunakan pisau lipat. "Ermm,tak ada apa sangat pun. Aku just... nak tahu je. Iqmal... ada tunjuk tak gambar mana-mana perempuan selain mak and kakak dia?" Zhafran menggeleng kecil. Yuna mengetap giginya.
Ssap!
Dengan pantas pisau lipat tadi menembusi lapisan daging paha kanan Zhafran. Jeritan kedengaran daripada mulut lelaki itu dan membuatkan tiga gadis yang diikat tadi tersedar daripada pengsan. Darah memancut keluar daripada paha Zhafran. Dia mengerang kesakitan namun tidak diendahkan oleh Yuna. Malah Yuna tersenyum suka. Sudah lama dia tidak menyaksikan adegan ini. Adegan yang sangat dirinduinya.
"Sial! Lepaskan akulah!" Jeritan lelaki yang terbaring dalam keadaan terikat itu memenuhi segenap ruangan yang dipenuhi dengan mayat-mayat rakan sekerjanya itu. Gadis bertopeng dihadapannya itu memandangnya dengan tatapan kosong. Pistol ditangan masih digenggamnya. Tiga orang lelaki dibelakang hanya memerhati.
"Apa yang aku dapat kalau lepaskan kau?" Gadis itu mencangkung lalu menongkat kepala diatas pahanya. Lelaki itu sudah mulai panik. Ikatan tangannya cuba dilepaskan tetapi gagal. Rambutnya ditarik kasar membuatkannya terdongak,lalu mulut gadis itu mendekati telinganya. "Kalau kau tak puas hidup lagi,kenapa kau serang kawan aku? Kan dah jadi macam ni?" Bisik gadis itu keras lalu menghempas kasar kepala lelaki tadi dan memijak perutnya. "V-Vienza... a-aku... h-han..nya...ikut a-arah... arahan...b-bos a-aku.." Gadis yang digelar Vienza itu terus memijak-mijak perutnya hingga cecair merah pekat keluar daripada mulutnya.
Vienza kembali mencangkung. Lalu pistol diacukan kekepala lelaki itu. "Siapa bos kau,Johnathan? Dexter? That bastard?" Tanya Vienza kepada Jonathan. Jonathan mengangguk lemah. Vienza memanggil ketiga-tiga lelaki yang memerhatinya dari tadi.
"So,what do we gonna do with this trash? Geon? Any suggestions?" Disebalik topeng muka yang dipakainya,Geon menyungging senyuman. Idea sudah menerjah fikirannya. Dia berpura-pura berfikir. "Hmmm,I think we should kill him. Or maybe we can torture before killing him." Vienza menepuk tangan,suka. Idea yang diberikan oleh Geon sungguh bernas baginya.
Jonathan dijeling sekilas. Lelaki itu meneguk air liurnya. Bulu romanya tegak berdiri mendengar jawapan daripada Geon. Geon dan Deon membuka ikatan pada tubuh Jonathan lalu menariknya hingga keruangan yang penuh dengan alat penyeksaan. Mereka mencampak Jonathan dan membuatkan lelaki itu batuk darah. Vienza dan Liam yang baru sahaja tiba itu memandang Jonathan kemudian mereka terus mencapai beberapa alatan yang bagi mereka sesuai untuk 'menghukum' Jonathan.
"Liam,kau rasa benda ni atau benda ni lagi sesuai?" Vienza menunjukkan pisau yang berkarat ditangan kanannya dan parang ditangan kirinya. Liam mendekati gadis itu dan mengambil alat yang lain diatas meja itu. "Mungkin kita patut pakai yang kecil sikit. Besar sangat yang kau ambil tu, Vien. Kesian dia,sakit dia nanti kalau pakai yang besar. Kalau pakai yang kecil sikit kuranglah rasa sakit dia nanti." Ujar Liam sambil menyungging senyuman sinis. Vienza masih tetap dengan pendiriannya. Dia membawa kedua alatan ditangannya. Buat apa pilih kalau boleh ambil dua-dua sekali?
YOU ARE READING
Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)
RomanceMengisahkan antara dua orang sahabat yang mencintai antara satu sama lain dalam diam. Yuna Kiera, seorang yang ceria dan penyayang tetapi mempunyai sisi yang sangat gelap. Jika ada yang mendekati si buah hati,takkan berpeluang lagi untuk mereka meli...