Bab 5 - Kes bunuh

14 1 2
                                    

Selepas kejadian di padang itu,Yuna menjadi lebih pendiam dan lebih suka bersendirian. Sarah dan Amani yang mengetahui asbab perubahan sifat Yuna terus pergi berjumpa dengan senior mereka.

"Kakak,kenapa kakak dekat dengan Iqmal? Apa hubungan akak dengan dia?" Tanya Amani dengan nada sedikit tinggi.

Sarah tidak menunjukkan sebarang reaksi. Walaupun begitu, sebenarnya dia tersangat marah dengan senior tersebut. Tangan sudah dikepal-kepalkan menjadi penumbuk.

Kalau kena dekat pipi boleh patah tulang pipi tau?

"Suka hati akulah nak dekat dengan siapapun,kau nak sibuk hal aku kenapa? Jangan sibuk ya adik-adik junior ku sekalian,melainkan kau nak aku laporkan dekat cikgu sebab langgar dah privasi aku?"

Senior tersebut hanya menjeling kearah mereka. Darah Amani dan Sarah sudah menyirap naik ke otak.

"Nurin Aina Humairah! Aku tak kisah kau nak dekat dengan sesiapapun! Tapi tolong jangan dekat dengan Iqmal! Aku minta tolong sangat dekat engkau. Aku tak nak kau kena akibatnya nanti! Kalau kau tak nak dengar nasihat aku ni tak apalah,yang penting kami takkan bertanggungjawab atas apa yang jadi dekat kau nanti."

Dengan nada tegas Sarah memberi amaran supaya senior yang bernama Nurin Aina Humairah atau lebih selesa dipanggil dengan panggilan 'Aina' supaya tidak berada berdekatan dengan Iqmal. Jarinya dituding-tuding kewajah putih mulus Aina. Panas sungguh hatinya apabila rakannya berlari sambil menangis.

Bibir Aina diketap sekuat hati kerana mahu menahan amarahnya. Jika dia terlalu mengikutkan perasaannya,gelarannya sebagai murid cemerlang akan tercalar. Sudahlah mereka hanya dibelakang kelas tingkatan 4. Kalau ada yang dengar jeritan si Aina ni mahu pekak telinga dibuatnya. Amani hanya menjegil kearah Aina dek kerana terlalu geram dengan perangainya yang terlalu diva dan gatal dengan lelaki.

'Huh,dasar perempuan murah!' Omel Amani didalam hati.

'•______•'

Keesokan harinya,Yuna masuk kekelas dengan senyuman yang agak mengerikan. Bulu roma Amani sudah naik menandakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Sarah hanya mendiamkan diri dan tidak mahu bertanya apa-apa kepada Yuna,dikhuatiri Yuna akan memarahi nya kerana dia ingin mengorek sedikit demi sedikit rahsia Yuna. Yuna tidaklah terlalu naif seperti disekolah rendah dahulu. Bahkan terlalu banyak rahsianya yang telah diketahui oleh Sarah yang agak licik untuk mencari helah mengorek rahsia orang. Kalau nak tahu pasal seseorang itu celah gigi ajelah. Secara tiba-tiba Erica datang sambil berlari kekelas mereka. Setelah Erica berada didepan pintu kelas,mereka bertiga pun terus meluru kearah Erica. Kasihan budak ni,sudahlah blok tingkatan 4 dengan tingkatan 1 jauh. Lainlah kalau kaki tu dibuat daripada tayar kereta,cepat sampai dan tidak memenatkan.

"K-kakak dah d-dengar ke belum gosip sekolah pagi ni?" Tanya Erica sambil tersekat-sekat kerana kepenatan berlari tadi.

Amani dan Sarah saling berpandangan sebelum melihat Yuna yang sudah tersenyum puas. Sarah mengajak mereka bertiga untuk bercakap tentang hal ini ditempat lain. Dia takut orang lain mencuri dengar isi percakapan mereka dan menjadikannya sebagai topik baru untuk bergosip. Makcik bawang dan pakcik bawang sentiasa memasang telinga untuk dijadikan gosip. Boleh jadi wartawan dia orang ni. Sarah mencadangkan bangunan belakang sekolah kerana kawasan tersebut tersangatlah sunyi ketika waktu pagi.

"Yuna,kau ada buat apa-apa ke dekat Aina?"

Setelah ditanya begitu, Yuna hanya tersengih melihat dua orang sahabatnya. Amani tidak tahu dengan maksud sengihan Yuna,manakala Sarah yang memahami maksud sengihan itu sudah berkerut seribu melihat Yuna.

"H-hah? Apa maksud kakak? Kak Yuna buat apa?" Erica yang terpinga-pinga akhirnya membuka mulut.

Sarah tak mahu berkata-kata,dia membiarkan kawasan belakang sekolah itu sunyi tanpa sebarang suara. Dia mahu Yuna sahaja yang memberitahu kegiatannya itu.

"Aku culik dia."

Ringkas sahaja jawapan yang keluar daripada bibir mungil Yuna, tetapi sudah boleh membuat Erica semakin takut padanya. Kaki gadis muda itu sudah menggigil dek takut yang teramat.

Amani mengetap bibirnya sekuat hati untuk menahan dirinya daripada menjerit. Air sudah mula mengalir ditubir matanya. Mata Sarah membuntang kerana tidak percaya akan sahabatnya yang dia telah menculik salah seorang daripada senior yang paling cemerlang disekolah.  Nurin Aina Humairah seorang yang peramah tetapi disebalik perwatakannya itu ada sesuatu yang disembunyikan olehnya iaitu dia ialah seorang playgirl. Tetapi dia berjaya menyembunyikan perkara tersebut. Ada juga sesetengah murid yang melihatnya merokok dan melepak dengan beberapa orang lelaki selepas waktu persekolahan,cuma mereka tidak berani untuk melaporkan kejadian tersebut kepada guru kerana telah diugut oleh Aina.

"Yuna! Kau dah gila ke?! Kau ni memang suka buat tindakan melulu! Kalau dia laporkan dekat pihak polis nanti macam mana?! Polis senang je kalau nak jejak kau,tau?!"

Yuna tetap dengan muka tenangnya walaupun dimarahi sahabatnya. Dia sudah biasa dimarahi oleh Sarah,tapi tidaklah seteruk ini. Selalunya semarah apapun Sarah terhadapnya,tetap akan berakhir dengan gelak ketawa mereka. Tetapi kali ini sedikit berbeza situasinya. Genting.

"Itupun kalau dia masih bernafaslah,tapi aku rasa tak mungkinlah. Sebab aku dah tanam dia. Bahan bukti? Heh,diorang takkan jumpa barang yang aku pakai. Aku dah hapuskan semua bahan bukti tu,jadi tak ada siapa yang akan kena tahan."

Yuna masih berlagak tenang dihadapan mereka. Mereka tidak percaya akan tindakan Yuna yang sangat drastik. Padahal Yuna yang mereka kenal hanya akan memberikan 'amaran' awal,tetapi jika amarannya tidak diendahkan maka 'hukuman' akan diberikan. Tetapi,mengapa dia terus melakukannya tanpa memberi amaran? Apa cara yang dia buat untuk hapuskan bukti? Ya Allah,ujian apa lagi yang datang ni? Soalan demi soalan timbul didalam otak Sarah.

"Yuna! Kau tahukan benda yang kau buat tu berdosa?! Kalau kau betul-betul bertaubat barulah Allah terima taubat tu kau taukan?!"

"Habis tu? Kau nak buat apa? Kau nak cari dia? Carilah. Takkan ada seorang pun yang boleh jumpa perempuan tu." Hanya ketawa kecil yang keluar daripada mulut Yuna.

"Kak Sarah,Kak Amani, tu bukan Kakak Yuna! Kakak Yuna baik,dia tak jahat. Tu orang lain kan? Kakak? Betulkan cakap Rica? Kakak! Jawaplah!!" Rayu Erica. Dia tidak pernah melihat Yuna seperti itu. Dia tahu Yuna sembunyikan sesuatu,tapi dia menolak kebenaran yang dia sudah membunuh seorang yang lebih tua daripadanya.

'Yuna,kau ada sorok apa-apa ke daripada kita orang?' Fikir Sarah.

Amani tidak bersuara kerana kelu lidahnya dek tidak percaya akan apa yang terjadi. Yuna yang dia kenal mempunyai aura yang hangat, ceria,periang dan senyuman yang selalu terukir dimulutnya adalah senyuman manis. Tapi yang dihadapannya tadi seperti bukan Yuna. Sifatnya tadi bertentangan dengan sifatnya yang asal. Aura yang dingin, tidak terlalu bercakap, murung dan senyumannya tadi ialah senyuman sinis...

♡♡♡































Omg!!!
Yuna dah mula tunjuk belang! Apalah nak jadi lepas ni? Kalau nak tahu,tekan vote dulu. Baru author bagi tau. Hehehehehe.

♡♡♡

Maaf hambar dan cringe.

Plisss tekan butang vote yang kat bawah ni. Kalau dah,thank  you,love you guys.😘💖

Mr Atlet dan Mrs Yandere (Hiatus)Where stories live. Discover now