BAB 21

146 9 0
                                        

Tangis yang kuat dan terputus-putus itu memenuhi ruangan biliknya yang sunyi sepi. Dia menangis tersedan-sedan di atas lantai sambil memeluk kedua belah lututnya.

Bunyi titisan air hujan yang kini mereda membawa kesedihannya pergi sedikit demi sedikit. Matanya yang terasa panas dibuka dengan perlahan.

Perempuan itu berusaha untuk bangkit dari duduknya untuk beralih ke katil yang berada tidak jauh dari situ sebelum bunyi ketukan pintu mengalihkan seluruh pandangannya.

TokTok

"Ara" suara yang tidak asing itu menyapa halwa telinga Ara. Hatinya kembali hancur apabila mendengar suara itu.

"Buka pintu ni, please? We need to talk" kedengaran bunyi tombol pintu bilik dipulas beberapa kali tetapi tidak boleh dibuka kerana telah dikunci dari dalam.

"Ara-" belum sempat Har mahu bersuara, Ara memberanikan diri untuk menyahut panggilan lelaki itu.

"There's nothing to talk about" kata Ara perlahan sambil menahan tangisannya.

"I can explain" Har masih cuba untuk membujuk isterinya. Pintu bilik Ara diketuk sekali lagi, berharap perempuan itu mahu membuka pintu biliknya dan memberinya kesempatan untuk menerangkan kejadian siang tadi.

"I don't want to hear it!" tepikan kuat itu berjaya membuat Har terkejut dan mengundurkan dirinya jauh dari pintu.

"Please...just, leave me alone" tangisan yang dia tahan sejak tadi akhirnya pecah sebaik saja perkataan itu keluar dari mulutnya.

Ara berjalan menjauh dari pintu lalu merebahkan dirinya ke atas katil, meninggalkan Har yang mungkin masih menunggunya dari luar bilik.

"Damn it!" Har menggaru kepalanya dengan kasar sebelum lekas membuka langkah menuju ke bilik tidurnya.

Har mengunci pintu bilik tidurnya lalu merebahkan diri ke atas katil. Helaan nafas dilepaskan dengan kasar sebelum jemarinya naik memicit dahinya yang berdenyut.

Fikirannya dipenuhi dengan masalah yang dihadapi sekarang. Tangan Har turun menyeluk kocek seluar untuk mengeluarkan telefon bimbit yang sedang berdering. Nombor telefon Miss Dania terpapar di layar telefonnya.

Tombol berwarna hijau digeser lalu telefon diletakkan di tepi telinga.

"Boss, Dato Fuad is here"

"Okay, tell him to wait for me"

"Okay, boss"

Panggilan telefon dimatikan sebaik sahaja perbualan mereka tamat. Har bangun dari baringnya lalu bergegas keluar dari bilik. Kakinya terhenti di depan bilik tidur isterinta seketika sebelum dia memilih untuk pergi tanpa menjelaskan apa-apa kepada Ara.

.

.

"Congratulations on your wedding" ucap Dato Fuad lalu bersalaman dengan Har. Datin Maziah, isteri kepada Dato Fuad juga turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka berdua sebaik saja mendengar tentang khabar baik itu daripada kedua ibu bapa Har.

"Thank you so much, Dato and Datin" Har menyambut huluran tangan Dato Fuad lalu bersalaman dengan lelaki separuh umur itu.

"Please, have a seat" Har mempersilakan kedua tetamunya untuk duduk setelah bersalaman.

"How was your honeymoon? I heard you guys went to Switzerland" tanya Datin Maziah kepada Har sambil tersenyum.

"Yeah, everything's fine. It was good" jawabnya lalu membalas senyuman perempuan itu. Cawan yang berisi kopi panas itu diangkat sebelum diteguk perlahan.

"Dato dan Datin dah fikirkan ke tentang hal yang saya cadangkan hari tu?" soal Har kepada tetamunya. Perasaan gugup sedikit demi sedikit menghantui dirinya kerana takut akan jawapan yang akan disampaikan oleh pasangan itu.

His Unexpected Love | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang