BAB 25

139 11 0
                                        

Matanya memandang sosok isterinya lama. Perempuan yang sedang menonton rancangan televisyen itu sibuk dengan dunianya sendiri.

Har hanya diam memerhati dari dapur sambil menikmati secangkir kopi yang dibuat oleh salah seorang pembantu rumahnya sebentar tadi.

"Kenapa awak mengelak dari saya?" tanya Harraz setelah mengumpul keberanian untuk melontarkan soalan itu kepada Ara. Sudah hampir seminggu dia merasa curiga dengan perilaku isterinya yang seperti ingin menjauhkan diri darinya.

Ara tidak menjawab, bahkan tidak sedikitpun berpaling. Entah kerana dia terlalu kusyuk menonton televisyen atau hanya berpura-pura tidak dengar, atau mungkin tidak mahu berbicara dengan lelaki itu.

Matanya disepetkan, rasa ingin marah juga membuak-buak dalam dirinya. Har bangun dari duduknya, membawa cawan kopi yang masih tersisa itu bersamanya.

"Zahra, saya bercakap dengan awak ni" tegur Har sebelum meletakkan cawan kopinya ke atas meja kaca bulat itu.

Sedar dirinya sedang disoal, Ara membalikkan bebola mata malas sebelum berniat bangun dari duduknya. Belum sempat perempuan itu berganjak dari ruang tamu itu, Har terlebih dahulu menghalang laluan Ara yang mencuba untuk lari darinya.

"Nak pergi mana?" Ara memasang muka menyampah selepas mendengar pertanyaan dari suaminya.

"Atas" jawab Ara singkat, masih mencuba untuk meloloskan diri dari ruangan itu tetapi sekali lagi gagal apabila Har mendepakan kedua-dua belah tangannya agar perempuan itu tidak bisa bergerak ke mana-mana.

"Awak ni kenapa?" tanya Ara dengan kerutan di dahi, jelas marah akan perbuatan Har yang sungguh menjengkelkan baginya.

"Awak tu yang kenapa dari minggu lepas lagi mengelak dari saya?" soal Har kepada Ara.

"Bila pula saya mengelak dari awak?" soal Ara kembali yang membuat Har bercekak pinggang.

"Every time I asked you a question or even tried to talk to you. Awak selalu cari jalan nak mengelak dari saya. Kenapa?"

"Awak sedar tak apa awak cakap ni, Harraz?" tanyanya dengan suara yang sedikit meninggi.

"Awak kena ingat yang awak tu ada kekasih. Saya ni bukan sesiapa pun bagi awak, kan? Apa kata mulai hari ni, kita jaga jarak kita so that your girlfriend wouldn't come to me and told me to stay away from my own husband when he's the one yang selalu nak berkepit dengan saya" ujar Ara panjang lebar sehingga dia terpaksa mencari nafas sebentar.

"Did she tell you that?" kerutan di dahi Har semakin kelihatan, menandakan api dalam dirinya benar-benar ingin meruak sekarang ini.

"I don't know, ask her yourself" ujarnya lalu menolak badan Har kebelakang dengan kasar sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Rahangnya diketap kuat, matanya dipejam seketika sebelum membuka langkah keluar dari rumahnya.

.

.

"Yes, I did. Kenapa? You nak marah I?" tanya Bella bersahaja, seakan tidak takut akan riak wajah Har yang terlihat dingin.

"You boleh tak jangan kacau wife I? She has nothing to do with our relationship" ujar Har kepada kekasihnya.

"She? Has nothing to do with our relationship? You tak sedar ke Har semenjak you kahwin dengan dia, you dah berubah. You layan I nak tak nak aje, selebihnya you pentingkan perempuan tu" bahu lebar lelaki itu ditolak kasar. Tubir matanya sudah bertakung dengan air mata yang bila-bila masa sahaja akan mengalir.

"Everything was fine until she came to your life and put a wall between us" suara Bella tersekat-sekat, menahan perasaan marah dan juga kecewa terhadap kekasihnya.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang