BAB 24

128 11 1
                                        

"Assalamualaikum, umi" Kak Hannan memberi salam sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya.

"Waalaikumsalam" Datin Hanim menyambut anak perempuannya itu dengan senyuman.

"Umi sihat?" soal Kak Hannan sembari memeluk tubuh wanita yang dia sayangi itu. Sudah hampir tiga bulan mereka tidak bersua muka sejak majlis perkahwinan adiknya. Kak Hannan pula semakin sibuk apabila menerima banyak arahan dari pihak atasan di tempat kerjanya.

"Fahmi" panggil Datin apabila melihat menantunya sedang menggendong anak perempuan mereka di bahunya.

"Assalamualaikum, umi" Abang Fahmi turut bersalaman dengan ibu mertuanya dan semestinya disambut dengan senyuman daripada wanita berumur 57 tahun itu.

"Tidur pula si Hana ni, baru tokmi nak ajak main" Datin menggeleng kepala sambil mengusap lembut rambut cucunya yang sedang lena dibuai mimpi.

"Biasa lah umi, lagipun atas flight dia paling aktif. Dah duduk dalam kereta, senyap lah dia" ujar Abang Fahmi yang memecahkan tawa mereka bertiga.

"Haziq, tolong bawa masuk barang dia orang" pesan Datin kepada pengawal peribadi mereka.

"Baik, Datin" Haziq mengangguk faham sebelum berjalan ke arah Toyota Vellfire hitam yang dinaiki pasangan itu.

"Long time no see" sapa Eric kepada Haziq. Mereka berdua berjabat tangan lalu berbual seketika sebelum keduanya mengangkat barangan keluar dari kereta.

"Kau balik sini lama ke?" soal Haziq kepada Eric, juga merupakan pengawal peribadi keluarga Dato Hilman.

"Cuti sebulan" Eric mengenyitkan mata kepada Haziq yang membuatkan kedua rakan itu tertawa gembira.

"Kamu berdua duduk lah dulu, umi pergi buat air sekejap" Abang Fahmi dan kak Hannan mengangguk.

"Bantal Hana mana, sayang?" tanya Abang Fahmi sebaik saja masuk ke dalam rumah agam itu. Tubuh anaknya dibaringkan ke atas sofa dengan berhati-hati.

"Ni" bantal bercorak bunga kepunyaan anak perempuannya itu dihulurkan kepada suaminya.

"Abang nak keluar pergi cari makanan sikit, kalau ada apa-apa mesej" Kak Hannan mengangguk lalu berjalan ke dapur, ingin membantu ibunya menyediakan apa yang patut.

"Kau berdua jom teman aku cari makanan" ajak Abang Fahmi kepada Haziq dan Eric. Mereka saling bertatapan sebentar.

"Both of us?" soal Eric dengan dahi berkerut. Abang Fahmi mengangguk.

"Let's go! Kau kena juga merasa berjalan dalam Malaysia, ini tak asyik pusing New York aje" Haziq merangkul bahu Eric penuh teruja.

Abang Fahmi tertawa kecil sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Kau drive tau, aku letih" ujar Eric pelat kerana masih tidak terbiasa berbahasa Melayu. Jejaka tampan itu tersenyum kepada Haziq sebelum berlari masuk ke tempat duduk penumpang di bahagian belakang pemandu.

"Kurang ajar betul Mat Salleh ni" Haziq memejamkan mata menahan sabar.

                                     *

"Masuk lah" jawabnya apabila mendengar bunyi ketukan pintu dari luar bilik tidurnya. Ara yang sedang mengemas katilnya dibuat terkejut apabila pintu biliknya yang terbuka luas itu memaparkan sosok tubuh tegap milik suaminya yang hanya bertuala separas pinggang hingga lutut.

Otot perut Har yang terlihat jelas itu dipandang Ara tanpa sengaja. Perempuan itu gagal menyembunyikan wajahnya yang merah padam akibat malu akan apa yang baru saja dia lihat.

Pandangan serta-merta dialihkan ke lantai biliknya, memandang ke kiri dan kanan seolah-olah sedang mencari sesuatu yang tidak wujud.

"Lepas asar kita balik rumah umi" ajak Har yang sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Rambut panjang yang tidak terurus itu dikemaskan menggunakan jari-jemarinya.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang