BAB 23

126 13 0
                                        

"Nah" Haykal menghulurkan satu pinggan yang dipenuhi dengan pencuci mulut kepada Ara sembari duduk di atas kerusi bersebelahan dengan perempuan itu.

"Oh my god, thank you!" Ara mengambil pinggan itu dari tangan Haykal dengan berhati-hati.

Pelbagai jenis kek cawan dan coklat terisi di dalam pinggan berwarna putih itu. Ara mengangkat sudu lalu memotong sedikit kek red velvet sebelum menyuapkan ke dalam mulut.

"Amboi kau, sedap betul makan. Kongsi la sikit" Haykal mengambil sudu dari tangan Ara lalu memotong kek untuk dirinya.

Baru saja mahu menyuapkan kek itu ke dalam mulut, tiba-tiba ada tangan yang merampas sudu itu darinya.

Pandangan Haykal dan Ara reflek mendongak ke atas lalu mendapati sosok Har yang sedang tersenyum kepada mereka.

Har kemudian menyuapkan kek red velvet itu ke dalam mulutnya.

Ara dibuat terkejut dengan kehadiran suaminya yang membuat suasana menjadi kekok antara mereka dengan Haykal.

"Hm sedap" Har tersenyum sambil mengunyah kek yang sudah berada di dalam mulutnya.

Haykal mengangkat keningnya lalu tertawa kecil.

"Lapar ke?" tanya Haykal kepada Har.

"Starving" jawab Har tenang lalu mengambil tempat di sisi isterinya.

"Aku nampak kau ambil satu aje sudu. So I brought one for you" ujar Har lalu menghulurkan sudu itu kepada Haykal. Lelaki itu tersenyum lalu mengambil sudu itu dari tangan Har.

"Kau punya mana?" tanya Haykal sambil memotong kek kepada kepingan kecil supaya lebih mudah dimakan.

"I can share it with my wife" ucapnya lalu memberikan senyum kepada isterinya.

Ara yang terlihat canggung itu dengan cepat mengalihkan bicara.

"Esok kau busy tak?" Haykal menggelengkan kepala sebagai jawapan.

"Teman aku cari barang dapur, boleh?"

"Boleh-"

"Kenapa tak pergi dengan saya aje?" ucapan Har mengalihkan pandangan Ara.

"Hah? Awak tak kerja ke esok?" tanya Ara dengan kerutan di dahi.

"Tak" jawabnya santai lalu meneguk jus buah di hadapannya.

"Tak apalah, mana tahu tiba-tiba awak ada kerja esok. Lagipun saya nak keluar dengan kawan-kawan saya juga. Lama tak keluar dengan dia orang" ujar Ara lalu tersenyum canggung.

Tatapan Har beralih memandang Haykal yang sudah tersenyum kemenangan. Rahangnya diketap kuat.

"Harraz?" terasa bahunya disentuh, Har berpaling untuk melihat sosok yang memanggilnya.

"Wait. Sarah, right? Nice to meet you" Har berjabat tangan dengan perempuan yang sedang tersenyum kepadanya.

"Nice to meet you too. Can we talk for a minute?" tanya Sarah sebelum mendapat anggukan dari Har.

"Absolutely" Har dan Sarah berlalu pergi dari meja tersebut, meninggalkan kedua sepupu yang hanya diam melihat interaksi mereka.

"He's jealous" bisik Haykal lalu meneguk jus buahnya.

"Hah?" Ara mengerut dahi. Tidak faham akan apa yang dikatakan sepupunya.

"Husband kau cemburu aku rapat dengan kau" Haykal mengangkat kedua-dua belah keningnya. Coklat berbentuk bulat itu dilempar masuk ke dalam mulut dari jarak yang agak jauh.

"Kau gila ke apa? Kenapa dia nak cemburu pula? Dia dah ada girlfriend" Ara menggeleng kepala mendengar kata-kata sepupunya yang tak masuk akal itu.

"What?" Beberapa saat kemudian, Ara sedar yang dia baru saja membocorkan rahsia suaminya.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang