"You need to understand me. Saya dengan Bella dah 5 tahun tahu tak? You and I know nothing about each other. Why should I break up with her just because I'm married to a woman I don't love?" jelas Har panjang dan teratur. Tak mahu lagi bergaduh mulut dengan isterinya.
Melihat Ara yang tidak merespon, Har sedar bahawa dia baru saja tersalah menggunakan perkataan yang besar kemungkinan menghiris hati perempuan itu.
"I didn't mean that way, okay? I have a valid point not to break up with her. Please, Ara. You know we don't see each other as a husband and wife" Har menggenggam tangan Ara dengan kuat. Matanya menatap iris milik Ara dengan harapan agar perempuan itu faham akan situasinya.
"Fine. Saya dah tak ada sebab nak gaduh dengan awak, Harraz. Awak buat lah apa yang awak nak buat, saya tak akan kacau hidup awak. Tapi satu saja saya minta" Ara mengeluh lalu membalas tatapan lelaki itu dengan mata tajam dan dingin.
"Kalau betul awak tak sayangkan saya, lepaskan saya" jantung Har seakan berhenti seketika apabila kata-kata Ara itu menyapa telinganya.
"Ara"
"You know I can't do that" Har mengerutkan dahinya.
"Kenapa?" soal Ara dengan hati berat.
"Buat apa lagi hubungan kita ni kalau dah macam ni?"
"You shouldn't be selfish, Harraz" katanya dengan suara bergetar. Pandangannya turun ke bawah.
"You shouldn't hurt me! You can and you have to divorce me!"
"Ara!" tepik Har agak kuat sehingga menyentak Ara yang sedang berlawan dengan emosinya.
"I'm sorry" Har memegang kedua-dua belah bahu Ara. Lelaki yang lebih tinggi darinya itu tampak buntu. Nafasnya ditarik sebelum kembali berbicara.
"Awak tahu kan saya tak boleh buat macam tu? Papa dengan mama dah buat macam-macam. Awak kena fikir image keluarga saya, Ara" ujar Har dengan riak wajah terdesak.
Ara menghela nafas berat sebelum matanya bertakung dengan air.
"You need to stop being selfish, Harraz Faeeq"
"I am not selfish. You are."
"Awak fikir tentang awak saja sekarang ni tahu tak? Perasaan mak ayah awak dan perasaan mak ayah saya langsung awak tak fikir"
"Saya nak kita selesai cara baik"
"I'm sorry but this is all I can do"
"You need to understand my side too, Ara"
Har berlalu pergi.
Ara menarik nafas dalam. Hembusan nafasnya terasa sangat berat dan siksa untuk dilepaskan.
Disekanya air mata yang mengalir deras dengan tangan kirinya. Cuba untuk tetap kuat walau dalam situasi begini.
*
"Ara, Harraz mana? Tak sampai lagi ke?" tanya Datin apabila menyedari ketiadaan sosok anak lelakinya di majlis hari jadi menantunya itu.
Ara menggeleng perlahan sambil tersenyum kelat. Tak ada maknanya mamat tu nak datang. Entah-entah tengah sibuk bercinta dengan kekasih dia tu.
"Dah cuba telefon dia?"
"Dah, tapi tak dapat" jawabnya singkat. Telefon bimbit Har sepertinya dimatikan kerana talian serta-merta putus apabila dia cuba menelefon lelaki itu.
"Haih, mana pergi budak bertuah ni" Datin menggelengkan kepala beberapa kali, letih dengan sikap anak lelakinya yang selalu berperangai seperti budak-budak.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his temporary personal assistant who loves him. -Not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
