Neya Gadis itu !

234 6 4
                                    

Seminggu berlalu setelah Neya dan Hilman kembali dari Milan

Rutin harian Neya yang sibuk ditambah dia kena mengurus jadual bagi dua kerjaya hilman membuatkan Neya kelelahan..Nasib baik Nora selaku setiausaha Tan Sri Hassan disuruh turut sama mengurus jadual harian Hilman walaupun Nora hanya dibenarkan masuk campur urusan yang berkaitan dengan Art Life Corporation..

Manakala Neya memegang kuasa penuh dalam mengurus urusan H.A Galeri dan juga hal-hal berkaitan kehidupan peribadi Hilman..

"Wowww bro..Long time no see..Kau ni asyik sibuk je kan..Dah susah nak cari kau" jerit seseorang yang baru muncul di hadapan pintu bilik Hilman..

Masih ingatkan kedudukan meja Neya yang diletakkan di dalam pejabat Hilman jadi nak tak nak Neya harus menyaksikan kelakuan lelaki yang berusia lewat 20an itu..

Hilman yang melihat akan siapa pemilik suara hanya menatap dengan wajah yang malas untuk melayan..

"Lahh dah lama kita tak jumpa begini respon kau Hil??"

"Kecewa aku doh..Begini ka sahabat yang katanya berjanji setia sehidup semati ohhh tuhannnnn"ucapnya yang sedikit melantur

"Dah tu?? Kau nak aku bentang karpet merah?"ucap Hilman selamba

"Ishh kau ni..Sini peluk aku.."Tanpa basa-basi mereka saling berpelukan

Walaupun Hilman seakan dingin dan bersikap seakan tidak menerima tetamu namun dia memeluk sahabatnya dan memberikan sebuah senyuman

"Sampai bila dekat sini??"tanya hilman

"Eittss apa ni apa ni?? Aku baru sampai kot..Mende tanya soalan macam nak mengusir..By the way tu sapa??"menunjuk Neya menggunakan muncung mulut dia

"Hmmm" lalu berjalan menuju ke arah Neya

"Neya ni kawan saya..Mikail Idham..Dan ni PA aku..Neya Adriana"ucap Hilman saling memperkenalkan Neya dengan Mikail

"Ohh haii haii im Mikail..But you can call me Mika"menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Neya

Baru sahaja Neya ingin sambut huluran tangan Mikail, Hilman dengan sigap menarik tangan Mikail..Tak sudi baginya untuk membiarkan sahabatnya menyentuh walau seinci pun kulit Neya..Sangat tidak sudi..

"Saya Neya Adriana..Tuan Mikail boleh panggil saya Neya sahaja" jawab Neya sambil tersenyum sopan

"Bro jangan lah nampak kan sangat cemburu tu..Tak habis tangan dia kalau aku sentuh" bisik Mikail ke Hilman saat tangannya masih ditahan oleh Hilman..Mendengar sahaja bisikan itu Hilman dengan cepat melepaskan tangannya

"So neya ni PA..Habis tu kak Nora jadi apa??"tanya Mikail ingin memancing

"Kak Nora pun setiausaha Tuan Hilman.."jawab neya menjelaskan posisi sebenar dirinya

"Ahhh i see i see..Satu PA satu setiausaha ye..Ahhh Fahammmm" ucap Mikail namun wajahnya tersenyum kambing sambil melihat Hilman yang diam ibarat batu tak berkutik dengan semua gelagat Mikail

"Neya saya dan Mika akan keluar lunch..Apa-apa nanti update je saya"ucap Hilman langsung memakai kot nya dan mengambil kunci kereta

"Laa aku baru nak beramah mesra ni bro takkan dah nak keluar..Ishh mamat ni sengal lah"ucap Mikail sambil berjalan mengikuti Hilman keluar dari pejabat Hilman

Neya yang melihat gelagat Mikail hanya tersenyum..Tak disangka orang seperti Hilman yang diam dan kaku seakan batu tapi memiliki sahabat yang mulutnya nonstop bercakap..Sungguh bertolak belakang..

******

"Bro kau okey ke tak??" tanya Mikail sambil menghirup air hot americano nya

"Hemm..Dorang dah melampau"jawab Hilman dengan nada datar

"Haah aku tahu..Sebab tu aku jumpa kau sekarang ni..Aku nak tahu lepas ni kau nak buat apa dekat orang-orang yang terlibat dengan kes bunuh Abang Am tu"

"Buat masa ni aku tengah kumpul bukti..Aku tak boleh nak bertindak"

"Okey aku faham..Aku akan bantu kau bro..Don't worry..By the way Neya tu single tak??"cuba memancing Hilman lagi

"Neya kau jangan nak menggatal sangat..Jangan kacau dia"

"Asal pula..Kalau dia single..Aku single..Hahh boleh lah disatukan..Lagipun Neya tu lawa weii"semakin menyakat Hilman

"Perempuan lain lantak kau nak kacau..Tapi Neya aku punya !" Jawab Hilman dengan wajah serius

"Gotchuuuu !!!!! Aku dah agak dah kau mesti suka dia..Hahahhaahhahah"pecah ketawa Mikail akhirnya sahabatnya mengakui perasaannya sendiri

"Aku ingat batu macam kau takkan jatuh cinta..Habis tu gadis yang dekat resort tu macam mana?? Takkan kau dah move on kot..Lama siak kau cari dia"tambah Mikail lagi

"Gadis tu Neya lah"jawab Hilman dengan nada datar sambil menghirup air americano nya

"Lahhh !!!"

"Lahhhhhhhh!!!!"

"Kau serius bro..Keciknya dunia..So gadis tu Neya..Neya gadis tu..Omaiiigatttttt !!!" Mikail sedikit terkejut dan menjadi kepo

"Neya tahu tak pasal semua ni?? Pasal kau dah pernah nampak dia dekat resort dulu tu??"

"Tak..Aku tak tahu nak bagitahu macam mana"

"Ishhh dasar batu..Kalau kena kebas budak Neya tu padan muka kau"

Bukannya menjawab,Hilman malah memberikan pandangan tajam ke arah Mikail..

"Sorry bro sorry..Jangan lah sensitif sangat..Kau nak aku bantu tak?"tawar Mikail

"Tak nak !"jawab Hilman sepatah

"Yakin ni bro?? Bro ke kau ragu dengan aku..Heii ni Mikail Idham lah..Perempuan mana je yang tak kan tergoda dengan aku.."ucapnya dengan bangga diri

"Neya bukan macam perempuan lain..Dan biar aku guna cara aku.."jawab Hilman

"Yakin Bro??" seakan tak percaya Mikail menanyakan lagi sekali kot-kot Hilman ingin berubah fikiran

"Hmm"Jawabnya singkat

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now