Duri dalam daging

191 7 4
                                    

"Senyum-senyum tu kenapa??Bahagia je abang tengok"Hilman langsung duduk di sebelah Neya yang sedang sibuk berbalas pesan dengan seseorang

"Ahh ni kawan baru Neya..Dia lucu lah..Banyak benda kami cerita tau"

"Kawan yang mana?? Abang kenal ke??"

"Kawan baru..Tadi kitorang jumpa dekat kedai buku..Kami sama-sama minat baca novel bang.."

"And..?"masih menatap sang isteri menunggu jawapan yang ingin dia dengar

"Dia perempuan lah bang..Hahhahah comel laa peragai..Kalau jeles cakap jeles"seakan faham soalan sang suami...Neya kemudian meletakkan telefonnya dan memandang wajah sang suami..

"Abang thanks tau.."sambil menampilkan senyum bahagianya

"Thanks untuk??" hilman sedikit binggung

"Untuk bilik bacaan Neya..Thanks sangat..Abang siap sediakan bilik tu..Tahu-tahu je kan Neya ni suka baca novel.."

"Semua berkaitan sayang abang tahu..Apapun sayang minat,abang akan sokong asal sayang pandai bahagi masa..Abang ni nak perhatian juga..Bukan buku tu je tau..hahahaha"

"Eya buah hati saya...Neya akan bahagikan masa dengan bijak..Hemm tapi kan..Neya ada satu impian tau sejak dulu.."ucap neya sambil mengenggam jari jemari Hilman

"Apa tu??"

"Tapi abang janji jangan ketawakan Neya."

"Haah..Abang janji..Cuba cerita dekat abang"masih memberi sepenuh perhatian dekat Neya

"Dulu Neya nak sangat jadi seorang penulis novel tapi disebabkan sibuk belajar dan kerja , impian tu Neya tanam dalam-dalam..Cuma bila borak dengan kawan baru Neya ni,baru Neya tahu rupanya dia seorang penerbit novel..Dia ada syarikat untuk terbitkan novel..Masa Neya cerita Neya ada impian nak jadil novelis dia suruh Neya buat manuskrip..Abang rasa patut tak Neya cuba nasib??"memandang tepat ke anak mata Hilman

"Bagi abang kalau tu minat sayang,sayang patut cuba..Mungkin pertemuan dengan dia adalah salah satu takdir untuk sayang capai impian sayang tu.."sambil mengelus pipi Neya

"Abang tak kisah Neya menulis??"

"Tak kisah..Abang lagi suka sayang tidak tinggalkan impian sayang..Neya nya Hilman harus selalu macam ni..Bahagia dan capai semua yang sayang nak"

Mendengar jawapan sang suami buatkan hati Neya berbunga-bunga..Sungguh bertuah dia rasa apabila impiannya tidak dihalang..Malah sang suami menyokong sepenuhnya apa yang dia ingin lakukan..Senyum Neya melebar

"Dah jum tidur yang..Ni dah lewat malam dah"tanpa mendengar jawapan Neya,Hilman langsung berdiri dan mengangkat tubuh Neya ala bride style..

Telefon bimbit yang tadi ada di genggaman Neya terlepas mcam tu je dan tertinggal di atas sofa ruang tamu

*******

"Alhamdulillah..So you setuju Neya?? I know you akan setuju dengan cadangan i..So i tunggu you punya manuskrip lah..I percaya karya you akan jadi the best novel ever"ucapan Reena di hujung talian

"Ehh saya belum lagi mula buat..Puji tu awal sangat..Kang nanti tak capai ekspetasi awak hmm kecewa kang"balas Neya

"I percayakan you..You percayakan i juga kan Neya..I akan buatkan novel you jadi the best seller tahun ni.."ucapnya teruja

Neya yang mendengar hanya tersenyum-senyum meski tiada yang melihat..Semua ucapan Reena menaikkan semangatnya untuk menulis..Impian yang dia tanam selama ini akhirnya dia akan gapai...

"By the way I ni nak singgah rumah you boleh?? I akan lalu kawasan rumah you..So boleh lah kita meet..Kita borak-borak..Boleh tak Neya??"tanya Reena

"Boleh je..Lagipun saya sorang je dekat rumah..Datanglah.."

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now