Luka yang menyakitkan

188 7 1
                                    

Tanpa basah basi Neya disiram dengan air dingin..Dia yang tadinya tidak sedar sama sekali terbangun secara tiba-tiba..Suasana gelap..Bilik yang kotor dan berdebu..Seakan berada di sebuah bengkel lama yang telah ditinggalkan..Keadaan Neya saat ini adalah sedang duduk terikat di sebuah kerusi kayu..

"Bangun pun"ucap suara seorang wanita yang familiar di pendengaran Neya

Neya cuba melihat sekeliling namun tiada orang..Hanya dirinya sendirian...Kemudian perlahan suara bunyi tapak high heels stilito terdengar

Tap...tap...tapp...

Semakin lama semakin kuat..Semakin mendekat..Hingga akhirnya Neya dapat melihat wajah Reena dengan jelas..

"K-kau ???? Bu-bukan kau dah ke...."ayat Neya dipotong Reena

"Paris????Hahhahaha kau ingat aku ni pengecut nak lari sampai sana?? Kau ingat aku akan ikut apa mama dan papa aku suruh??"kemudian Reena mendekati Neya

"Kau ingatttt aku akan biarkan kau bahagia dengan Hilman??"Reena kemudian memegang rambut Neya kuat

Dengan sekali hentakan dia menarik rambut Neya hingga membuat Neya mendonggak keatas..

"ITU MUSTAHIL !!! AKU TAK DAPAT KAU PUN TAKKAN DAPAT LAH..DASAR PERAMPAS !!!"ucapnya masih menarik rambut Neya

"Lepas lahh !! Aku tak rampas Hilman..Kau tu yang bukan siapa-siapa Hilman !!! Tolong sedar Reena!!"jawab Neya setengah menjerit

Mendengar sahaja jawapan dari Neya membuatkan Reena semakin kerasukan..Dirinya bertambah emosi..Neya langsung tak menunjukkan dirinya takut

Plakk

Plakk

Plakk

Reena menampar Neya tanpa henti sehingga bibir Neya berdarah akibat tamparan yang sangat kuat..

Reena kemudian menarik rambut Neya dan menghempaskan tubuh Neya sehingga Neya terjatuh dengan posisi tubuh yang masih terikat di kerusi..

"Kau memang nak mati kan !!!!!"jerit Reena masih tidak berpuas hati
.
Dalam hati Neya tak henti memohon kepada sang pencipta agar dirinya diselamatkan..Nama Hilman juga terus terusan keluar dari bibirnya

"Hahhahhahah kau ingat kau panggil Hilman,dia akan muncul selamatkan kau?? Kau ingat dia akan datang..Tak !!! Hilman saat ni mesti takkan dapat cari kau !!!"

Tanpa perasaan Reena memukul -mukul Neya dia bahkan mengambil sebuah tali pinggang dan melibas tali pinggang tersebut ke tubuh Neya..Merasa kerusi kayu menjadi halangan,Reena kemudian membuka ikatan yang mengikat tubuh Neya dengan kerusi kayu tersebut..Setelah itu dia dengan kegilaannya melibas-libas tali pinggang ke tubuh Neya tanpa ampun..Neya yang memang lemah semakin bertambah lemah..
Bahkan merintih kesakitan pun dia tidak mampu..Semua terus-terusan berlaku sehingga Neya tidak sedarkan diri..

Reena yang melihat Neya tidak sedarkan diri hanya ketawa penuh kepuasan..Kemudian dia beralih mendekati suatu sudut dan mengambil semua perakam handycam..

"Happy birthday sayang..Ini adalah hadiah buat lelaki yang aku cintaiii..Hahahhahhahah"

"Ikat dia dan buang dekat dalam laut..Biar dia mati lemas..!!"Arah Reena ke anak buahnya

Kemudian dengan rasa bahagia Reena pun pergi meninggalkan ruangan tersebut..Meninggalkan Neya dengan dua lelaki upahannya..

******

"Abang Hil..Tolong lah makan..Jangan asyik fokus dekat laptop tu..Kan abang Mika tengah usaha jejak Neya.."pujuk Alana melihat Hilman yang sedari tadi tak makan-makan..

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now