Tawaran diterima !

274 9 1
                                    

"Ke-kenapa saya??"

"Banyak kot staff dekat sini yang Encik Hilman boleh offer jadi setiausaha Encik Hilman" /ucap Neya sambil tetap menatap Hilman tajam

"Sebab kau ada pengalaman!"jawabnya datar

"Pengalaman setakat dua bulan je kot takkan tu jadikan Encik Hilman pilih saya"

"Kau yakin tak nak?? Gaji kau bakal dinaikan tiga kali lipat" ucap Hilman sambil tak kalah menatap kembali Neya..Dia tahu sesiapa pun manusia di muka bumi ini takkan pernah menolak dengan yang namanya wang ringgit

"Lantak lah nak tiga kali lipat ke..Lima kali lipat ke...Bahkan berlipat-lipat ganda Encik Hilman fikir saya kesah??"jawab Neya semula

"Saya tak kemaruk lah dengan duit Encik Hilman ni"

Bagai disambar petir..Untuk pertama kali ada seseorang yang menolak duit yang dia tawarkan..Selama ini Hilman selalu yakin duit boleh menyelesaikan segalanya..

"hmmm menarik" batin hilman dengan bibirnya yang sedikit terangkat

"Jadi kamu yakin?? Tawaran ni saya hanya bagi dekat kamu"hilman tak putus asa

"Tak..Saya yakin saya tak nak..Saya cukup dengan pekerjaan saya sekarang"jawab neya yakin

"Tak kuasa aku nak jadi PA kau..Tah tah kau ada agenda tersembunyi.."batin Neya

"Maaflah Encik Hilman saya rasa Encik dah boleh cuba cari staff yang lain..Saya keluar dulu la yaa..Saya banyak kerja.." jawab Neya lalu melangkah pergi

Sebelum Neya meninggalkan ruang kerja Hilman,sempat dia terdengar ucapan Hilman

"Aku bagi kau tempoh berfikir.."ucap Hilman datar

Sepanjang Neya menuju ke ruangan kerja nya dia mulai terfikir-fikir akan Hilman..

"Apa mamat poyo ni plan ehh??"

"Asal dia pilih aku??"

"Ishh dia ingat dia senang nak buli aku?? Memang tak lah"

"Tapi kenapa dia masih bagi peluang ehh??"

"arghhh serabut lah aku.."

Batin Neya terus menerus..Dia menjadi overthinking akan segalanya..

******

"Assalammualaikum mak...Mak Neya pulang ni"sambil melepaskan kasut kerjanya

Namun ibunya datang langsung memeluk Neya..

"Neya rumah kita...hikss hikss..Rumah kita nak"ucap ibunya sambil terisak

"Apa jadi mak?? Kenapa dengan rumah??"

"Lia dah gadai.."

"Li-lia gadai masa nak buat pinjaman bank untuk butik dia..Mak tak nak kehilangan rumah ni"

"Apaaaa??? Apa lagi Lia buat kali ni..Tak habis-habis menyusahkan lah"geram Neya setelah mengetahui adiknya menggadai rumah satu-satunya yang mereka miliki saat ini

"Berapa pinjaman Lia tu mak??"

"RM500 000.00 nak...Mak nak cari duit dekat mana..hikss hikss"

"Mana akak kamu Hana tu tak kerja..Dia sendiri pun menumpang dengan keluarga suami dia..Mak sayang rumah ni Neya"sambil memeluk Neya

"Mak tenang dulu..Neya cuba usaha.."

Memang begitulah seorang Neya Adriana..Meski dia anak kedua dari tiga beradik namun setiap ada masalah mesti dia yang akan mencari jalan penyelesaian nya..Ditambah dengan peragai adiknya Lia Farhana yang selalu gegabah atau terburu-buru dalam membuat tindakan membuatkan mereka selalu rugi dari segi kewangan..

Perkara ini juga bukan pertama kali berlaku..Sebelum ini adiknya,Lia pernah ditagih pemiutang hingga ke depan rumah bahkan Neya pernah dijadikan penjamin tanpa sepengetahuannya dan Neya dikacau di tempat kerja oleh pemiutang tersebut..Nasib Tan Sri Hassan mempercayai Neya dan membantunya sehingga Neya berjaya terlepas dari sang pemiutang

Namun kali ini apakah Neya msih mampu meminta pertolongan Tan Sri Hassan?? Apakah dia mampu menebalkan muka nya lagi..Sungguh Neya sangat malu tapi rumah yang mereka tempati sangat bermakna bagi Neya dan ibunya..

Dalam kegelisahan,Neya cuba pergi ke bank dan meminta sedikit kelonggaran mengenai tempoh masa untuk bayaran

******

Hasil perbincangan Neya diberi kelonggaran asalkan setiap bulan dia membayar tepat waktu..Namun yang menjadi masalah saat ini adalah jumlah bayaran sama seperti nilai satu bulan gajinya setiap bulan..Nak tak nak Neya mulai berfikir untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Hilman Aydan kepadanya..

Neya mengambil telefon bimbitnya dan menghantar pesanan kepada Nora untuk meminta nombor telefon Hilman

Setelah mendapatkannya dengan cuba beranikan diri dia mendail nombor yang diberikan

"Hello..Ni Encik Hilman ke?"

"Hmm..Siapa?"

"Sa-saya Neya Adriana staff yang tadi pa-pagi tu"

Mendengar sahaja nama Neya,Hilman langsung menghentikan aktiviti melukisnya..

"Dah berubah fikiran??"

Bagai diketok palu..Neya hanya mampu mengiyakan ucapan Hilman

"Esok pagi terus ke pejabat saya."

"Ba-baik Tu-tuan"jawabnya tergagap

Hilman langsung mematikan panggilan namun senyuman smirk di bibirnya tanpa segan memunculkan diri

Neya pula merasa teramat malu namun jika tidak menerima tawaran kerja dengan gaji tiga kali lipat dimana lagi dia hendak mencari duit lebih buat kehidupan sehari-harinya

Nak tak nak kali ini Neya harus merendahkan egonya dan melupakan perasaannya sendiri..Dia harus mengutamakan rumah mereka

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now