"Assalammualaikum" ucap Hilman saat memasuki bilik tidur milik Neya yang selama ini dia tempati seorang diri...Dengan bilik bertemakan warna hitam Hilman seakan terkejut kerana buat pertama kali baru dia tahu ada juga wanita menyukai bilik yang gelap..Bukan Hilman tidak suka bahkan Hilman sangat-sangat menyukainya kerana bilik Neya tidak jauh berbeza dengan bilik nya.. Cuma dia sedikit pelik..
"Waalaikumsalam..Kenapa tengok macam tu??"tanya Neya binggung
"Sayang memang suka warna hitam ehh??"satu soalan yang Hilman lontarkan tanpa berfikir panjang
"Haah..Kenapa?? Awak tak suka ke??Maaflah saya punya citarasa tak macam wanita lain.."jawab Neya
"Ehh tak..Bukan tak suka cuma pelik sebab first time nampak bilik wanita bertemakan gelap.."jawab Hilman sambil menggaru kepala
"First time nampak??So sebelum ni dah nampak bilik wanita lain lah??"soal Neya memancing
"Ehh ehh ni kenapa tanya macam tu..Hemm..Abang hanya pernah nampak bilik tiga wanita je dalam hidup abang ni..Pertama mama,kedua adik sepupu abang dan yang ketiga sayang"Hilman menunduk duduk di depan Neya
Neya yang digelar sebagai sayang hanya mampu menahan malu..Dia yang ingin menyakat sang suami ehh malah dia yang rasa terusik kerana Hilman asyik menggunakan kata ganti nama abang dan sayang tanpa rasa segan silu..
"Hemm isteri abang ni dah kenapa?? Tunduk je..Dah tak sudi tengok wajah abang ke??"tanya hilman lembut..Begitu lembut hingga membuat hati Neya terusik
"Err takde lah...Hemm awak mandi lah dulu..Mesti awak penat..Lepas tu kita solat isyak berjemaah"ucap Neya masih tidak memandang tepat wajah Hilman
Hilman seakan sedar bahawa Neya saat ini sedang merasa malu dengan dirinya..Automatik Hilman duduk bersimpuh di hadapan Neya..Sambil memegang tangan Neya yang sejuk lalu mengusap tangan nya..
"Sayang malu dengan abang??Ke sayang marah??Hemm??"ucap Hilman lembut sambil masih tetap menatap Neya
"Kalau sayang marah dengan sikap abang tadi,abang minta maaf tau..Abang lakukan tu dekat Lia dan Firman sebab abang taknak dorang ganggu sayang lagi.."masih dengan nada yang lembut
"Ehh mana ada marah..Apa yang awak buat tadi tu dah sangat betul..Saya yang patut berterima kasih sebab awak kahwinkan Lia dengan Firman..Dan terima kasih sebab tak tinggalkan saya"ucap Neya sambil tertunduk dan menguis-nguis jari jemarinya
"Sayang..Cuba pandang wajah abang ni"ucap Hilman namun dengan menekan sedikit nada suaranya..
Neya yang mendengar langsung memandang wajah Hilman..Dan terlihatlah butir airmata yang keluar dari anak matanya
"Ehh kenapa sayang menangis..Abang ada singgung hati sayang ke..Abang minta maaf ya"Hilman sedikit risau
"Tak..Takde..Cuma kalau wanita lain, kalau dalam situasi tadi mesti pihak lelaki akan tinggalkan diorang dah..Tapi awak dan keluarga awak malah masih percaya saya..hiks..hikss.."airmata Neya mulai keluar
"Sa-saya tak tahu kenapa Lia kata saya macam tu...Ta-tapi saya sumpah atas nama Allah saya tak buat apa yang dia ucapkan tadi..Sa-saya tak pernah tukar ganti lelaki"jelas Neya sambil terisak..Neya yang sering kelihatan kuat entah mengapa terlalu senang menangis di hadapan Hilman
Melihat sang isteri begitu sedih,Hilman langsung memeluk Neya..Mengusap belakang tubuhnya dan menenangkan sang isteri..Sekitar sepuluh minit dia membiarkan sang isteri meluapkan segala kekesalannya..Padahal tadi semasa di majlis mereka,Neya terlihat seakan baik-baik sahaja..Siapa yang menyangka ternyata apa yang terjadi memberi pukulan berat terhadap dirinya
Setelah melihat sang isteri mulai tenang,Hilman kemudian menghadapkan tubuh sang isteri berhadapan tubuhnya..
"Abang takkan tinggalkan sayang..Abang tahu sayang tak buat semua tu..Abang percayakan sayang"ucap hilman sambil mengusap air mata sang isteri
Neya hanya menatap Hilman dan mendengar setiap bait kata yang diucapkan
"Tapi sekarang abang rasa nak marah dekat sayang"ucap Hilman dan mulai mengubah suaranya sedikit tegas
"Ke-kenapa?? Sa-saya buat salah ke??" soal Neya
"Kenapa masih gelar diri saya awak??? Abang ni tak layak ehh dapat panggilan manja?? Hemmm" ucap Hilman lalu mendekatkan dan melanggarkan hidungnya dengan hidung Neya
Makin bertambah merah lah wajah Neya saat mendapat perlakuan seperti itu dari Hilman..Neya sontak menolak tubuh Hilman agar menjauhi nya dan dia kemudian mengambil tuala lalu ingin berlari masuk ke bilik air namun dia kalah laju dengan tindakan Hilman..
Hilman berjaya mengunci pergerakan Neya di dinding..Keduanya saling rapat dan hanya berpisah beberapa jarak sahaja..
"Awak saya nak mandi..Lepas lah"rengek Neya
"Panggil abang baru lah abang lepaskan..Ke sayang nak abang mandikan baru sayang sudi panggil abang ni sebagai abang"ancam Hilman namun senyum di bibit tidak hilang
"Baiklah..Abang lepaskan Neya..Neya nak mandi..Please abang"suara Neya memohon
"Taknak mandi berdua??Abang on je kalau mandi berdua"Hilman cuba menyakat Neya yang senang terusik
"Tak...Taknak !! Abanggg !!!!"rengek Neya manja
"Okey..Okey..Dah pergi mandi..Lepas tu kita solat isyak sama-sama.."ucap Hilman penuh kelembutan
Melihat Hilman mulai memberi dirinya ruang dengan laju Neya berlari masuk ke dalam bilik air..Tidak lupa dia mengunci pintu bilik air lalu dia berdiri di depan cermin
"Arghhh malunyaaa..Asal lah dia sweet gila..Isshhh Hilman ni kan..Alaaaa jantung aku ni pun asal lah tak bagi kerjasama..Mesti tadi dia tengok wajah merah aku ni..Alaaaaaa...Malunyaaaaa !!!!!!" jerit tertahan Neya
*****
Plakk !!!
"Sampai hati kau Fir tampar aku!!! Aku bini kau lah !!" jerit Lia emosi kerana Firman menamparnya
"Disebabkan kebodohan kau, aku tak dapat Neya !!!"
"Disebabkan kebodohan kau orang-orang Hilman belasah aku !!"
"Dan disebabkan kau !! Daddy aku benci dekat aku !! Asal malang sangat hidup aku bertemu dengan kau hahh Lia !!!"emosi Firman melonjak..Sungguh dia benci terjerat dalam hubungan suami isteri dengan Lia
"Ohhh aku lah yang bodoh??"
"Habistu yang kau bodoh pergi tidur dengan aku apasall?? Anak ni !! Anak ni anak kau bodoh !!!" Lia tak kalah menjerit kearah Firman
Selepas je perkahwinan Lia terus mengikuti Firman balik ke rumah Dato Fauzi...Sesampai di rumah, Dato Fauzi malah menampar Firman dan memaki hamun anaknya sendiri..Lia yang melihat kejadian itu hanya diam tanpa perasaan..Tapi setelah mereka masuk ke bilik Firman malah melepaskan segala amarahnya ke arah Lia..Makin mengamuk lah Lia saat mendapat tamparan dari suaminya..
Lia bukan sejenis wanita yang akan mengalah..Semakin dia ditampar atau dibentak semakin kuat jugalah dia memberontak..
"Kau berani sentuh aku lagi naya hidup kau aku kerjakan !!!"
"Kau lupa siapa Hilman !! Aku ni adik ipar dia !! Kau nak aku bagitahu dia yang kau seksa aku?? Hahhhh?? Jawab lah !!!"suara Lia meninggi dan mencabar Firman
Mendengar sahaja nama Hilman disebut Firman langsung terdiam..Dia tahu saat ini dia tidak mampu mengalahkan Hilman..Firman menggepalkan tangannya..Suatu dendam muncul di hatinya..Ingin rasanya dia menghancurkan seorang Hilman Aydan...Dia bertekad akan membuat hidup Hilman merana..Begitu juga dengan hidup Lia..Dia akan pastikan Lia tidak bahagia..Dia juga bersumpah akan rampas Neya Adriana semula dari Hilman Aydan
YOU ARE READING
Neya Adriana (S1 COMPLETED✅)
BeletrieNeya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga sehingga lah seorang Hilman Aydan muncul dalam kehidupan Tanpa sedar hubungan yang tanpa s...