Milan ?

256 9 3
                                    

"Hahhhh???"

"24 jam??"

"Habis tu rehat saya bila??? Encik Hilman jangan nak buli saya yaa"

Ucap Neya sedikit tinggi suara selepas mendengar semua yang disampaikan Hilman mengenai tugas baharunya

"Malam kamu rehat lah..Maksud saya kamu kena siap sedia selama 24 jam untuk panggilan kerja"

"Kamu kena ikut saya untuk semua kegiatan saya termasuk saat melihat pameran atau yang berurusan galeri saya..Faham?" tanya Hilman dengan raut wajah tegas

"Ahh macam tu..Faham..Ba-baiklah"

Selesai je berbincang mengenai tugas-tugas yang harus dia lakukan Neya pun menandatangani kontrak kerja baharunya

"So sekarang tugas saya mulai bila??"
Tanya Neya

"Hari ni..Meja kamu pun akan dipindahkan di dalam pejabat saya"

"Ishh mende kena dalam pejabat dia ni pula..Alaaa leceh sangat lah..Nasib lah aku perlu duit sekarang kalau tak,takdenya aku nak ikut permintaan kau ni"ucap Neya sekadar di dalam hati namun dihadapan Hilman di hanya menganggukkan kepalanya

Saat kaki nya ingin melangkah keluar, Hilman tiba-tiba mengucapkan sesuatu

"Kau ada passport kan..Malam ni kita akan ke Milan"ucapnya dengan mata dan jari jemari berfokus di tab nya

"Mi-milan????"

"Ap-apa kita nak buat dekat sana??"

"Esok ada pameran di sana..Aku nak kau ikut..Jam 8 malam ni aku jemput kau..Jangan lupa share location rumah.."

"Baik.." lalu Neya keluar dari ruangan kerja Hilman

"Apa lah nasib aku..Pergi Milan tu memang lah best tapi kenapa lah kena pergi dengan mamat poyo tu..ishhh" gumam Neya

"Sabar Neya sabar..semua ni demi mak dan rumah.."

******

Tepat jam 8 malam seperti yang diucapkan Hilman dia sudah terpacak menunggu di luar rumah keluarga Neya..Hilman hanya berada di dalam kereta nya sambil tetap menguruskan pekerjaannya melalui tab nya..

Sekali-kali dia menelek jam tangan di tangan kirinya  menunggu Neya keluar dari rumah

"Ma-maaf saya lambat sikit"

"Lima minit?? Ingat tu sikit ke?"balas Hilman datar

"Dah cepat naik..Pak Yaakob cepat letak laugage Neya tu dan kita gerak ke airport sekarang"

"Baik tuan"jawab pak yaakob yang merupakan driver hilman..Pak yaakob telah menjadi driver bagi keluarga Tan Sri Hassan sejak dia muda lagi..Sudah sebati baginya peragai hilman yang dingin namun dia tidak pernah mengambil hati kerana dia tahu Hilman seorang majikan yang baik

Sepanjang jalan Neya hanya diam tak berkutik..Sungguh janggal baginya berada di dalam satu kereta dengan Hilman..Neya yang awalnya ingin duduk di sebelah Pak Yaakob tiba-tiba disuruh duduk dibelakang bersebelahan dengan Hilman,maka bertambah cuak lah dirinya..

Kaku dan senyap..Keduanya sibuk dengan urusan masing-masing..Hilman dengan tab nya dan Neya dengan fikiran nya..

Tak sedar perjalanan selama setengah jam menuju lapangan terbang dihabiskan dengan keadaan yang penuh kejanggalan..

Saat tiba di lapangan terbang keduanya juga tidak banyak cakap..Jika di dalam kereta ada pak yaakob,Neya mampu berbalas ucapan dengan pak yaakob

Namun saat ini dia hanya berduaan dengan majikannya,Hilman..

Dan dia juga harus menghabiskan masa di Milan bersama Hilman seorang..Sungguh Neya berada di dalam keadaan yang sangat frustrasi..

Namun, walau apa pun Neya harus menahan rasa kerana nak tak nak dia harus menghadapinya..

Beberapa perjalanan mereka habiskan tanpa bercakap..Kalau ada pun itu hanya sekadar beberapa ayat yang diucapkan Neya untuk mengelak dari suasana canggung

"Encik Hilman nak kopi?? Saya boleh panggilkan pramugari tu??"

"Encik Hilman taknak ke tandas??"

"Berapa jam lagi kita sampai??"

Itu adalah antara soalan-soalan yang Neya lontarkan..Dan jawapan yang dia dapat hanya sepatah kata sahaja dari Hilman dan iya suasana kenbali canggung

Akhirnya Neya memutuskan untuk tidur sepanjang perjalanan..

******

Setelah semua urusan kerja hilman selesaikan dia kemudian meletakkan tab nya..Hilman mengeliat dan cuba meluruskan sendi-sendinya yang mulai rasa letih

Dia harus fokus menguruskan urusan kerja di syarikat agar masa pameran dia dapat fokus dengan acara yang dijalankan..

Saat Hilman memandang ke sebelah kanan,wajah lena Neya menjadi pemandangannya

"Hmm tidur macam ni baru nampak wajah tu tenang..Kalau tak asyik nak melawan je kerjanya"batin Hilman sambil tersenyum

Entah mengapa rasa degupan jantungnya masih sama saat melihat Neya..Sama dengan kejadian di masa lalu saat melihat Neya menangis

Tanpa sedar Hilman turut meletakkan wajahnya berhadapan dengan Neya dan dia pun tertidur..

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now