"Apa pendapat kamu dengan lukisan ni??"seorang lelaki paruh baya tiba-tiba menghampiri Neya dan bertanyakan soalan mengenai lukisan yang saat ini berjaya menarik perhatian Neya
Lukisan seorang wanita yang sedang terlihat sangat dingin dan angkuh dengan pakaian serba hitam..Bibir merah bak delima yang langsung tak tersenyum juga wajahnya terlihat sangat kaku..
"Kesedihan"ujar Neya sambil tetap menatap lukisan tersebut
"Apa yang menyebabkan kamu berfikir begitu?"tanya lelaki tersebut sekilas melihat ke arah Neya
"Wajahnya angkuh..Tiada senyuman ditujukan..Sekilas terlihat seakan dia sedang mengatakan jangan mendekatinya..Sekilas terlihat dia tidak ingin bersahabat..Bibirnya dan bahkan matanya terlihat sangat datar..
Tapi anak mata yang dilukis jelas melihatkan sebuah kesedihan..Kesakitan..Ibarat wajah luarnya hanya sebuah tembok penghalang agar dia kelihatan kuat dimata semua orang..Namun di pandangannya dia sedang menangis..Ada beban berat dihatinya..Ada luka yang dia simpan.."jawab Neya tanpa melihat walau sekilas pun kearah lelaki paruh baya yang melihatnya saat iniKagum..Lelaki itu kagum mendengar jawapan dari Neya..Namun tiba-tiba dia bersuara dan kali ini membuat Neya berjaya beralih arah dari memandang lukisan tersebut dan memandang lelaki yang sedang berkomunikasi dengannya
"Seperti mata kamu saat ini"ucap lelaki itu
Neya memandang wajah lelaki itu namun tetap saja dia tidak mengenalinya..Dari penampilan luar terlihat lelaki tersebut bukan lelaki sembarangan..Dengan pakaian berjenama dan mahal..Dengan tekstur tubuh dan bentuk wajahnya..Dia bukan orang biasa di mata Neya
"Ka-kamu si-siapa??"
Pertanyaan Neya dijawab oleh Hilman saat Hilman yang sedari tadi hanya menjadi pendengar di belakang mereka..
"Dia Tuan Frederick..Pemilik galeri ini..Dia juga salah satu penganjur untuk pameran ni"berjalan dan berdiri tepat di sebelah kanan Neya
"Wanita yang sangat cerdas"ucap Mr Frederick sambil tersenyum ke arah Neya
"Kamu tahu ini lukisan siapa??"tanya Mr Frederick lagi
"Maaf tapi saya tak tahu"ucap neya dengan senyum kambingnya
"Dia" ringkas dan padat namun entah kenapa Neya sekali lagi berubah pandangan terhadap Hilman..Bagaimana mungkin lukisan yang begitu mempunyai maksud dalam adalah hasil karya lelaki yang selama ini dia kenali sebagai lelaki tanpa sebarang emosi..
Sebuah sisi baru seorang Hilman Aydan terbuka di sudut pandangan Neya..Ada sebuah kekaguman saat dia memandangnya..Apalagi saat dia mendengar semua perbualan Hilman bersama Mr Frederick baru lah dia ketahui bahawa Mr Frederick merupakan idola kepada Hilman.
Hubungan mereka bahkan sangat dekat dan tentu saja Neya terkesan terkesima akan semua hal yang berlaku..
Perkara baru mengenai Hilman yang seorang pelukis dan Hilman yang mampu menjadi ramah adalah hal yang tak semua akan ketahui..Neya beruntung mengetahuinya
Setelah acara pameran selesai,Neya dan Hilman pun kembali ke hotel..Sepanjang jalan Neya seakan ingin bertanya banyak namun dia batalkan niatnya kerana tidak ingin melanggar privasi sang majikan..Seakan peka akan keadaan sekeliling Hilman kemudian bersuara.
"Hemm kenapa?"
"Ahh takde..Takde"
"Kalau kamu hairan kenapa saya jadi pelukis dan sejak bila tu semua bermula suda lama..Bahkan melukis adalah hal terpenting dalam hidup saya"
"Sebab tu ke selama ni Tuan tak nak ambil alih syarikat Tan Sri??"
"Hmm..Aku memang tak minat dunia bisnes"
"Sekarang Tuan masih melukis atau berhenti?"
"Masih.."
"Sebab tu ke Tuan perlu pembantu peribadi?? Bukan sebab masalah peribadi lah kan?" tanya Neya
"Eya..Kenapa??Kamu fikir saya jenis berdendam?"tanya Hilman direct seakan menghantam kepala Neya
"Eh-ehh takkk..Tak lah..Hahahha..Saya tanya je.."sambil mengaru-garu kepalanya yang tak gatal
"Aku ingat dia nak buli aku..huhhh neya neya..Kau punya otak ni letak mana ehh..Lutut ke?" batin Neya sambil melihat pemandangan di luar tingkap
******
Pukul 5 petang Neya dan Hilman menaiki penerbangan menuju ke Malaysia..
Walau hanya sekejap namun perjalanan bisnes kali ni membuatkan Neya telah merubah segala tanggapannya terhadap Hilman..
Yang awalnya sangat kaku kini Neya berani untuk bersuara dan bertanya itu ini kerana dia tahu Hilman tidak sedingin yang dia kira..Bahkan setiap pertanyaan nya pasti akan dijawab walau hanya dengan sepatah kata..Dan itu sudah cukup bagi Neya..
"Terima kasih Tuan Hilman"ucap Neya saat turun dari kereta..Tak lupa dia memberikan sebuah senyuman
Tanpa menjawab Hilman hanya menutup cermin keretanya lalu melajukan kereta meninggalkan perkarangan rumah Neya
"Nasib lah aku dah tahu peragai kau tu macam mana..Acah cool la tu..hahahah..ehh tapi lantaklah sekarang ni tujuan utama aku nak tidur satu hari ni..Aduhaii penat nya"bebel Neya sepanjang masuk ke dalam rumah
YOU ARE READING
Neya Adriana (S1 COMPLETED✅)
Ficción GeneralNeya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga sehingga lah seorang Hilman Aydan muncul dalam kehidupan Tanpa sedar hubungan yang tanpa s...