Sahabat Baru

210 7 4
                                    

"Aku taknak Neya alami nasib sama macam abang Am !" tegas Hilman..Suara nya sangat serius saat berbicara dengan Mikail dan Nuqman..

"I will protect her at all cost"tambahnya lagi mengenggam gambar seorang wanita yang selama ini menjadi punca kekacauan yang berlaku di dalam hidup Hilman..Menjadi punca utama abang kandungnya meninggal dunia..Kerana perasaan obses berlebihan terhadap Hilman,wanita itu sanggup menggunakan segala cara dari mulai mengugut hingga sanggup menyakiti orang-orang yang dicintai oleh Hilman..Itu semua dia lakukan agar Hilman tunduk dengan dirinya dan menyerah diri

Namun bukan Hilman Aydan namanya kalau hidup ikut keinginan orang lain..Hilman tak pernah boleh ditundukkan..Dirinya adalah sosok yang mendominasi pihak lawan..Kalau ada pun yang mampu menundukkan Hilman saat ini hanya lah seorang Neya Adriana..

"Yah i know exactly how you feel bro..Jangan risau kali ni anak buah aku dah siap sedia jaga Neya..Yakin Neya akan selamat..Aku takkan buatkan Neya ku dalam bahaya bro.."ucap Mikail panjang lebar dan sengaja menekan Neya ku menguji fokus Hilman seketika

Babbb

"Neya ku..Neya ku..Tu bini aku lah !!"gumam Hilman sesudah mengetuk kepala Mikail

"Alahaiii kepala ku serasa hilang harga diri kalau didepan kau kan bro..Ni kepala ni aku bayar zakat..Kau memandai hempuk tu hempuk ni..Apa punya kawan lah kau ni"keluh Mikail sambil mengusap kepalanya yang tak sakit pun

"Dah mulut tu gatal sangat..Cari lah perempuan lain..Kan stock kau banyak..Playboy lah katakan takkan asyik bini aku kau nak.."balas Hilman geram

"Hahhahahhah dasar budak cinta..Posesif sangat..Neya tu aku dah anggap sebagai adik..Dia kahwin dengan kau,dia secara automatik di bawah perlindungan aku.."jawab Mikail sambil menghirup air kopi nya dan kali ni dia tidak bergurau..Dia memang telah membuat persediaan bahkan menyuruh anak buahnya untuk selalu menjaga Neya..Baginya siapa pun yang disayangi oleh Hilman,akan menjadi orang penting dalam dirinya..

"Bro tangan tu asyik pegang phone..Hantar pesan dekat sapa tu hahh??"tegur Mikail sambil melihat kearah Nuqman

"Ehh kejap kejap..Ni kalau pegang phone..Hantar pesan-pesanan sambil senyum-senyum macam kambing jantan ,tak lain tak bukan mesti tengah berbalas pesan dengan awek kan..Kau jangan bro..Kau nak aku bagitahu ala...."dengan laju Nuqman menutup mulut Mikail seakan sedang menyembunyikan sesuatu..Tak lupa Nuqman memberikan pandangan tajam ke Mikail

"Kau cakap mati kau..Awas kalau sampai Hil dengar"ucapnya separuh berbisik

Hilman yang melihat hanya geleng kepala..

"Dasar dua budak single..Balas pesan pun kecoh.."ucapnya sarkas

******

"Ehh maaf..Maaf saya tak sengaja..Kalau awak nak awak ambil lah buku ni"ucap seorang gadis yang terlihat sangat ayu dan elegan..Dengan pemakaian yang sangat sederhana terlihat dia bukan gadis dari keluarga sembarangan

"Ahh takpe..Takpe..Awak pun suka buku ni ke??tanya Neya ramah

"Haah tapi awak je lah ambil..Saya cari buku lain.."balasnya cepat

"Hemmm betul ni awak??"tanya Neya namun sedikit rasa bersalah

"Kalau tak pun kita buat macam ni..Awak beli dulu dan baca..Bila awak dah baca awak bagitahu saya..Boleh lah saya baca lepas awak..Lagipun buku ni tinggal satu kan"usul gadis tersebut

"Ahh bagus juga idea tu..Okey boleh..Boleh saya minta nombor telefon awak??"tanya Neya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya

"01397xxxxx...Awak save Reena je"jawabnya

"Baik.." Kemudian Neya cuba menelefon nombor Reena

"Hahh tu nombor saya..Awak save Neya tau"sambil menampilkan senyumannya

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now