Curi pandang

244 10 1
                                    

Milan yang terletak di hamparan Lombardia..Kota termaju yang ada di Italia..
Bangunan-bangunan yang sangat indah menjadikan mata Neya tidak mampu berkedip walau hanya untuk sesaat

Neya takjub dengan apa yang dia lihat..Sesungguhhnya Milan adalah tempat yang sangat indah..Seketika dia terlupa akan kecanggungan yang dirinya hadapi saat bersama Hilman

Kali ini Neya berulang kali mengucapkan syukur kerana dia diberikan peluang untuk menyaksikan salah satu keindahan dunia..

Hingga kenderaan yang dirinya dan Hilman tumpangi berhenti di salah satu hotel ternama yang ada disana.

"wahhh aku akan bermalam disini ka??"batin Neya

Dengan langkah kaki yang kecil sudah pasti dia terkejar-kejar akan kelajuan pergerakan kaki Hilman..

Tubuhnya yang hanya berukuran kecil di samping Hilman selalu harus menjadi kelam kabut..

Bayangkan saja tubuh Neya hanya berketinggian 153cm dan Hilman pula 174cm..Ditambah Hilman adalah seseorang yang suka berjalan dengan laju tanpa melihat sekeliling

Saat Hilman selesai mengurus urusan pendaftaran bilik,sesekali dia melihat ke arah Neya yang matanya meliar kesana kesini melihat setiap sudut hotel..

"Nah..Ni kunci bilik " nada datar

"ahh oh okey" Neya pun mengambil kunci yang diberikan oleh Hilman

Mereka pun berjalan menuju lift dan entah bagaimana Hilman yang tadinya asyik berjalan laju mulai memelankan langkah kakinya seakan menyeimbangi langkah kaki Neya..Neya yang seakam terkejar-kejar akhirnya dapat berjalan santai akibat perbuatan Hilman..Tapi Neya tidak terlalu memikirkan semua itu..Baginya saat ini yang terpenting dia berada di sebuah kota yang sangat cantik..

Dia mengabaikan segala kacanggungan saat bersama Hilman..

Setelah pintu lift terbuka mereka berdua hanya berjalan di lorong hotel sambil memerhati nombor bilik

Tiada perkataan langsung yang keluar dari mulut keduanya..Namun situasi tersebut langsung tidak membuatkan Neya merasa kekok..Dia seakan terbiasa dan ada sedikit nyaman..Entahlah terbit sebuah rasa selesa meski tidak berkomunikasi sama sekali..

Sehinggalah keduanya menjumpai nombor bilik mereka..Bilik yang saling berhadapan dan paling hujung..

"Rehat lah..Jam 7 malam kita keluar makan"ucap Hilman

"Baik Tuan.."Jawab Neya ringkas kerana dia sangat ingin berehat di atas katil yang sudah jelas pasti empuk rasanya..Neya ingin melepaskan kepenatannya dan ingin menikmati masanya sepuas hati..

Perjalanan kali ini juga sedikit sebanyak membuatkan Neya melupakan apa yang berlaku berkaitan adiknya yang berani meletakkan rumah mereka sebagai cagaran untuk pihak bank..
Neya juga dapat sedikit merasa santai dari segala masalah..

*****

Tepat jam 7 malam keduanya keluar dari bilik mereka..Tanpa sebarang janji keduanya hanya memakai tshirt putih dan dipadankan dengan sebuah jaket kulit hitam..Pakaian yang mereka berdua kenakan seakan sepasang kekasih yang memakai pakaian sedondon..

Namun melihat hilman mengabaikannya membuatkan Neya juga cuba menepis isi fikirannya..Mereka berdua kemudian turun dan menuju tempat parking kereta..

"Tuan memandu?? Tuan tahu jalan kawasan sini?"

"Saya pernah tinggal lama disini..Kamu fikir saya akan buatkan kita sesat?"

"Ahh mana saya tahu tuan pernah tinggal disini.."sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal

Malas berfikir panjang dan berdebat,Neya kemudian masuk dan duduk di kerusi di sebelah pemandu..

Namun tiba-tiba Hilman mendekat kearah Neya..Dekat dan dekat lagi..Entah kenapa debaran di jantung Neya terasa berdebar dengan laju..
Tatapan dingin seorang hilman membuatkan Neya terdiam dan seakan terhipnotis

"Ap-apa dia nak buat ni?"batin Neya

Sampai satu tahap Neya yang baru ingin menolak Hilman tersedar saat tangan Hilman mengapai seatbelt dan memasangkannya buat Neya

"Laa nak pasangkan seatbelt rupanya"

"Nasib baik aku belum menjerit tadi kalau tak, tak memasal aku malu"
Batin Neya sambil menahan merah wajah nya..

Neya cuba mengawal ekspresi wajahnya dan menenangkan dirinya..Tidak ingin dia memikirkan hal-hal mengarut

"ahh ini pasti sebab suasana Milan sangat indah sampai otak aku berfikir macam tu"Neya cuba menafikan perkara negatif yang tadinya sempat hadir di benak fikirannya

"Neya ingat Neya dia tu poyo..Dia tu mamat poyo.."ucapnya berulang kali di dalam hati

Tapi saat dia melihat ke arah Hilman yang saat ini fokus dengan pemanduannya entah mengapa dia seakan terpukau..Wajah serius lelaki itu..Dengan memandu hanya menggunakan satu tangan..Wajahnya,hidungnya,matanya,bahkan segalanya tak lepas dari penglihatan Neya..

"Kalau dilihat-lihat dia kalau memandu sangat sexy"batin Neya tanpa sedar

"Belum puas pandang aku??" tanya Hilman mematikan suasana

"Ah-ahh tak takk..Err mana ada saya pandang tuan" Neya cuba mengalihkan pandangannya keluar tingkap

Hilman yang melihat tingkah laku Neya hanya tersenyum smirk dan dia tetap fokus akan pemanduannya

Meski Hilman seakan kelihatan tidak peduli tapi tanpa Neya sedar setiap kelakuannya bahkan sekecil apapun yang berkaitan dirinya,diketahui oleh Hilman saat inI..Jadi pipi Neya yang sedang memerah akibat ketahuan mencuri  pandang pun jelas diketahui oleh Hilman..Dan hilman menyukai itu..

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now