"Apa maksud kamu tadi tu??
"Betul dia calon suami kamu Neya??"
"Kamu dua sejak bila bersama??"
Pertanyaan bertubi-tubi dari ibunya Neya terhadap Neya dan Hilman selepas kepergian Firman dan ayahnya Neya..
Ibu Neya,Puan Aida bersama adik beradik Neya dan abang ipar Neya masih setia di ruang tamu tersebut menunggu Neya mengatakan apa yang sebenarnya terjadi..Mereka semua sedikit terkejut kerana setelah tujuh tahun baru kali ni Neya berani membawa seorang lelaki asing ke rumah..Malahan siap mengaku bahawa Nrya calon isterinya..Sungguh terkejut bukan..
Tapi bukan keluarga Neya sahaja yang terkejut..Dengan Neya Neya sekali terkejut atas pernyataan yang Hilman lakukan tadi..Neya cuba berfikir positif,mungkin itu satu-satunya cara bagi Hilman untuk menyelamatkan Neya dari dipaksa kahwin tapi apa yang akan keluar dari mulut Hilman seratus peratus membuat Neya gagal berfikir secara normal..Otaknya membeku untuk menghadam semua perkataan Hilman..Ditambah semuanya berlaku sangat cepat..Jantungnya bagai tak keruan..Kenapa,bagaimana,apa maksud Hilman, semua soalan bertubi-tubi muncul di benak fikirannya dan yang pasti Neya tiada jawapan atas ucapan dan tindakan gila Hilman..
"Saya mencintai anak makcik dan saya ingin mengahwininya" jawab Hilman mengejutkan seisi rumah
Lia yang mendengar pernyataan tersebut sempat senyum kerana akhirnya penghalang cintanya dengan Firman berjaya dilenyapkan..Dengan kehadiran Hilman,Lia akan lebih mudah mendekati Firman selepas ini..Dia mulai membayangkan masa depannya bersama Firman..Namun senyumnya yang sempat mekar hilang dalam sekelip mata saat mengetahui asal usul seorang Hilman Aydan..
"Jadi kamu majikan Neya??"tanya Puan Aida
"Ya.."jawab Hilman sepatah
"Kamu serius dengan ucapan kamu tadi??Kamu betul-betul nak kahwin dengan anak makcik ni??"tanya Puan Aida yang masih tidak percaya akan semua hal yang terjadi..
Puan Aida tahu Neya selama ni mengasingkan diri dari semuanya..Hidupnya cuma kerja dan rumah..Neya terlaku menutupi dirinya terutama dalam hal mengenal orang baru..Tapi malam ini Neya membawa seseorang sebagai calon suami..Bagaimana mungkin Puan Aida tidak terkejut..Hal yang terlalu mendadak ini berlaku dalam sekelip mata namun hal ini membuatkan Puan Aida berasa lega kerana dia mengira Neya telah berani untuk membuka dirinya lagi..Ada sedikit kelegaan dan sebuah harapan di hatinya untuk sang anak..Dalam diam dia mengharapkan kejadian tujuh tahun lalu dapat dilupakan dan Neya boleh bahagia dengan lelaki pilihannya..
"Maaf sekali lagi kalau semua benda ni mengejutkan semua orang tapi makcik apa yang saya ucap bukan hal main-main..Saya serius bila saya mengatakan ingin menjadikan Neya calon isteri saya..Saya mencintai dirinya..Izinkan saya mengahwini anak makcik..Saya janji saya akan menjaganya sepenuh hati saya"ucap hilman penuh yakin dan lagi membuat hati Neya merasa terharu
"Tu-tuan??"ucap Neya sambil menatap Hilman mencari kejujuran dan ketulusan akan ucapan yang dia ucapkan dan tiada sebarang kebohongan yang dia temui..Mata Hilman jelas menunjukkan bahawa dia serius..Wajah Hilman bukan sedang bergurau..Ingin rasanya Neya menangis namun bukan masa yang sesuai..Dia ingin mengetahui alasan disebalik keputusan yang telah Hilman lakukan..Saat ini ingin rasanya Neya menarik Hilman menjauh dari semua dan menanyakan semuanya dengan lebih terperinci namun dia kalah jauh dari sang ibu yang tak habis-habis menyoal jawab Hilman..
Hilman seperti biasa dengan wajah datarnya dan tetap serius..Mengatakan apa yang ingin dia katakan dan akhirnya dia berjaya membuat Puan Aida percaya dengannya..Akhirnya Puan Aida mengizinkan dia mengahwini Neya dengan syarat,lakukan segalanya mengikut adat..Hilman perlu merisik dan meminang seperti adat yang biasa dilakukan oleh semua orang..
*******
"Kenapa Tuan Hilman buat macam ni??"
"Apa salah saya sampai tuan sanggup buatkan saya tersepit macam ni??"tanya Neya saat dia menghantar Hilman ke keretanya..
"Salah kamu cuma satu !" jawab Hilman dengan wajah tegas
"Hahhh?? Tap-tapi apa?? Setahu saya saya dah buat yang terbaik..Saya tak buat sebarang kesalahan pun kan"ucap Neya mulai sedikit tinggi suara kerana tanpa angin tanpa ribut dia dinyatakan melakukan sebuah kesalahan..Sedangkan dia selama ni cukup teliti dalam mengerjakan apapun..Bahkan dia tidak pernah menyinggung Hilman Aydan
"Salah kamu sebab kamu sudah berjaya curi hati saya "ucap Hilman selamba sambil memberikan "Gummy Smile" nya
Untuk pertama kali Neya melihat senyuman itu..Untuk pertama kali seorang Hilman Aydan tersenyum dengan sangat indah..Senyuman yang tiba-tiba membuatkan Neya sukar bernafas..Neya terpaku melihat pemandangan itu buat pertama kali
"Sa-saya curi hati??"tanya Neya tergagap-gagap
"Hemmm..Maaf tapi saya suka awak Neya Adriana.."ucap Hilman lalu merenung dalam ke anak mata Neya..Cuba menyakinkan sang gadis akan perasaan yang selama ini dia pendam
"Untuk apapun saat ini percaya saya..Saya takkan mempermainkan awak Neya..Saya akan menjaga dan membahagiakan awak..Terima saya atau awak nak kahwin dengan mamat bodoh si Firman tu?? Cuba jawab pilihan awak mana satu??"begitulah Hilman menyakinkan namun dalam masa yang sama membuatkan Neya tersepit..Adakah patut ia sempat mengugut Neya akan perkahwinan dengan Firman..Memang tak lah Neya nak memilih Firman..Dasar Hilman manusia batu !
"TUAN !!!" Jerit Neya sambil memukul lengan Hilman..Tak dia sangka Hilman ada versi ini didirinya..Namun hatinya terdetik untuk mengenal Hilman lebih dalam..Apakah Hilman jodoh yang dikirimkan Allah untuk dirinya?? Tapi bagaimana kalau dia akan terluka lagi?? Kuatkah seorang Neya Adriana menghadapi ujian akan datang bersama Hilman Aydan??
"Percaya dengan saya yaa Neya..Saya takkan mungkir janji saya" Hilman mulai mengenggam jari jemari Neya
Mendapat perlakuan dan pandangan memohon dari Hilman akhirnya benteng pertahanan Neya runtuh..Ya Neya sedar setiap dia berdekatan dengan Hilman jantungnya takkan pernah berhenti berdetak laju..Selama ini dia menepisnya dengan mengatakan itu hanya perasaan biasa..Namun malam ini dirinya sedar bahawa ada tempat istimewa buat seorang Hilman Aydan dihatinya..Dia sedar dia mulai merasa nyaman dengan kehadiran Hilman meski dirinya kaku dan batu seperti itu..Neya sedar Neya menyukai Hilman..
YOU ARE READING
Neya Adriana (S1 COMPLETED✅)
General FictionNeya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga sehingga lah seorang Hilman Aydan muncul dalam kehidupan Tanpa sedar hubungan yang tanpa s...