Kepercayaan Hilman

173 5 2
                                    

"Hemmmmmm" suara leguhan Neya sambil mengeliat namun tindakannya terhalang..Terasa ada beban berat dipinggangnya..Saat dia membuka mata dirinya suda berada di dalam bilik tidur dan kemudian dia membalikkan badan ke belakang..Terlihat wajah lena Hilman..Neya menangkup kedua pipi Hilman dengan tangannya

"Abang kemana semalam??Abang ada masalah??Neya rindu abang,kenapa semalam phone tak aktif"gumamnya kecil supaya tidak membangunkan sang suami yang tertidur lena

Kemudian Neya masuk kedalam pelukan sang suami..Memeluk suaminya erat sambil mendengarkan bunyi detak jantung sang suami..Hati Neya lega kerana suaminya sudah kembali..Sungguh semalam dia merasa sangat takut..Tidak biasanya dia terasa diabaikan..Walau sesibuk mana pun Hilman dia tidak pernah menolak panggilan telefon atau pesanan dari Neya..Tingkah aneh Hilman semalam berjaya buatkan Neya berfikir yang bukan-bukan..Takut,cemas dan gelisah menjadi satu hingga dia tertidur tanpa sedar..

"Ehh semalam aku kan dekat bawah??" batin Neya lalu menatap wajah sang suami kembali

"Ke abang semalam angkat Neya"kupu-kupu berterbangan dalam perut Neya..Dia yakin suaminya yang super duper dingin ni lah yang mengangkatnya semalam..Meski seakan tidak kisah akan semua hal namun act of service nya tak pernah ketinggalan..Neya makin mempererat pelukannya dan mengusap wajahnya di dada bidang sang suami

Tanpa Neya sedar,Hilman sedari tadi telah tersedar dan mendengar semua gumam halus sang isteri..Berbungga hati Hilman mendapat perlakuan manja dari Neya..Saat Neya makin mempererat pelukan lagi dan lagi Hilman seakan mati kata..Jantungnya hanya tunggu masa untuk meletop

"Aisshh awal pagi dah manja macam ni..Kuatkan aku ya allah"batin Hilman

"Hemm awal pagi nak jadi kucing ke sayangnya Hilman ni??"hilman mulai menatap Neya

"Aahh abang dah bangun ehh..Sorry buatkan abang terbangun.."dengan senyum tanpa dosa

"Takpe sayang..Abang lagi suka tengok sayang macam ni.."keduanya saling tersenyum bahagia dan masih dalam posisi berpelukan..Keduanya lupa akan hal yang terjadi semalam..Mereka saat ini hanya menikmati kebersamaan mereka..

Kemudian Hilman mulai bergerak menjauh..Neya yang sedar terus membuat muka sedih seakan kanak-kanak lima tahun yang tak dapat apa yang dia inginkan

"Sayang nak makan apa??Abang nak buatkan sarapan untuk sayang ni"ucap Hilman mengabaikan wajah memelas Neya

"Alaaa...Dah nak turun ke..hemmm"memuncungkan mulutnya

"Hahahah sayang ni..Nanti kalau tak bangun kang sampai tengahari kita baring je"

"Sayang nak omelat tak??"tawar Hilman

"Nak..nak..Apapun abang masak sayang nak"dengan nada manja

"Okey abang masak sayang mandi tau.."tersenyum lalu keluar dari bilik

Melihat sosok sang suami mulai menghilang dari sudut pandangan matanya,Neya kemudian bangun dan mengapai tuala..Dia ingin membersihkan diri kemudian turun ke bawah demi membantu sang suami

Hilman yang sedang menuruni tangga kemudian curi-curi pandang ke arah bilik..Seakan kelakuan orang yang sedang mencuri dia kemudian mengeluarkan telefonnya dan sengaja berdiri berdekatan meja dapur..Kemudian jari jemarinya laju mendail nombor seseorang..

"Sudah dapat ke tak?? Asal lambat sangat??"

"Tak..Aku tak kisah..Kau cari sampai dapat siapa jantan yang Neya bawa masuk rumah ni..Siap bawa masuk bilik !!" nadanya sedikit ditekan

"Aku upah kau mahal-mahal jadi aku nak servis yang tiptop..Pastikan kau tahu siapa jantan tak guna tu!!"lalu dia mematikan panggilan telefonnya sepihak..Wajah Hilman saat itu sangat serius..Terlalu serius..Dari wajahnya suda dapat dilihat bahawa dirinya sedang dikuasai api kemarahan..

"Kau nak berlagak suci depan aku??Hahh ingat aku bodoh??"gumam Hilman dengan nada tidak bersahabat

*****

Melihat kemesraan sepasang suami yang saling berpelukan di awal pagi membuat Reena menahan geram..Habis dibantingnya gelas kaca ke lantai hingga gelas tersebut pecah berderai..Hatinya panas..Emosinya membuak

"Arghhhhh sialan !!! Asal dorang boleh berbaik macam ni...Eiiii geramnya !!!"teriaknya kencang

Rancangannya untuk membuat keduanya renggang menjadi gagal..Hatinya sakit..Walau sakit sekalipun matanya tetap fokus memerhati apa yang Neya dan Hilman lakukan..Sehinggalah saat Hilman mulai turun ke tingkat bawah..

Dia melihat wajah hilman yang terlihat kejam..Sungguh mematikan tapi itu lah wajah yang Reena gilai..Setiap bait kata yang keluar membuat hati Reena kembali senang..

"Hahahhahah aku mati-mati ingat dorang dah berbaik..Ohh so you dah tak percayakan isteri bodoh you tu ehh babe??"Reena bergumam sambil menatap penuh cinta terhadap Hilman dari balik layar kaca laptopnya..

Usahanya tak sia-sia..Dia berjaya menanam rasa curiga dihati Hilman terhadap Neya..Reena bersorak riang..Dia merasa dirinya maju selangkah lebih kedepan..

"I akan meet you hari ni babe..I tahu you need me right..I akan gantikan posisi budak bodoh tu..Wait for me tau sayang"ucap penuh rasa yakin Reena..

*****

Dengan laju Firman mematikan rokok nya..Entah kenapa walaupun dia tidak mengharapkan kehadiran janin itu tapi setiap  Lia berada di dekatnya dia akan pastikan dirinya tidak merokok..

"Aku nak duit !" tanpa rasa bersalah Lia meminta duit seakam meminta gula-gula

"Untuk?? Tak cukup ke semua yang ada dalam rumah ni?"tanya Firman datar

"Aku bosan..Aku nak shopping !"Lia seakan membentak

"Aku teman.."tanpa melihat Lia

"Barusan?? Biasa tak nak pergi mana-mana dengan aku kan..Ye lah aku kan bukan Neya"sindir Lia

"Jangan mulakan Lia !"nada Firman sedikit naik

"Aku cuma cakap fakta..Kenapa benda tu salah ke??"Lia masih tidak ingin mengalah

"Kau tak penat ke hah..Kita ni dah nak empat bulan kahwin..Tak penat bergaduh tiap hari??"tengking Firman

"Ooo tahu pula penat..Yang kau tiap malam masih sebut nama Neya tu tak pandai pula penat..Penat kau je kau fikir..Aku ni sapa nak fikir..Semua asyik Neya..Neya..Neya !!! Apa dia sorang je ke yang layak dapat perhatian hahhh !!!! Ni bayi ni !! Kau mana pernah nak ambik tahu..Aku check up pun sorang-sorang !!!!!! Aku ni kau rasa tak penat ke hahh!!!! Jawab aku Fir !!!" Lia meluapkan segala rasa yang ada dihatinya

Mendengar luahan Lia sedikit membuat Firman terhentak..Sebuah tamparan besar dia rasakan..Memang niatnya mahu membuatkan Lia menderita tapi melihat sang isteri saat ini kacau meremukkan hatinya..Dia hanya mencintai Neya tapi dia bukan lelaki bajingan yang musnahkan hidup orang lain..Cukup khilafnya terhadap Neya..Apa kali ini dia akan ulangi kebodohannya dengan Lia?? Wanita yang dulunya dia sempat anggap sebagai adik..Firman terdiam tak mampu membalas ucapan Lia..Dia tahu Lia salah tapi ini bukan salah Lia seorang. Ini juga salah nya..Kebodohannya..

Lia dulu wanita yang sangat manja dimata Firman namun semua berubah..Lia menjadi seorang wanita yang sangat kuat menjerit dan asyik marah apalagi selepas mengandung dan menjadi isterinya..

"Aku tak kisah..Hari ni aku yang teman kau medical check up dan shopping !" ucapnya tegas lalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Lia sendirian di laman belakang..Dia bukan berniat mengabaikan Lia lagi namun dia ingin mengelak dari terus-terusan beradu mulut dengan Lia..

"Arggghhhh aku benci kau Firman !!!" jerit Lia tanpa mengendahkan mertuanya yang sedang melihat dan mendengar pertengkaran mereka

Dato Fauzi dan isterinya jadi semakin hilang akal untuk memperbaiki hubungan anak dengan sang menantu..Meski peragai Lia menyakitkan hati mereka namun dia tetap menantu dan sekarang bakal menjadi ibu kepada waris mereka..Mustahil bagi mereka ingin membiarkan situasi tersebut berlarut-larut..Bagaimana nanti kelak cucu mereka membesar..Apakah akan melihat pertengkaran setiap hari ?? Memikirkannya sahaja suda membuat mereka geleng kepala..Cukup lah anak dan menantu yang hilang akal,jangan sampai sang cucu juga turut terjejas..

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now