"Isteri tuan sudah meninggal dunia"
"Apaaaa????" ucap firman terkejut
"Ja-jadi cucu aku mana??"ibunya Firman turut terkejut
"Puan Lia Farhana meninggal saat melahirkan anak lelaki tuan..Dan dalam hitungan jam anak tuan turut menyusul isteri tuan kerana mengalami gagal fungsi jantung"ucap orang bawahan yang diupah firman
"Tak..Tak mungkin Lia meninggal !!!!! "
"Ini semua salah kan !!!! Lia masih hidup kan?!!! "sedikit menengking
Tapi orang bawahannya hanya diam..Tak mampu menjawab soalan tuan mereka..
"Aku bayar kau mahal-mahal suruh kau cari isteri aku semula..Aku suruh kau bawa isteri aku hidup-hidup bukan berita sampah macam ni !!!" emosi Firman
"Fir sabar Fir..Takpe ni maksudnya jodoh kamu sampai situ sahaja..Lagipun lepasni kamu boleh kahwin lain lagi..Mommy yakin kamu akan dapat keturunan kamu sendiri"ibunya cuma menenangkan Firman yang saat ini beremosi
"Takk !!! Ini bukan pasal anak !!! Fir patutnya jaga Lia..Apa yang jadi semua salah Fir !!! Mommy Fir sayang Lia !!!"apa yang diucapkan Firman membuatkan Mommy dan Daddynya terkejut..Siapa sangka wanita yang Firman tidak sukai..Wanita yang dia nikahi kerana sebuah kesalahan malah memiliki tempat istimewa di hatinya..
"Ka-kamu bergurau kan Fir..Macam mana kamu boleh suka dengan Lia tu..Di-dia kan berperagai jahat..Dia yang perangkap kamu kan !!!!"jerit mommynya
"Betulll tapi selama tujuh bulan bersama, Fir sedar Lia berjaya buatkan Fir sayang dia...Fir hanya terobsesi dengan Neya tapi dengan Lia Fir terima baik buruk dia mommy..Lagi-lagipun Lia adalah orang yang selamatkan Fir masa Fir hampir mati lemas dulu.."lirih Firman
Semua yang terjadi bersebab..Hal ini kerana Firman mengetahui fakta bahawa Lia telah lama mencintainya..Bahkan sejak zamn mereka bersekolah lagi..Orang yang menyelamatkan dirinya saat lemas adalah Lia Farhana bukan Neya Adriana...Firman tersalah sangka dan mengira Neya sebagai sang penyelamatnya..
Saat mengetahui fakta itu Firman cuba menutup mata dan tidak ingin mengakui bahawa Lia lah yang menyelamatkannya..Kerana baginya itu adalah mustahil..Lia adalah sosok antagonis di matanya..Namun saat berita kehilangan Neya dan fakta bahawa Neya tidak pandai berenang diketahui barulah dirinya merasa tersangat bodoh..Dia mencintai wanita yang salah..Andai sahaja dia pernah menanyakan kejadian itu kepada Neya mungkin dia akan mengetahui soal Lia sejak dulu kala..
Kini setelah mengetahui segala kebenaran malah dia dikejutkan dengan berita kematian Lia Farhana..Sungguh dirinya terasa bodoh..Dia bahkan tidak sempat mengatakan terima kasih kepada Lia..
Patut sahaja Lia semakin mencemburui Neya..Ini semua kerana kebodohannya sendiri yang tidak menyiasat semuanya dengan betul..Firman merasa bersalah dengan dua wanita..Kerana kebodohannya Lia sanggup menyakiti Neya dengan segala fitnahnya..Kerana kebodohannya hubungan Neya dan Lia memburuk bahkan sampai akhir hayat Lia..
"Apa aku dah buat ?? Arghhhhh!!!!" jerit Firman kecewa akan diri sendiri..Hidup dengan penuh penyesalan adalah kifarah terbesar di dalam hidupnya..Mencintai orang yang salah sedangkan yang sepatutnya dia cintai selalu ada disisinya..Meski cara Lia salah namun semuanya berpunca kerana Firman..
*******
"Takkk !!! Tak mungkin !!!!!"
"Adik kamu masih hidup kan Hana !!!"
"Anak mak masih ada kan ???"lirih Puan Aida
Hatinya remuk dan hancur saat berita mengenai kematian Lia sampai ke telinganya..Ibu mana yang kuat mendengar anak yang dia kandungkan selama sembilan bulan dan dia besarkan bagai menatang minyak yang penuh pergi dulu sebelum dirinya..
YOU ARE READING
Neya Adriana (S1 COMPLETED✅)
Narrativa generaleNeya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga sehingga lah seorang Hilman Aydan muncul dalam kehidupan Tanpa sedar hubungan yang tanpa s...