Rombongan meminang dari keluarga Hilman diterima baik oleh Puan Aida..Meski status latar belakang yang berbeza namun Tan Sri Hassan dan Puan Sri Rosnah adalah orang yang sangat rendah hati..Ditambah Tan Sri Hassan telah lama mengenali Neya..Dia juga menerima Neya sebagai menantunya..
Seperti Puan Aida,Tan Sri Hassan dan isterinya sudah lama berharap agar anak mereka Hilman menamatkan zaman bujangnya namun sering kali permintaan mereka ditolak..Bahkan semua wanita yang Puan Sri Rosnah kenalkan kepada Hilman dia tolak mentah..
Saat mengetahui Hilman ingin meminang Neya Adriana salah satu staff di Art Life Corporation,hati Tan Sri Hassan dan Puan Sri Rosnah berasa sedikit lega..Khabar angin yang mengatakan sang anak tidak normal akhirnya berjaya dipatahkan juga dengan perkahwinan ini..
"Tak payah lah pertunangan..Kita teruskan je ke pelaminan lagi cepat lagi bagus..eya dak Puan Aida"soal Puan Sri Rosnah yang memang sangat bersemangat akan perbincangan kali ni..
"Kalau itu yang terbaik saya turutkan sahaja Puan Sri.."balas Puan Aida sambil tersenyum bahagia..
Berbeza dengan Lia yang mendengar dari balik pintu yang memisahkan antara dapur dan ruang tamu..Hati Lia semakin panas melihat semua urusan dipermudahkan..Sedangkan dirinya saat ini ditolak mentah oleh Firman..
"Aku tak bahagia..Kau pun tak boleh bahagia Neya..!" gumamnya sambil memegang perutnya
"Dasar Firman bodoh !! Habis madu sepah kau buang kan..Kau ingat kau boleh lari?? Tak..!!! Aku akan pastikan kau bertanggungjawab !"tambahnya lagi lalu berjalan menuju ke bilik nya..
Ada sesuatu yang dia sembunyikan dan hal itu akan dia bongkarkan masa majlis perkahwinan Neya..Itu niat Lia yang sebenarnya..Dia ingin mengacaukan hari perkahwinan Neya..Takkan dia benarkan sang kakak mendapatkan semua hal baik di hidupnya..
Bagi Lia dia satu-satunya yang sepatutnya dapat segalanya..Bukan Hana bukan juga Neya..Hanya dirinya yang berhak bahagia..Sungguh sifat yang mementingkan diri namun itu lah Lia Farhana..Sikap tak nak mengalah telah sebati dalam dirinya..Dia sanggup menghalalkan segala cara agar semua perhatian hanya tertuju kepadanya..
*****
"Takde angin takde ribut kau dah nak kahwin Hil??Ni kalau Am tahu mesti dia akan bahagia sangat"ucap lelaki tersebut yang baru sampai dari sebuah penerbangan yang mengambil masa berjam-jam..
Selepas dia mendapat panggilan telefon dari Hilman mengenai seorang gadis yang mengalami masalah psikologi dan Hilman yang selama ini tidak pernah meminta pertolongannya namun meminta bantuan dia untuk merawat gadis itu,Nuqman tahu sangat bahawa gadis yang dimaksudkan Hilman adalah orang yang penting dalam hidupnya..
Tanpa berfikir panjang Nuqman sanggup menempah tiket terawal untuk kembali ke Malaysia tapi siapa sangka dia makin terkejut saat kedatangannya disambut dengan khabar perkahwinan seorang Hilman Aydan..Sungguh diluar dugaannya..
"Sudah jodoh bang takkan Hil nak elak kan"jawapan selamba Hilman
"So apa cerita dengan gadis yang kau cerita hari tu??Kau nak aku bantu dia macam mana?"
"Dia Neya Adriana..Gadis sama yang akan Hil kahwini ni bang..Cuma trauma nya kembali saat lelaki yang hampir hancurkan dirinya muncul semula..Hil tak tahu cara nak handle benda macam ni dan Hil tahu cuma bang Nuqman je boleh bantu Hil..Tolong Hil bang"ucapnya menggunakan lebih banyak patah perkataan berbanding hari-hari biasanya
Nuqman Yusuf atau lebih suka dipanggil sebagai Nuqman tersenyum melihat Hilman..Dari cara pertuturan dan tindakan yang dilakukan Hilman jelas menunjukkan dia telah jatuh cinta..Jarang sekali Hilman akan menjadi seperhatian ini kecuali dengan orang yang dia cintai..
Nuqman yang juga bekerja di bidang psikologi sudah tentu dengan mudah dapat membaca karakter seseorang..Bahkan hanya dengan melihat bentuk bahasa tubuh yang digunakan dan sorot mata seseorang dia boleh mengetahui apa yang orang itu sedang alami..
"Chill lah Hil..Ni Dr Nuqman okey..Hil dah jumpa orang yang tepat untuk bantu Hil.."ucapnya sambil menepuk-nepuk bahu Hilman yang dia sudah anggap sebagai adik kandungnya sendiri
Hubungan persahabatan dirinya dengan Hidayat Amran,abang Hilman membuatkan Nuqman turut rapat dengan Hilman..Dan disaat Amran meninggal dunia,Nuqman lah tempat meluah bagi Hilman mengantikan posisi sang abang..
"Esok Hil bawa dia jumpa abang..So nanti abang boleh tengok-tengokkan apa yang patut.."
"Hemm baik..Ni abang nak Hil hantar dekat mana?? Rumah keluarga abang ke?"tanya Hilman sambil mata fokus memandu
"Ahh dekat sana lah takkan nak hantar dekat rumah kamu..Alahaii kang aku sepahkan rumah kamu tu baru kamu melenting"
"Untung aku kenal abang dah lama,jadi peragai sepah menyepah tu dah dihadam..Cuma dulu bang Am yang akan bantu perbaiki semua benda yang abang rosakkan"ucap Hilman sedikit sendu
"Haa tu lah..Aishh kalau Am masih ada kan senang..Ishh kamu ni Hil..Jangan nak buatkan aku jadi emo..Lagipun kau tu apa kurangnya..Semua serba serbi pandai..Nanti ada apa-apa kamu je lah yang perbaiki..Hahahhahhah"seloroh Nuqman mencairkan suasana yang sempat sendu tadi
Hilman yang mendengar hanya membuat wajah datar..Terlalu terbiasa dengan peragai sang abang..Bagi Hilman,wujudnya Nuqman Yusuf dekat dalam dunia ni telah membuktikan bahawa Allah itu maha adil kerana walaupun Nuqman dikurniakan IQ 148 namun dirinya tetap memiliki kekurangan..Segala jenis benda bahkan sampai perabot rumah pernah rusak saat berada di tangannya..Itu lah dia Nuqman..Meski mampu mengubati jiwa dan keadaan mental seseorang namun dia tidak mampu atau tidak memiliki sebarang bakat untuk memperbaiki barang yang telah dia rosakkan..Sungguh lucu bukan tapi itulah hakikatnya..Bahkan untuk memandu kenderaan sahaja Nuqman tidak mampu ini kerana peragainya yang sedikit tergopoh-gapah atau lebih dikenali sebagai clumpsy membuatkan dia tidak berjaya lulus dalam ujian memandu..
******
"Kita nak pergi mana tuan??"tanya Neya saat perasan arah pemanduan Hilman berubah arah..Mereka yang sepatutnya pergi fitting baju pengantin tiba-tiba dibatalkan oleh Hilman tanpa sepengetahuan Neya
"Hil..Call me Hil..Bukan Tuan..Kamu tu bakal isteri saya Neya"ucap Hilman datar
"Err sa-saya belum terbiasa"sambil menguis-nguis jari jemarinya kerana gugup berduaan dengan Hilman..Apa lagi saat Hilman mengingatkan dia bahawa dirinya adalah bakal isteri kepada seorang Hilman Aydan
"Kalau tak buat dari sekarang macam mana nak biasa nya?? Ke kamu nak nama manja lain?? Atau nak panggil saya Abang??"tanya Hilman tanpa perasaan tak seperti Neya yang saat mendengar perkataan abang sahaja suda mampu membuat pipinya merona merah
"Ba-baik Hil kita nak kemana??" tanya Neya laju sambil menahan rasa malunya
"Kita jumpa kawan abang dulu ehh"jawab Hilman
"Saya kan tak kata saya nak panggil awak abang..ishh"ucap Neya spontan saat mendengar ucapan Hilman
"Okey..Okey..My mistake..Saya terlupa sebut perkataan saya dekat hujung ayat..Kita jumpa kawan abang saya dulu yaa sayang"Hilman semakin menyakat Neya yang saat ini lagi bertambah malu..Sengaja dirinya menambah panggilan sayang agar Neya jadi tak tentu arah
Seperti yang diduga saat ini wajah Neya berubah habis dan seakan ketam rebus..Merah pipinya sukar dibendung..Suhu dingin aircond kereta bagai tiada fungsi kerana saat ini Neya merasa panas seluruh badan selepas mendengar kalimat sayang yang dilontarkan oleh Hilman Aydan...
YOU ARE READING
Neya Adriana (S1 COMPLETED✅)
General FictionNeya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga sehingga lah seorang Hilman Aydan muncul dalam kehidupan Tanpa sedar hubungan yang tanpa s...