Atas permintaan Neya,sebuah perkahwinan yang cukup sederhana disediakan buat meraikan penyatuan Hilman Aydan dan Neya Adriana..Majlis yang hanya dihadiri oleh pihak keluarga dan sahabat kedua belah pihak..Bagi Neya tiada perkahwinan yang lebih indah selain diraikan hanya dengan orang yang terdekat sahaja..Neya tidak ingin perkahwinannya menjadi buah mulut orang atau dihadiri oleh orang-orang yang dia tidak kenali..Cukup ringkas setelah selesai majlis nikah, acara seterusnya adalah makan-makan bersama kedua belah keluarga..
Seawal jam lima subuh Neya telah bangun dan bersiap sedia dengan urusan tata rias wajah yang bakal dilakukan oleh seorang make up artis ternama..
Mengambil masa selama tiga jam barulah urusan makeup selesai dilaksanankan..Kini tubuh Neya terlihat indah dengan busana pengantin yang kelihatan anggun dan mewah..Meski hanya rekaan sederhana namun dari mata kasar boleh dilihat bahan yang digunakan bukan bahan yang biasa..Tambahan itu adalah hasil rekaan pereka fesyen ternama..
"Lawanya adik akak ni...Akhirnya Neya kahwin juga kan..Hahhh ingat tak apa akak cakap jangan benci sangat kang jodoh..Tengok sekarang dah masin mulut akak..Hahahaahhaha" sakat Nora saat masuk kedalam bilik Neya
"Ishh akak ni..Menyempat lagi kan"balas Neya sedikit memuncungkan mulutnya
"Dah..Sudah jangan nak buat peragai manja..Lepas ni buat peragai tu depan suami je..Tak sangka kan Neya ni jodoh Encik Hilman tu..Akak bahagia sangat tengok Neya..Akak harap dan doakan Neya dengan Encik Hilman tu kekal ke anak cucu yaa..Eiiiiii tak sabar akan nak tengok anak korang berdua..Mesti comel-comel.."bukan main teruja Nora memikirkan masa depan yang belum pasti itu
"Awal sangat kak nora fikir..Alahaiii"jawab Neya ringkas..Namun dia turut tersenyum mana tak nya dia bahkan dulu pernah berfikir untuk tidak berkahwin sama sekali..Kepercayaannya akan komitmen dunia selepas perkahwinan telah hancur..Namun siapa sangka hadirnya Hilman Aydan berjaya buatkan dia ingin melangkah bersama di dalam sebuah dunia yang dipanggil alam perkahwinan..
Jam sebelas pagi rombongan pengantin lelaki pun sampai..Hilman yang terlihat sangat kacak memakai busana serba putih berbaju melayu siap dengan songkok dan kain sampin membuatkan setiap yang melihat tidak mampu berkedip mata..Sama cantik sama padan itulah peribahasa yang sesuai dikatakan buat kedua mempelai..
"Broo tenang bro..Tenang..Kalau kau takut meh sini aku yang ganti.."ucap Mikail seloroh dan lagi lagi dia diberikan pandangan tajam oleh Hilman..
"Alaa chill..Chill..Baru gurau sikit dah nak marah..Alahaii dasar budak cinta..Ehh apa tu perkataan-perkataan budak zaman now..Bucin..Hahh betul lah Bucin..Ternyata seorang Hilman Aydan boleh sebucin ini..hhahaahhahah"
(BUCIN = BUDAK CINTA) bahasa asal dari Indonesia..
Malas melayan Mikail,Hilman hanya diam dan cuba menenangkan dirinya..Siapa bilang seorang Hilman Aydan tidak merasa perasaan gugup..Seandainya jantungnya boleh dilihat mesti ramai akan terkejut melihat betapa lajunya jantung tersebut berdegup..Seakan ingin keluar dari tempatnya tapi seperti biasa meski gugup Hilman sentiasa memasang wajah datar nya..
Kini pihak pengantin lelaki telah duduk berhadapan dengan tok kadi..Hanya menunggu Neya untuk duduk di mini pelamin yang disediakan berdekatan tempat duduk pengantin lelaki dan tok kadi..
"Broo yakin ni kau taknak aku ganti..Kang jangan salah sebut nama..Bikin malu kumpulan je kalau sampai ulang banyak kali..Hahhahahha"bisik Mikail di telinga sebelah kanan Hilman..
Tak henti-hentinya Mikail menyakat sang sahabat..Namun Hilman hanya diam dan menahan emosi..Sungguh malas rasanya untuk bergaduh di hari bahagia nya..
Sedang Hilman mengatur nafas ehh malah Neya lalu melimpasi dirinya dan menuju mini pelamin..Neya duduk dengan penuh ayu dan jujur saja saat ini mata Hilman langsung tak lepas dari memandang Neya..
"Dah dah lah tu nak..Tak lari bakal bini kamu tu.."tok kadi turut menyakat Hilman..Apalagi kecoh lah keadaan disitu dengan bunyi ketawa dari para tamu yang hadir..
"Kita mulakan lah yaa.."tanya Tok Kadi sambil menatap Hilman
"Baik"jawab Hilman sepatah
Huluran tangan tok kadi Hilman sambut dan mereka saling bersalaman..
"Bismillahirahmannirahim..Aku nikahkan dikau Hilman Aydan Bin Tan Sri Hassan dengan Neya Adriana Binti Fuad dengan mas kahwin seratus ringgit dibayar tunai.." -Tok kadi
"Aku terima nikah Neya Adriana Binti Fuad dengan mas kahwin seratus ringgit dibayar tunai.." -Hilman Aydan
"Sah??"
"Sah"
"Sah"
Kini termeterai lah ikatan suci antara Hilman dan Neya..Doa syukur dipanjatkan keatas ilahi..Baru sahaja doa selesai diucapkan dan saat ingin membatalkan air sembahyang tiba-tiba Lia datang menangis-nangis dan meroyan sambil menjerit nama Neya..
"Kauu perempuan jahat..Gara-gara kau Firman taknak bertanggungjawab dengan kandungan aku ni !!! Tak kau tak boleh kahwin..Kau busuk hati Neya !!!"teriak histeria Lia
"Apa yang kamu cakap ni hah Lia??? Apa maksud kamu dengan kandungan??Jawab soalan mak ni Lia!!!"suara Pn Aida yang sedikit tinggi
"Ya..Lia hamil..Lia hamil anak Firman.. !!Tapi jantan tu taknak bertanggungjawab...Dia nak Neya ni juga jadi bini dia..Entah apa si Neya ni hasut dia..Mak Lia nak kahwin dengan Firman !!! Kenapa Firman hanya nak perempuan kotor tu..Asyik tukar ganti jantan dapat jantan kaya terus lupa diri.. !!!" ucap Lia masih histeria
Plakkk !!!!
Sebuah tamparan Puan Aida berikan ke Lia..Bukan sahaja membuat kecoh di perkahwinan Neya tapi Lia juga menconteng arang di wajah Puan Aida..Sungguh dia tidak sangka Lia sanggup memalukan dan menggotorkan nama baiknya..
Suasana menjadi kecoh..Nasib baik juga para tetamu undangan hanya kerabat keluarga dan sahabat handai Neya dan Hilman..Hari yang membahagiakan buat Neya kini dihancurkan oleh Lia..Lia mengira jika dia berbuat sedemikian pihak keluarga Hilman akan membatalkan perkahwinan dan Neya akan diceraikan sesudah SAH namun apa yang berlaku adalah sebaliknya..
Hilman hanya kelihatan santai dan tetap cool dengan segala hal yang berlaku..Dia langsung memandang anak buahnya yang berdiri di dekat pintu rumah..Seakan faham dengan apa yang Hilman inginkan anak buahnya langsung bergegas menuju sebuah kereta sedan berwarna hitam yang parking berdekatan kereta Hilman..
Mereka kemudian mengheret Firman yang wajahnya suda babak belur akibat mendapat pukulan saat melawan anak buah Hilman..
Ternyata Hilman telah mengetahui hubungan yang terjalin antara Lia dan Firman..Hilman juga dapat menduga bahawa Lia sedang merancang sesuatu yang akan mengacaukan majlis perkahwinannya dengan Neya..Untung saja Hilman awal bertindak kalau tak mungkin hal yang berlaku saat ini akan jadi sangat kacau..Saat Firman didudukkan di depan tok kadi, Hilman turut memanggil Dato Fauzi dan menyuruhnya masuk..Ya Hilman memang telah menelefon Dato Fauzi namun dia tidak menyuruhnya masuk lebih awal..Hanya setelah kejadian Lia meroyan barulah dia menyuruh Dato Fauzi masuk..
"Jadi Dato dah dengarkan apa adik ipar saya ni cakap..Apa penyelesaian yang Dato boleh berikan??"ucap Hilman datar dan masih dengan riak wajah tidak bersahabat
"Apapun kamu mahu lakukan uncle setuju Hil..Uncle akan pastikan Firman ni bertanggungjawab dengan perbuatannya"ucap Dato Fauzi kecewa dengan perbuatan sang anak
YOU ARE READING
Neya Adriana (S1 COMPLETED✅)
Aktuelle LiteraturNeya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga sehingga lah seorang Hilman Aydan muncul dalam kehidupan Tanpa sedar hubungan yang tanpa s...