Part 1

1.9K 57 0
                                    

Jam di tangan menunjukkan pukul 5 petang, Luth diberi cuti selama 2 minggu.Lagi sejam sebelum helicopter tiba didarat.Luth Mateen memilih untuk menutup matanya sebentar sebelum sampai.

Apabila helicopter sudah mendarat di landasan, Luth bergegas turun dan berjalan keluar daripada airport. Matanya meliar mencari orang yang akan menjemputnya. Matanya tertumpu kepada susuk tubuh seorang wanita separuh usia yang sedang melambai kearahnya. Dia berjalan mendekati wanita itu dan menyalaminya.

"Assalamualaikum bonda. Bonda sihat?"

"Waalaikumusalam, sihat. Rindunya bonda dekat kamu." ujar Datin Seroja seraya memeluk anak keduanya.

Selepas datin seroja melepaskan pelukan mata luth melilau kebelakang mummynya.

"Along dengan bella tak datang ke?"

"Datang, along kamu teman bella pergi tandas tadi." Ujar Datin Seroja.
Luth hanya mengangguk.

"Ha tu...panjang umur." Kata datin seroja sambil menunjuk kearah dua orang anaknya.

Bella a.k.a adik bongsu kepada Luth dan Daniel berlari kearah abang keduanya itu sambil menjerit memangilnya.

"Angah, rindu angah."jerit bella seraya memeluk erat badan abangnya. Luth hanya senyum dan membalas pelukan adiknya. Kalau tak di balas peluknya merajuk pula nanti.

Luth memandang kearah abang kembarnya dan menyalami tangan itu.

Selepas habis berjejak kasih diluar airport mereka pulang menaiki kereta yang dipandu oleh Daniel.

"Kenapa daddy tak ikut sekali?" Tanya Luth kepada Datin Seroja.

"Daddy, macam biasa la sibuk dekat syarikat tu."

"Ohh"

Sesampainya mereka dirumah Noah selaku pembantu rumah mereka, mengangkat bakasi masuk ke dalam rumah. Luth memberitahu datin seroja yang dia ingin naik berehat di biliknya.

HAURA mengeluh perlahan, dia baru sahaja habis satu kes perbicaraan di mahkamah tentang kes pecah amanah seorang Tan Sri.

Haura jalan menuju kearah keretanya dan pulang kerumah.

Esok dia akan bercuti untuk ke hari reunion sekolahnya yang diadakan di sebuah hotel mewah.

Sesampainya dia dirumah, Haura terus berlari menaiki tangga untuk masuk ke bilik dan berehat.

Tuan Ammar dan puan Mia yang melihat anak bongsu mereka itu hanya terseyum kecil. Tahu anak bongsu mereka itu penat berkerja. Mereka tidak berasa kecil hati dengan perangai anak bongsu mereka itu.


SELEPAS ISYAK, haura memandu keretanya kerumah kawan baiknya iaitu Mikayla untuk keluar mencari pakaian yang ingin dipakai untuk acara reunion malam esok.

"Babe lambat gila kau. Penat aku tunggu."kata Mikayla sambil masuk ke dalam kereta.

"Sorry la, jalan jem. Kau buat macam tak biasa pulak, kita ni duduk bandar bukan kampung." Kata Haura dan memandu keluar daripada perkarangan rumah itu.


SAMPAI ke mall Mikayla mengajak haura untuk makan dahulu. Katanya kalau tak makan nanti pengsan waktu nak cari baju.

Masuk sahaja ke dalam restaurant secret recipe mereka terus membuat pesanan.

"Nanti dress kita kau nak warna apa? Tanya Mikayla.

"Tah la, tengok dulu mana yang cantik."

Selepas berborak panjang makanan mereka pun sampai.

Selesai makan mereka berjalan menuju ke butik yang selalu mereka pergi.

"Hai Selamat datang." Kata pekerja di situ.

Haura dan Mikayla hanya senyum dan menganggukan kepala.

Selepas pusing satu butik Haura membuat pilihan untuk mengambil dress yang berwarna baby blue dan Mikayla mengambil dress berwarna royal blue.

Selesai membuat pembayaran, mereka bercadang untuk menonton wayang. Wayang yang mereka ingin tonton mengambil masa setengah jam sebelum bermula, jadi mereka berjalan turun ke tingkat bawah untuk ke popular. Mereka berdua sudah jarang membeli novel kerana sibuk dengan kerjaya masing- masing.

Haura bertinggung di atas lantai sambil membelik novel yang di penggangnya. Apabila haura ingin bangun dia terlanggar seorang jejaka yang tinggi lambai.

"Ehh, sorry, sorry" kata Haura kepada lelaki itu.

"Takpa." Kata lelaki itu dan berlalu pergi.

Selesai membuat pembayaran mereka naik semula ke tingkat atas untuk menonton wayang.

Masuk sahaja ke dalam panggung wayang, Mikayla terus mencari kerusi mereka berdua. Setelah menjumpai tempat duduk, mereka berdua terus duduk dan menikmati popcorn walaupun cerita belum bermula.

Tiba- tiba ada seorang lelaki yang duduk di sebelah Haura. Dia melihat kearah lelaki itu dan senyum segaris kepadanya.

Habis sahaja wayang mereka pulang dan Haura menghantar mikayla pulang kerumah dan dia juga pulang.

SAMPAINYA dia dirumah, dia disapa dengan muka garang abang kesayangannya.

"Haura Huwaina, kau pergi mana lewat malam ni?" Tanya Ariff dengan suara tegas.

"Erk... Haura keluar dengan Mikayla pergi mall cari dress untuk reunion esok."kata Haura perlahan dengan wajah tertunduk kerana pandangan tajam abangnya itu.

"Haih...lain kali balik awal sikit. Adik tu perempuan kalau jadi apa- apa nanti macam mana. Siapa yang susah, mama, papa, abang juga. Dah pergi naik tidur."

"Haura minta maaf." Haura terus lari naik ke bilik dan mengunci pintu biliknya. Dia terus lari kearah katil dan menangis sambil menutup mukanya dengan bantal. Haura sangat takut kalau dimarahi abangnya itu berbanding ayahnya. Abangnya overprotective.

Ariff mengeluh sendirian melihat perangai adiknya yang manja itu. Dia baru cakap sikit sudah menangis.

 Dia baru cakap sikit sudah menangis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now