Part 34

149 9 0
                                    

SEMINGGU sudah rasanya Luth berjaga malam. Ini semua di sebabkan Haura yang selalu bangun tengah malam dan meminta sesuatu yang pelik. Contohnya sekarang, isterinya sedang menangis sebab dia tak nak tunaikan permintaan wanita itu. Wanita itu meminta untuk membawa jet tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Tak ke gila. Mana dia nak cari.

Luth mengeluh. Dia pusing menghadap Haura."Sayang dah la. Jom kita tidur dulu. Esok sayang minta benda lain okay?" Luth pandang Haura. Menanti jawapan daripada wanita itu.

"Haura nak sekarang. Haura tak nak esok. Boleh la abang bukan Haura yang nak anak abang nak." Mata dikerdip berkali kali.

"FINE! Esok abang beli. Sekarang dah malam kem dah tutup." Luth sengaja membuat alasan.

"Kita tunggu esok okay?" Tanya
Luth. Haura mengangguk. Dia kembali merebahkan diri selepas dia berpuas hati dengan apa yang diinginkan.

BANGUN pagi Luth ingat Haura sudah lupa tentang apa yang diminta semalam.

"Abang jom la kita pergi kem. Pagi pagi mesti kem dah buka." Ujarnya ceria.

Luth mengeluh. Terpaksa la dia guna rancangan yang diberikan oleh Daniel pagi tadi. Awal pagi tadi dia ada menghubungi lelaki itu untuk meminta bantuan.

"Sayang abang rasa abang nak—" Tidak sempat Luth menghabiskan kata dia berlari ke singki dapur.

WERK WERK WERK

Haura berlari anak menghampiri suaminya.

"Abang, abang okay tak ni."

"Abang rasa abang tak sihat la sayang. Kita keluar lain kali aja la boleh tak?" Luth pandang wajah isterinya. Haura mencebik. Dalam keadaan terpaksa dia mengangguk lemah.

"Thank you sayang." Pipi wanita itu dicium.

"Jom kita naik atas rehat dulu. Nanti saya masakan untuk abang."

"Eh tak payah abang dah makan. Abang ada masak untuk sayang juga tadi,nanti sayang makan."

Luth panjat tangga dan masuk ke dalam bilik. Badan direbahkan sebentar. Mata dipejamkan. Tadi dia cuma berpura pura sekarang dia betul betul rasa pening kepala dan ingin muntah. Luth tidur juga walaupun dia sebenarnya ingin melihat apa yang sedang dilakukan isterinya di dapur.



MALAM semua ahli keluarga berkumpul di rumah Dato' Ezra. Datin Seroja mengajak mereka semua untuk bermalam di situ selama beberapa hari. Luth dan Haura hanya akur. Lagi pun Luth memang tengah bercuti.

"Abang Haura lapar..." Dia mula merengek meminta makanan.

"Sayang lapar, sayang nak makan apa. Biar abang masakan."

"Tak nak abang masak." Perlahan sahaja suara itu tetapi masih boleh di dengari oleh Luth. Luth dah mula fikir yang bukan bukan. Jangan la isterinya meminta makanan pelik pelik. Sudah la malam lagi, banyak gerai yang sudah tutup.

"Sayang nak makan luar? Sayang nak makan apa?" Wajah isterinya dipandang. Meminta agar wanita itu tidak meminta yang bukan bukan.

"Nak king krab." Suaranya perlahan sehingga tidak dapat didengari Luth.

"Apa sayang cakap, cuba kuat sikit. Bukanya abang nak marah pun." Diusap kepala wanita itu.

"Nak King krab."

Luth tergelak kecil dengan gelagat isterinya. Nak makan pun susah ke nak cakap?

"Okay jom kita pergi beli. Sayang pergi naik tukar baju dulu nanti abang naik."

"okay abang."

Haura menepuk nepuk tangannya apabila isian king krab masuk ke dalam mulutnya.

“Sedapnya abang. Haura tak pernah makan sebelum ni. Ni first time. Thank you Abang.”

“Welcome untuk isteri Abang semua boleh.”

"Hmm,abang boleh tak malam ni kita tidur rumah papa lagi. Saya rindu lah nak duduk serumah dengan dia orang."

"Boleh aja."

"Yeah! Sayang abang banyak banyak!"

"Sayang juga budak terlebih manja ni." Luth cium pantas pipi isterinya. Memerah wajah Haura apabila suaminya menciumnya di kawasan awam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now