HAURA menjengok kepala ke luar bilik air. Dia menghela nafas apabila yakin yang suaminya tidak ada di dalam bilik. Dia berjalan keluar daripada bilik air dengan hanya memakai tuala. Tadi dia terlupa kerana terlalu takut dengan suaminya.Dia duduk bertinggung di atas lantai bilik di hadapan beg pakaianya.
Haura mengangkat wajah apabila mendengar pintu di buka daripada luar.
Luth sudah berdiri kaku di hadapan pintu bilik sambil memandang isterinya.
"Aba...abang tutup la pintu tu nanti orang nampak la!" Marah Haura. Luth terus menutup pintu dan memaling semula ke arah Haura. Tetapi apabila dia memaling Haura sudah berlari anak memasuki bilik air bersama dengan baju di tangannya. Luth sudah menelan liur melihat Haura hanya memakai tuala mandi.
BERJALAN mereka sambil berpengangan tangan di lobi menuju ke restaurant di dalam hotel. Mereka duduk agak jauh daripada pandangan orang ramai.
"Sayang nak makan apa?" Tanya Luth.
Membahang wajah Haura apabila Luth memangilnya dengan gelaran itu.
"Erk... Haura ikut abang je la."
"Betul ni?" Tanya Luth lagi untuk kepastian.
"Ye." Jawab Haura perlahan.
Sambil menunggu makanan sampai mereka mula berbual.
"Esok pagi Haura bersiap dekat hotel abang sebab MUA dah tunggu dekat sana."
"Lah kalau macam tu baik kita tidur dekat hotel sana je, senang."
"Tadi abang rasa macam malas nak drive itu la yang abang ajak sayang tidur sini. Esok pagi lepas subuh kita gerak la."
"Hm. Okay."
HABIS sahaja makanan mereka berdua terus naik ke bilik untuk berehat. Luth memandang tubuh kenit isterinya yang sedang ralit membuat kerja. Dia mengeluh perlahan. Cuti pun buat kerja!
"Sayang jom la tidur. Esok kita nak bangun awal."
"Kejap la abang saya nak kena hantar ni segera."
Luth mendengus dan bangun daripada baringanya."Sayang tengah cuti tau sekarang, dia orang tak boleh la kacau sayang. Kalau nak cepat suruh la dia orang buat sendiri." Ujar Luth dengan serius.
"Mana boleh macam tu aba-" terhenti percakapan Haura apabila Luth memandangnya tajam.
"abang nak tanya sayang cakap tak dekat dia orang yang sayang cuti kahwin? Kalau dia orang tahu dia orang takkan ganggu malam pertama suami isteri tau!" Ucap Luth dengan tegas.
Haura menundukan wajah apabila melihat wajah tegang suaminya.
"Jawab Haura, abang tanya ni?"
Haura hanya mengeleng kepalanya sebagai jawapan.
Luth mengetap bibirnya." Where is your voice?!" Ujar Luth sedikit kuat.
Air mata yang di tahan akhirnya jatuh jua ke pipi mulus milik haura. Luth mengeluh dan duduk melutut di hadapan Haura.
Luth menarik nafas dalam sebelum mula berbicara. "Abang minta maaf sayang. Abang tak ada niat pun nak tengking sayang. Abang betul- betul tak sengaja."
Haura masih menundukan wajahnya. Dia tidak membalas apa- apa.
"Please sayang maafkan abang." Pinta Luth.
"Kenapa abang marahkan saya?" Tanya haura dengan polos.
Luth mengeluh. " Abang minta maaf. Abang cuma terasa sebab sayang tak bagi tahu kawan- kawan sayang pasal kita dah kawin dan pasal sayang buat kerja waktu macam ni. Sepatutnya sayang habiskan masa dengan abang lepas ni kita sama- sama kena bekerja. Mana ada masa nak bersama." Terang Luth.
Luth bangun lalu mengubah posisi duduk daripada bersila kepada melutut di hadapan haura dan mengesat air mata di pipi mulus itu. Merah menyala muka isteri kesayangannya.
"Saya minta maaf saya tak ada niat pun nak buat kerja waktu macam ni. Saya cuma kena hantar segera. Dia orang nak tengok malam ni jugak tu yang saya siapkan sekarang tu. Pasal kawan saya tu bukan saya tak cakap cuma ada la segelintir orang saya tak bagi tahu sebab bagi saya dia orang tak penting pun itu yang saya bagi tahu." Terang Haura panjang lebar.
Luth terdiam sejenak. Sekarang dia di selubungi dengan rasa bersalah." Sayang abang minta maaf abang yang salah dalam hal ni. Abang sepatutnya dengar penjelasan sayang bukan marah sayang tanpa usul periksa."
'Cup' Luth mencium kekura tangan Haura.
Membulat mata Haura dengan perbuatan suaminya. Luth tergelak kecil melihat isterinya.
"Boleh tak sayang maafkan abang?" Tanya Luth dengan lembut.
"Bo... boleh." Kata Haura sambil senyum manis kepada Luth.
Luth sudah tersengih apabila melihat senyuman Haura. Cair!
"Haura dah siap kerja tu ke belum?"
"Belum tinggal nak check and hantar je lagi."
"okay buat la cepat nanti boleh tidur dah lewat ni besok nak kena bangun awal."
"okay abang." Luth hanya tersenyum.
MENGLIAT kecil Haura apabila sudah berjaya menyiapkan kerjanya. Dia bangun daripada kerusi dan berjalan ke arah kantil. Terpapang wajah keletihan si suami yang sedang dibuai mimpi.Haura mengaru kepalanya yang tidak gatal.
'Nak kejut ke tak? Tapi dia nampak macam penat sangat je.' kata Haura dalam hati.
Haura mengambil bantal tidur secara perlahan- lahan supaya tidur suaminya tidak diganggu.
"Argh!" Terjerit kecil Haura. Belum sempat dia menjauh daripada katil ada satu tangan yang menarik lenganya hingga terjatuh ke atas sesuatu yang keras.
Haura mengangkat kepalanya. Membulat matanya apabila melihat benda keras yang ditimpanya.
"Sayang nak pergi mana?" Tanya Luth dengan suara serak basah.
Jantung Haura tiba- tiba sahaja berdenyut dengan laju apabila mendengar suara serak basah suaminya itu."Erk...saya nak pergi tidur dekat sofa la."
"Kenapa nak tidur dekat sofa kalau ada katil sayang" tanya Luth mendatar.
"Erk... Haura nak tidur dekat mana?" Tanya Haura dengan polosnya.
"Meh tidur sini." Ujar Luth sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya. Haura mula bermain dengan hujung baju sendiri. Dia berdiri tegak di hadapan katil seperti batu. Kata- kata Luth melayang pergi begitu sahaja.
"Sayang?" Panggil Luth lagi.
Luth mengeluh apabila tiada tanda yang isterinya akan naik tidur di sebelahnya. Dia menarik lembut lengan isterinya.
Haura sedikit tersentak tetap membaringkan tubuh. "Sayang kena biasakan diri dalam keadaan macam ni. Lepas ni hari- hari kita tidur bersama."
"Baik abang."
Tubuh Haura automatic mengeras apabila merasa ada satu tangan menjalar ke pinggangnya. Dia cuba berlagak biasa dengan mengendurkan badan dan menutup mata.
"I love you sayang." Ujar Luth perlahan. Sempat di tangkap oleh telingga Haura sebelum matanya tertutup rapat dan masuk ke alam mimpi.
YOU ARE READING
Penjaga Hati: Luth Mateen | OG
RomanceBook 1|| Kita memang di takdirkan bersama LUTH MATEEN Seorang lelaki yang berkerja di atas pelantar minyak di bahagian mechanical engineering. Seumur hidupnya hanya di habiskan di tengah laut seorang diri tanpa peneman sehinggalah dia dijodohkan o...