Part 12

338 16 0
                                    

JAM di dinding menunjuk pukul tujuh setengah pagi. Haura bergegas turun daripada tangga dan munuju ke ruang makan.

"Kamu ni hari- hari lambat. Meh duduk makan dulu." Ujar Puan Mia. Haura hanya senyum tak bersalah.

Haura melabuhkan duduk di sebelah suaminya. Luth memusingkan wajah ke arah isteri tercinta dan senyuman paling manis di berikan.

"Biasa la ma adik dengan lambat tak boleh di pisahkan." Ujar Ariff.

"Mana ada." Nafi Haura.Bibirnya memuncung ke hadapan.

"Suami kau rajin bangun awal adik kau ja malas. Malang nasib kau kawin dengan adik aku ni." Ujar Ariff.

"Mama tengok abang ni!" Marah Haura. Dia menjeling tajam abangnya.

"Ariff apa cakap macam tu dekat adik. Mama tak pernah ajar tau cakap macam tu." Marah Puan Mia.

Ariff tersengih tak bersalah." Ariff gurau ja la ma."

"Banyak la bergurau." Kata Haura. Luth di sebelah sudah tersenyum sendiri.

"Kau dah kenapa senyum sorang- sorang. Tak sihat dah ke?" Usik Ariff. Mati terus senyuman Luth.

"Abang ni suami adik pun nak kacau!"Marah Haura.

"Eleh kau, sebelum kau kenal dengan dia abang kenal dulu la. Tak payah nak marah sangat." Ujar Ariff. Dia membuat muka menyampah. Kalau tak di sebabkan mereka hendak ke Australia tak adanya dia nak bagi adiknya kawin dengan kawannya itu. Tak pasal jadi adik ipar pula.

"Kamu berdua ni asal jumpa ja nak bergaduh. Cuba la matang sikit. Depan rezeki ni. Adik kamu pun sama tak malu ke dekat suami kamu kerja bergaduh sahaja!" Marah Puan Mia.

"Sorry mama."

"Maaf mama." Kata mereka berdua serentak.

Haura terus menundukan kepalanya dan menyambung makan. Luth melihat ke sampingnya dan mengenggam tangan kecil yang sedikit mengeletar. Dia mengusap kekura tangan gadis itu. Bahu Haura sedikit terhinjut di sebabkan terkejut.

"TERIMA KASIH abang tolong hantarkan Haura hari ni." Ujar Haura dengan ceria.

"Sama- sama kasih tapi abang bukannya tolong hantar Haura okay. Ini memang tugas abang sebagai seorang suami." Ujar Luth sambil mengusap pipi mulus isterinya. Muka Haura secara tiba-tiba bertukar menjadi merah.

"Haura pergi dulu." Dia menyalami tangan kekar itu dan di balas dengan satu kucupan di dahi. Sekali lagi muka Haura merah bak tomato.

Haura keluar daripada kereta dan berjalan ke arah pejabatnya. Hari ini dia tidak ada kes yang perlu di selesaikan jadi dia hanya tinggal di pejabat.

"Wah penggantin baru dah sampai!" Jerit Amelia.

Membulat matanya apabila mendengar kawan sekerjanya menjerit begitu. Terus di  tekup mulut gadis itu. Kau Haura ni semua suka menjerit!

"Kau ni diam la kalau orang dengar macam mana?"

"Takpa la kalau orang dengar pun kenapa?"

"Aku tak bersedia la nak bagi tahu semua orang." Ujar Haura sayu.

"lah kenapa pulak?" Tanya Amelia.

"Tah." Sepatah sahaja di jawabnya.

"Aku muskil la dengan kau ni. Kau kena kahwin paksa ke dengan keluarga kau." Tanya Amelia dengan buka serius.

"Mana ada kau ni" Marah Haura.

"Mana la tahu sebab selalunya penggantin baru ni dia ceria je ni tak macam ada sejuta masalah je."

Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now